Mungkin semua ternanti-nanti selepas filem Bunohan, apa filem seterusnya? Maka minggu ini penantian kita semua terjawab dengan bermulanya tayangnya filem Interchange di pawagam seluruh Malaysia. Sebuah filem fantasi ‘thriller’ karya Dain Said.

“Real cultural diversity results from the interchange of ideas, products, and influences, not from the insular development of a single national style.” – Tyler Cowen

Saya fikir kata-kata daripada professor cultural economics ini amat kena dengan idea yang cuba disampaikan oleh pengarah. Adakah pengarah filem ini mendapat ilham daripada penulisan-penulisan beliau? Saya tidak pasti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Banyak persamaan yang boleh didapati diantara mesej filem ini dan penulisan daripada Tyler Cowen. Tetapi saya pasti tajuk filem ini ‘Interchange’ diambil untuk mengambarkan konflik peralihan/pertukaran sosial budaya dan ekonomi dari abad ke-20 ke abad ke-21.

Cerita ini cuba mengangkat persoalan-persoalan yang besar seperti:

1. Apa makna kemajuan dan pembangunan?
2. Konflik diantara konservatif (tradisional) dan liberal (modern)
3. Apa itu kesedaran?
4. Kemandirian/kelangsungan spesis.

Filem ini mengisahkan tentang Adam seorang jurugambar forensik yang berasal daripada Sabah yang mempunyai masalah halusinasi yang teruk.

Beliau cuba membantu Detektif Man dalam menyelesaikan siri pembunuhan misteri. Dalam merungkai misteri ini beliau mula berkenalan dengan Iva, watak yang menjawab segala persoalan yang terjadi dalam halusinasi Adam.

Sepanjang cerita ini banyak persoalan yang tidak terjawab dan tidak diterima akal. Saya fikir ia sengaja dibiarkan tergantung untuk difikirkan oleh penonton.

Namun yang menarik saya adalah persekitaran masyarakat yang cuba disampaikan oleh pengarah. Pengarah tidak nyata secara jelas latar belakang tempat/kota pembunuhan ini.

Jika berdasarkan kemajuan teknologi, infrasturuktur, persekitaran sosial dan nama institusi polis iaitu ‘Metropolis’, boleh kita katakan bahawa watak-watak hidup dalam persekitaran kota metropolitan.

Ada satu babak dimana Adam menghabiskan masa rehat di kondominiumnya dengan mengambil gambar jiran-jiran melalui balkoni. Ketika Inspektor Man datang dan bertanya tentang kelakuan peliknya itu Adam menjawab,

“Sekurangnya mereka semua masih hidup.”

Infrastruktur bangunan-bangunan pencakar langit merupakan penampakan fizikal yang paling jelas dalam arus modernisasi sebenarnya telah membunuh hubungan sosial manusia. Karl Marx mengelarnya sebagai alienation.

Secara mudah, kita tidak tahu dan tidak mahu tahu akan prihal persekitaran komuniti kita. Sebab itu apabila Adam mengambil gambar menunjukan setiap rumah melakukan hal mereka sahaja.

Emile Durkheim dalam membincangkan tentang fenomena bunuh diri (1897) dan pembahagian kerja dalam masyarakat (1893) telah membahagikan masyarakat kepada dua iaitu, organik dan mekanis.

Masyarakat organik ini melambangkan struktur masyarakat yang modern dimana pembahagian kerja yang kompleks setiap ahli komuniti (individualism) mempunyai kemahiran tersendiri menyebabkan tiada satu sifat kebersamaan untuk mengikat komuniti.

Manakala masyarakat mekanis merupakan struktur masyarakat tradisional yang mampu mandiri kerana setiap orang lebih kurang sama menyebabkan sifat komuniti dapat diatur dengan rapi.

Emile akhirnya merumuskan bahawa masyarakat organik mempunyai kadar membunuh diri yang lagi tinggi disebabkan oleh kekurangan integrasi sosial atau anomie.

Kita boleh lihat struktur masyarakat dalam arus modernisasi ini secara langsung telah memisahkan manusia berdasarkan kekayaan mereka dimana mereka yang miskin akan tinggal di rumah flat murah, kelas menengah akan tinggal di apartment dan kelas elit/kaya akan tinggal di kodominium.

Jika dahulu struktur masyarakat tradisional pepisahan ini tidak berlaku secara jelas kerana penyusunan komuniti mereka berdasarkan satu keluarga satu tanah menyebabkan semangat penyatuan dan kebersamaan diantara ahli komuniti itu mudah dilakukan.

Melihat pada konflik permasalahan ini, Interchange bijak dan berjaya menghidupkan watak-watak golongan tradisional ‘terperangkap’ roh/jiwa dalam persekitaran masyarakat modern. Pada akhirnya masyarakat tradisional mengambil keputusan untuk membunuh diri atas kesedaran bahawa ini bukanlah komuniti mereka.

Ya kesimpulanya kau perlu tengok sendiri bagaimana watak-watak tradisional dan modern ini hidup dan berkonflik pada waktu dan tempat yang sama!

Filem ini bukan untuk mereka yang sedang stress dengan assignment, putus cinta, exam atau kucing baru meninggal.