iPad Pro sememangya dicipta sebagai tablet yang dapat menggantikan sebuah laptop. Pada minggu ini Apple mengumumkan Apple Ipad Pro versi terbaru dengan saiz skrin 9.7 inci. Saiz model terbaru ini adalah lebih berbanding model sulung iPad Pro yang mempunyai saiz skrin 12.9 inci.

Sesuatu yang agak aneh di dalam industri teknologi dimana model terbaru iPad Pro ini kurang hebat berbanding model sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

braeburnpro-4755-003

Dari segi paparan, iPad Pro 9.7 mempunyai pixel yang lebih rendah berbanding model sebelumnya, resolusi iPad Pro 9.7 juga lebih rendah iaitu 2048 x 1536 berbanding iPad Pro 12.9 yang mempunyai saiz lebih besar dengan resolusi 2732 x 2048. Kedua-dua iPad Pro mempunyai ketumpatan pixel yang sama iaitu 264ppi cuma apa yang membezakannya adalah iPad Pro edisi pertama tidak mempunyai fungsi True Tone

Dari segi prestasi juga Ipad Pro model pertama mempunyai kuasa pemprosesan yang lebih baik. Ipad Pro model pertama dikatakan 5x lebih laju berbanding iPad Air 2 manakala iPad Pro 9.7 dapat beraksi 4.3x lebih laju.

Apple juga nampaknya telah mengurangkan RAM pada model terbaru iPad Pro daripada 4GB kepada 2GB. Kami harap kekurangan ini tidak akan menjejaskan penjualan iPad kelak.