Pelancaran iPhone terbaru mungkin berbaki 10 bulan sebelum dilancarkan. Walaubagaimanapun, ura-ura mengenai Apple iPhone terbaru sudah banyak yang didedahkan.

Terbaru, Apple dijangka akan hadir dengan smartphone skrin lengkung hasil kerjasama dengan Sharp. Cool juga kalau Apple mahu mengeluarkan iPhone tanpa bezel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SHARP Display

Sebelum ini dilaporkan Apple iPhone terbaru bakal hadir dengan skrin lengkung. Mungkin untuk tampil dengan identiti yang sedikit berbeza berbanding Samsung S7 Edge, Apple merancang untuk hasilkan iPhone dengan ‘quad-curved’. Ya, 4 sisi skrin lengkung pada pada bahagian depan iPhone.

Adakah Apple mampu melakukannya, sama-sama kita nantikan. Melihat kepada pelan ura-ura yang terbaru ini, kemungkinan Apple perlu korbankan home button yang sudah menjadi butang wajib buat setiap Apple iPhone.

Penggunaan ‘sensing technology’ terbaru juga membolehkan pengguna tidak mudah tersilap tekan memandangkan skrin meliputi penuh bahagian hadapan skrin.

Memandangkan iPhone sudah 3 generasi mengekalkan rekabentuk yang sama, kami membayangkan ‘Apple iPhone 10th Anniversary’ bakal tampil dengan design yang lebih fresh dan skrin yang mirip dengan Xiaomi Mi Mix dan ianya curved screen. Awesome bukan?

Sumber