Siapa sangka, hanya dengan menggunakan smartphone camera iaitu Apple iPhone 6s sudah cukup untuk membuatkan seorang pelajar ini dipilih sebagai pemenang National Geographic’s International Photo Contest 2016.

Pemuda yang berasal daripada Hong Kong ini merupakan pelajar yang mengikuti jurusan Japanese Studies di salah sebuah Universiti di Hong Kong merupakan seorang yang meminati fotografi sejak sekian lama. Waktu yang terluang akan dihabiskan dengan mengambil gambar dan tanpa disangka gambar yang diambil secara spontan ini dipilih sebagai pemenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar rakannya dengan efek pantulan cahaya dan sunset benar-benar memukau pihak National Geographic. Beliau menamakan hasil seni beliau sebagai ‘Girl Who Travels Through Time And Space’

mitlqjyf3vtw82qn6whu

Berbincang mengenai karier beliau selepas ini, Waison Lee mengatakan beliau tidak berminat untuk menjadi fotografi sebagai karier. Dalam pada itu, beliau masih akan meneruskan minatnya itu sebagai hobi.

Melihat kepada trend kamera smartphone masa kini, kemungkinan kita akan melihat lebih banyak lagi juara pertandingan fotografi dimenangi oleh smartphone camera dimasa akan datang. Benarlah kata orang, it’s not the camera, it’s the photographer. Tahniah Waison Lee!

Sumber