Kecoh baru-baru ini apabila terdapat segelintir pengguna yang terlibat dengan masalah auto shutdown apabila menggunakan update terbaru daripada Apple iaitu iOS 10.1.1. Dikatakan masalah ini kerap berlaku pada model iPhone 6s.

Berdasarkan laporan daripada Apple, hanya sesetengah iPhone 6s yang terlibat dimana model ini diperbuat sekitar September sehingga Oktober 2016. Masalah ini berpunca daripada Foxconn selaku syarikat yang membuat telefon keluaran Apple dimana berlaku sedikit kesilapan ketika proses finishing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

apple-addresses-malfunctioning-iphone-6s-batteries-1

Apple juga melaporkan sistem iOS sendiri yang membuatkan iPhone 6s agar auto shutdown bagi melindungi iPhone daripada masalah melibatkan voltan rendah.

Buat anda yang mempunyai masalah mempunyai iPhone 6s dan mempunyai masalah yang sama, Apple akan mengganti bateri baru secara percuma dengan syarat iPhone 6s anda haruslah diperbuat daripada September 2016 sehingga Oktober 2016.

Sumber