Alang alang viral video berkaitan poligami, saya nak share story berkenaan isteri saya Azura Ali berkaitan poligami.

Baru baru ini, dia tahu ada sahabat saya yang usia pertengahan 20-an akan bernikah dengan isteri kedua, dapat sokongan penuh isteri pertama. Dia tanya kepada saya, tak tercabar ke? Hehe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia akan memuji muji pasangan pasangan berpoligami dan bahagia, yang sempat dia baca di FB, suratkhabar dan lain-lain. Dia selalu ajak saya ziarah keluarga poligami ini, mahu bertanya pengalaman.

Dia cakap kepada saya, jika nanti saya menikah lagi, apabila giliran dia, luangkan kebanyakkan masa dengan anak anak. Dia tak nak anak rasa seperti kehilangan bapa.

Dia minta saya, supaya jangan paksa dia untuk bergambar sekali dengan madunya. Atau ajak keluar bersama-sama. Dia cemburu.

Jika tiba giliran dia, fokus kepada dia dan anak anak sahaja. Jangan sembunyi sembunyi mesej madu dia. Jangan tertukar gelaran antara dia dan madunya.

Walau kami dulu hidup susah bersama, dia tak rasa itu hak dia untuk halang saya untuk menikah lagi apabila kini saya sudah mampu secara kewangan.

Bagi dia, suami adalah pinjaman dari Allah swt. Jambatan untuk ke syurga. Bukan milik dia. Dia cuba tunaikan tanggungjawab dia sebaik mungkin, mengharap ganjaran dari Allah swt. Jika suami abaikan tanggungjawab, suami yang akan jawab dihadapan Allah nanti.

Dia selalu cerita tentang sahabat sahabat dia yang masih belum bertemu jodoh. Dia mengeluh kenapa lelaki beriman dan mampu, tetapi tidak berani untuk mengambil mereka jadi isteri kedua, ketiga dan seterusnya. Saya hanya senyum tawar sahaja.

Dia kata, lebih baik jadi isteri kedua ketiga kepada lelaki beriman, mampu dan berkarekter ketua dari menjadi satu satunya isteri kepada suami yang fasik, lembik dan menyusahkan hidup.

Kesimpulan Saya

Isteri saya seperti wanita wanita yang lain, punya rasa cemburu. Kuat juga. Dia kata most likely dia akan bersedih. Sekejap atau lama dia tidak tahu.

She is a strong, independent and powerful woman. Dia isteri solehah. Jelas matlamat hidup. Dia tahu dia hendak apa di dunia dan di akhirat.

Rasional dia tinggi berbanding wanita lain. Dari gaya memandu dah boleh tahu. Mungkin ini reverse psychology. Lelaki ni, yang tak bagi itulah yang dia nak sangat. So, dia mudahkan. Kita pula yang goyang. Haha.

Jawapan saya berkaitan poligami ini kepada dia ialah, buat masa ini saya tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat ini. Nikmatnya terlalu sedikit berbanding tanggungjawab dan cabarannya.

Di masa depan saya tidak tahu. Buat masa ini, nikmatilah kehidupan. Beri saya masa membalas budi baik dia selama ini, budi yang sebenarnya tidak terbalas seumur hidup.

So hats off kepada lelaki beriman, mampu, gagah dan perkasa yang sanggup mengambil tanggungjawab yang berat ini. Abang pun tak sanggup lagi.

Sebelum ada yang kata isteri saya delusional, nanti suami dah kahwin lagi, baru tahu langit tinggi rendah. Nope, dia well aware consequences dia.

Sekitar kami ada yang gagal poligaminya, bercerai berai, anak anak terbiar, makan hati etc. Tapi apa beza dengan monogami. Ye tak? Asas pernikahan tu kena betul. InsyaAllah sukses semua jenis pernikahan.

Wallahua’lam.