Kenapa di Jepun tiada istilah GOOD LUCK?

Admin pernah tanya soalan ini kepada beberapa orang Sensei dan juga kawan-kawan Jepun dan antara jawapan mereka:

1- Kami menggantikannya dengan Ganbatte Kudasai yang bermaksud ‘Sila berikan yang terbaik!’

Hal ini kerana kami percaya pada Usaha Tangga Kejayaan.

2- Ada juga yang mengatakan ‘Good Luck‘ seperti menghina penerima. Seolah-olah, penerima tidak mampu berusaha sendiri.

3- Good Luck diucapkan untuk pembeli loteri. Di Jepun, loteri adalah perkara biasa.

gambarou

Namun, kebalakangan ini, ramai juga orang Jepun yang menerima ‘Good Luck‘, mungkin pengaruh dari dunia luar.

Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah; Orang Jepun adalah bangsa yang sangat kuat berusaha hingga ada yang katakan kerja adalah matlamat hidup mereka.

Namun ramai yang silap, mereka tidak meletakkan kerja sebagai matlamat hidup. Dulu mungkin ya tapi kebelakangan ini tidak.

Ramai juga yang selalu lompat kerja, mengintai peluang yang lagi bagus dan mencari hidup yang berkualiti. Jika anda ke Jepun sekarang, anda juga akan nampak iklan ‘Career Fair‘ untuk lompat kerja.

Jadi, apa matlamat hidup orang Jepun?

Ah, pedulikan mereka. Yang penting, apa matlamat hidup kita?

Tak payah sembang mengenai orang lain jika tentang diri kita sendiri pun kita masih samar-samar. Berapa orang di sini yang tahu apa yang dia mahu di dalam hidupnya dan sekarang berjalan di atas jalan-jalan ke arah matlamatnya?

Jangan jadi macam tin kosong, bunyi kuat tapi di dalamnya kosong!

Jom berubah! Gambarimashou! (Ayuh berubah)

Keiken (Bahasa Jepun) bermaksud pengalaman. Jadi, Keiken Talk bermaksud perkongsian pengalaman yang kami dapat ketika belajar dan berkerja di Jepun dahulu.

Kami merupakan bekas pelajar dari universiti-universiti Jepun yang bergerak secara PERCUMA ke sekolah-sekolah untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar.

Matlamat kami ialah supaya rakyat Malaysia mampu berbudaya POSITIF seperti orang Jepun.

Ya, kami tak nafikan, ada juga budaya negatif dari sana tapi kita manusia, makhluk TERBAIK CIPTAAN TUHAN, punya akal untuk berfikir dan menapis, lalu beramal dengan budaya yang baik-baik.

Namun! Kami tetap punya masalah. Disebabkan kami masih berkerja, kami tidak punya kebebasan yang mutlak untuk pergi ke mana-mana sekolah pada bila-bila masa. Tapi jangan bimbang. (Teruskan bacaan)

Jadi, jika anda berminat memanggil kami berkongsi di sekolah anda, jangan segan silu untuk PM kami di Facebook. Team kami belum lagi sempurna tapi kami akan berusaha untuk memenuhi jemputan anda.

Untuk makluman anda,sekarang kami mempunyai volunteer di negeri-negeri berikut;

1- Kelantan
2- Terengganu
3- Kuala Lumpur
4- Selangor
5- Perak
6- Melaka
7- Sabah
8- Sarawak

Tolong doakan kami berjaya dalam usaha kami.

“Usaha ini hanyalah usaha yang sangat kecil. Tapi ingat, burung yang kecil pun berusaha memadamkan api Nabi Ibrahim (Selawat atas Baginda)! “

Sumber