Alhamdulillah. Dapat melawat Banda Acheh dan berkesempatan ke Pulau Weh, Indonesia. Trip 4h3m dengan bajet RM650/seorang termasuk flight tiket return.

Bajet trip ke Banda Aceh, Pulau Weh / Sabang. 4 hari 3 malam. Walk in,  tak book apa-apa pun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kos yang dibelanjakan

1. Tiket flight Return KLIA2 – Banda Aceh(1 person) (RM130)
2. Ambil kijang dan driver pusing-pusing Banda Aceh tempat peninggalan tsunami – 4 orang – 400,000RP (RM117)
3. Return ferry lambat Jetty Banda Aceh ke Sabang – 120,000RP (RM35)
4. Return Jetty Sabang ke Penginapan di Pulau Weh naik becak (2 orang) – 100,000RP (RM29).
5. Hotel di pulau (2 malam / 1 bilik 2 orang) – 570,000RP (RM167)
6. Hotel di Banda Aceh (1 malam /1 bilik 2 orang) – 300,000RP (RM88)
7. Snorkeling di Iboih (2 orang) – 445,000RP (RM130) termasuk pemandu, transfer boat, alatan snorkeling, kamera dalam air.
8. Jalan-jalan kat Sabang sewa kijang / jeep / 4WD (5 orang) – 400,000RP (RM117)

Hari 1

1. Sampai jeti pukul 9am.
2. Ambil kijang sekali driver bawa pusing Banda Aceh melawat tempat-tempat peninggalan tsunami:
• Museum Tsunami
• Kuburan Massal
• PLTD Apong
• Masjid Baitulrahman
• Masjid Baitulrahim
• Kapal Atas Rumah
• Pantai Longak
• Rumah Aceh
• Pasar Aceh
• Mi Razali
• Pantai Pasir Putih

Mana-mana yang tak sempat buat pada hari pertama, kami lakukan pada hari ke-3 selepas balik dari Pulau Weh.

Makan tengahari dan terus ke jeti. Feri akan bergerak ke Sabang jam 1.30 petang. Ada 2 jenis feri. Feri cepat dan feri lambat. Feri cepat tu mahal sikit la sebab 45 minit je nak sampai pulau. Kalau feri lambat 1 jam 30 minit baru sampai.

3. Bila dah sampai pulau, ambil becak bawa dari jeti Sabang ke tempat penginapan. Tepi pantai. Cari bilik. Check in
4. Sebelum check in, kena tunjuk kad kawin dulu. Kat Aceh ni undang-undang agama lebih di ketat selepas kejadian tsunami dulu. Rehat.

Hari 2

1. Lepas sarapan bergerak naik kijang dengan driver bawa jalan-jalan kat pulau. Dari satu tempat ke satu tempat memang jauh. Jadi boleh sewa motor atau ambil kereta je. Macam kami 4 orang, jadi kami ambil kereta je. Tempat yang di tuju adalah :
• Gua Sarang
• Sumur Tiga
• Benteng Japang
• Zero KM

Adalah 2 ke 3 tempat lagi singgah masa on the way tu. Tapi dah lupa nama tempat tu.

2. Balik penginapan dah petang, rehat. Untuk makan tengahari dan makan malam kami makan kat sekitar penginapan sebab banyak kedai makan kat situ. Kat tepi-tepi pantai je.

Baca: Anda Pasti Tak Sabar Mahu Ke Indonesia Selepas Melihat Perkara Menarik Ini

bercuti-ke-acheh-1

bercuti-ke-acheh-20

bercuti-ke-acheh-19

bercuti-ke-acheh-18

bercuti-ke-acheh-17

bercuti-ke-acheh-16

bercuti-ke-acheh-15

bercuti-ke-acheh-14

bercuti-ke-acheh-13

bercuti-ke-acheh-12

bercuti-ke-acheh-10

bercuti-ke-acheh-9

bercuti-ke-acheh-8

bercuti-ke-acheh-7

bercuti-ke-acheh-6

bercuti-ke-acheh-5

bercuti-ke-acheh-4

bercuti-ke-acheh-3

bercuti-ke-acheh-2

Hari 3

1. Sarapan tepi pantai.

2. Bersedia nak pergi snorkeling kat Iboih. Kami snorkeling kejap je. Sebab dah siap-siap nak balik petang tu. Kalau ikutkan boleh pergi snorkeling yang kat dalam laut ada kereta lah motor lah macam-macam.

Kami tak sempat pergi situ. Dinasihatkan siapa-siapa nak pergi snorkeling lebih baik pergi hari biasa sebab di hujung minggu penuh dengan orang-orang tempatan kat sana. Dia orang pun baru nak explore pulau tu.

3. Balik bilik siap-siap ke jeti nak ke Banda Aceh semula.

4. Check in kat hotel Banda Aceh. Malam keluar jalan-jalan pergi Pasar Aceh beli souvenir sikit-sikit.

Hari 4

1. Pukul 7 dah ada kat airport sebab flight ke KLIA2 pagi.

Baca lagi: 10 Tip Berjimat Ketika Travel Di Lombok, Indonesia