Iran? Kenapa saya memilih Iran? Saya memilih travel ke Iran kerana Iran merupakan lokasi pelancongan yang sedang membangun serta kaya dengan sejarahnya yang tersendiri.

Selain itu juga, perbelanjaan ke sana murah dan saya menggunakan perkhidmatan AirAsia sebagai pilihan penerbangan untuk ke sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alhamdulillah akhirnya saya dan rakan saya dapat ke Iran dengan bajet sekitar RM1700 (400 USD) seorang  selama 10 hari. Trip ini bermula dari 20 hingga 30 Disember 2016 dan meliputi Tehran – Qom – Mehrabad – Shiraz – Mashadd dan akhir sekali kembali ke Tehran.

Berada di Bukit Nabi Khidir. Seluruh bandar Qom dapat dilihat dari atas.
Makam Fatimah Maksumeh.
Makam Fatimah Maksumeh.
Masjid Hasan al-Askari
Masjid Hasan al-Askari
Masjid Jamkaran.

Qom

1. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini pada pukul 10.40 malam (3 pagi waktu Malaysia).

2. Tidur di Sadaf Hotel. Bayaran 40 Toman untuk 2 malam.

3. Ziarah Masjid Hasan al-Askari dan Makam Fatimah Maksumeh. Masuk percuma.

4. Mendaki Bukit Nabi Khidir dan memulakan pendakian di ketinggian 300m. Tengok sunset sekali. Pada waktu malam, kami solat di Masjid Jamkaran. Masuk percuma.

Shiraz

1. Tidur di Taha Traditional House 1 malam. Bayaran 40 dollar (2 orang termasuk sarapan).

2. Tempat-tempat yang dilawati  –  Masjid Nasir Al-Mulk, Masjid Vakil, Persepolis, Necropolis, Shah Cheragh, Karim Khan Castle dan Vakil Bazaar.

3. Tiket masuk Masjid Nasir Al-Mulk (15 toman), Masjid Vakil (15 toman), Persepolis (20 toman). Necropolis, Shah Cheragh, Karim Khan Castle dan Vakil Bazaar. Masuk percuma.

Mashhad

1. Tidur di rumah kenalan Iran selama 3 hari dan masak sendiri. Kami masak kari ayam.

2. Ziarah Masjid Imam Reza. Masuk percuma.

3. Pergi  Torqabeh. Naik dari Basij Metro Station turun di Vakil Abad Station. Tambang metro 4000 Toman.

4. Tambang bas dari Vakil Abad Station ke Torqabeh. Tambang 1000 Toman (2 orang).

5. Melawat Mellat Park di Mashhad. Masuk percuma.

6. Tidur di motel murah berhampiran Shah-e-Rey. 60 Toman untuk 1 malam.

Baca: Travel Solo 14 Hari Di Iran, Ini 9 Perkara Yang Ingin Saya Kongsikan

Karim Khan Castle
Karim Khan Castle
Masjid Vakil
Masjid Vakil
Masjid Vakil
Mellat Park
Mellat Park
Di Al-Mahdi Park. Di tepi jalan sekitar Al-Mahdi Park.
Persepolis
Persepolis
Persepolis
Di Al-Mahdi Park. Taman ini sangat bersih dan tiada najis burung.
Azadi Tower. Merupakan salah satu mercu tanda di bandar Tehran.

Tehran

1. Melawat Azadi Tower dan Almahdi  Park.

2. Tiket masuk Azadi Tower 15 Toman seorang.

3. Pergi ke  Moniriyeh Square naik metro dari Mehrabad International Airport.

4. Tambang 1400 Toman (2 orang).

5. Masuk Holy Defense Museum of Tehran. Tiket masuk 36 Toman (2 orang).

6. Untuk ke Holy Defense Museum of Tehran. Naik metro dan berhenti di Shahid Haghani Station.

Kos pengangkutan :

1. Harga tiket flight KL-Tehran-KL : RM989 seorng untuk (20-30 Disember).

2. Harga tiket domestik flight (Tehran – Shiraz naik Iran Air) = RM100

3. Shiraz- Mashhad naik Kish Air : RM150

4. Mashad – Tehran naik Mahan Air : RM70

5. Harga teksi Tehran – Qom : RM70, Qom – Mehrabad Airport : RM100

6. Bayaran pemandu teksi untuk 3 hari di Shiraz RM500 untuk 2 orang. Shiraz mahal kerana ia merupakan tempat tumpuan pelancong.

Rumusan saya sepanjang berada di Iran:

1. Masyarakat Iran sangat jujur ketika berurus niaga. Sebagai contoh, kami  uji dengan keluarkan duit yang banyak  dan mereka hanya mengambil nilai yang berkaitan sahaja.

2. Tiada isu mazhab agama di sini. Walaupun majoriti rakyat Iran menganut ajaran Syiah, namun masyarakat di sini hidup harmoni. Masjid di sini untuk kegunaan semua umat Islam.

Buktinya, saya bebas untuk menunaikan solat secara sunni tanpa sebarang gangguan . Malah, diberikan air teh secara percuma dari jawantkuasa masjid.

3. Iran merupakan negara yang selamat untuk dilawati. Buktinya wanita di sini bebas untuk berjalan seorang diri di bandar tanpa sebarang gangguan. Ini kerana mereka mengamalkan hukuman hudud dan qisas.

Sekiranya seseorang itu merogol , dia akan dihukum gantung sampai mati di khalayak ramai. Selain itu juga, ketika saya tertinggal jam tangan ketika mengambil wuduk, jam  tangan saya masih berada di situ walaupun saya baru selesai solat. Kalau di Malaysia, sudah lama lesap.

4. Masyarakat Iran sangat mesra dengan pelancong. Mereka tanpa segan silu akan membantu pelancong asing apabila nampak kita dilanda masalah.

Buktinya, ketika kami di stesen metro, seorang pakcik tua telah menolong kami menunjuk arah dan siap belanja kami tiket metro sekali.

5. Sepanjang berada di Iran, saya dapati lorong-lorong di kota tiada gelandangan dan amat jarang sekali kelihatan peminta sedekah di kota.

Selain itu juga, saya dapati lorong-lorong ini sangat bersih dan tiada sampah bertaburan. Ini kerana mereka amat mementingkan kebersihan.

6. Makanan di Iran kebanyakkannya disediakan dalam kuantiti yang sangat banyak. Sebagai contoh sepinggan hidangan Chello Kebab boleh makan untuk 2 orang. Ini kerana nasinya sangat banyak.

7. Akhir sekali, saya sarankan berkunjung ke sana untuk merasai sendiri pengalaman ke negeri para mullah ini. Sekian dari saya.

Lepak di perkarangan hotel dengan masyarakat tempatan dan pelancong dari Belgium sambil makan kebab cecah dengan kuah seakan kari ikan.
Berkelah dalam taman dengan Ahmed Rayati merangkap supir kami ketika berada di Shiraz. Beliau mempelawa kami untuk tidur di rumah beliau ketika kami tiba hari pertama di shiraz. Siap sediakan sarapan pagi untuk kami.
Holy Defense Museum of Tehran.
Holy Defense Museum of Tehran.
Holy Defense Museum of Tehran.
Holy Defense Museum of Tehran.
Holy Defense Museum of Tehran.
Vakil Bazar
Vakil Bazar
Vakil Bazar

Baca lagi: Kami Lawat Kampung Purba Merah Di Iran Dan Ini Apa Yang Dijumpai