Tarikh : 18-20 Ogos 2016
Trip ke Universal Studio Singapore (USS)

Di bawah merupakan itinerari perbelanjaan yang lengkap bagi memudahkan anda mengira bajet. Kami pergi berdua suami isteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Persediaan
Tiket Airasia KLIA2 – Singapura (2 orang) RM 102
Tiket Universal Studios Singapore (2 orang) RM 310
5FootWayInn Hostel (18-20 Ogos 2016) RM 419.93
Money Exchange 200 SGD = RM 597

18 Ogos 2016 (DAY 1)
0400 : KLIA2
Subway RM 7.95

0520 : Boarding
0610 : Berlepas

0700 : Mendarat di Changi Airport
Tourist Pass 3 Hari (2) SGD 60 (Deposit SGD 10 seorang)

1000 : Melalui Vivocity Mall untuk ke USS (Laluan pejalan kaki)
Roti Sunshine 65g SGD 1.00
Mixed Fruit Juice 1000ml SGD 2.25
Yeos Chrysanthemum 500ml SGD 1.35

1030 : Di Universal Studio Singapore
Coke 500ml SGD 3.50

1930 : Di 5FootWayInn Hostel
Deposit SGD 20
Sewa Tuala SGD 2
Dinner Maggi Sedap di beli di Malaysia

19 Ogos 2016 (DAY 2)
1300 : Brunch di Ananas Cafe Paya Lebar MRT
Nasi Lemak Ayam Telur (2) SGD 4.40
Air Tin SGD 1.30

1400 : 7 Eleven Bras Basah
Isotonic Lemon SGD 1.00

1420 : Jalan-jalan sekitar bandar menggunakan MRT untuk ke Esplanade by the Bay, Merlion, Helix Bridge, Marina Bay dan lain lain

1930 : Di Chinatown
Shawl (2) SGD 4.00
Pencil Souvenir SGD 3.00
T-Shirt (2) SGD 5.00
Bag (5) SGD 10.00

2100 : Zam Zam Restaurant Singapura
Murtabak Kambing (Small) SGD 5.00
Beriyani Ayam SGD 6.50
Teh O Ais SGD 1.50
100 Plus Tin SGD 1.50

20 Ogos 2016 (DAY 3)
0800 : Di Hostel
Tiket KTMB JB Sentral – Gemas (2) RM 46.00 (Beli Online)
ETS Gemas – TBS (2) RM 64.00 (Beli Online)
Cas Print (4) SGD 0.80

1100 : Checkout

1130 : Di Sultan Plaza (habiskan masa kerana Deen Sup Tulang Merah buka pada 1230)
Roti Butter Sugar SGD 1.00

1230 : Makan Tengahari di Deen Sup Tulang Merah
Sup Tulang Merah SGD 10.00 (Sesuai untuk 3 orang makan)
Teh O Ais SGD 2.00
Nasi Putih (2) SGD 3.00

1500 : Window Shopping di Bugis Street
T-Shirt (2) SGD 5.00

1730 : Bus Woodlands – Train Checkpoint (2) SGD 2.80

1900 : KTM Woodlands – JB Sentral (2) SGD 10.00

1910 : Sampai JB Sentral. Ronda di City Square sementara menunggu KTMB
2345 : KTM JB Sentral – Gemas – TBS

Perbelanjaan duit Malaysia : RM 949.88
Perbelanjaan duit Singapura : SGD 127.90 ~ RM 381.7815

Jumlah = RM 1331.6615 = RM 665.83075 seorang

Review Hostel
5Foot Way Inn Hostel memang sangat baik bagi kami sebab ia terletak di lokasi yang strategik iaitu di Bugis. Sengaja kami pilih bilik yang private bagi menjaga aurat isteri, cuma tandas berkongsi. Ada bilik yang murah di hostel ni, boleh survey di Agoda.

Apa yang menarik jika menginap di hostel ini adalah, kita akan dibekalkan secara percuma sebiji smartphone lengkap berinternet, dan free international calling.

Boleh buat seperti handphone sendiri cuma tak boleh buat hotspot saja. Tapi jangan risau, dalam hostel ada Wifi percuma berkelajuan tinggi.

Sarapan juga disediakan seperti roti bakar, basic breakfast. Selain itu, kalau dahaga, boleh dapatkan air milo, nescafe dan sebagainya di mesin vending secara percuma.

Review Tiket USS
Ok simpan siap-siap nombor bro Umar 013-7143449, boleh runding harga dengan bro ni. Memang termurah di pasaran bagi saya. Seeloknya booking seminggu lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah. Jangan beli di kaunter USS tu sebab memang ramai dan mahal.

Review USS
Kami pergi pada hari bekerja, tetapi masih ramai orang. Sesak sangat. Mungkin sebab negara lain bercuti kan. Tips saya, rancang dulu nak main game apa, buat research supaya nanti tak rasa kecewa kalau tak sempat.

Kalau ride itu terlalu ramai orang beratur, jadi SINGLE RIDER. Maksudnya jangan berebut sangat untuk naik dengan pasangan atau keluarga. Single rider akan ada baris beratur tersendiri jadi memang cepat jika dibandingkan dengan barisan beratur biasa.

Boleh tanya kepada petugas di ride tu dan cakap kita ni single rider. Bab makanan, jangan makan di dalam sebab memang mahal. Kalau tak silap dalam SGD 15 sepinggaan nasi di cafe berdekatan Jurassic Theme.

Review MRT Singapura
Perfect. Timing sangat sharp. Jadi kalau sampai di Singapura boleh terus beli Tourist Pass, untuk kemana-mana boleh naik MRT saja. Memang tak akan sesat.

Review Perbelanjaan
Makanan agak mahal bagi kita disebabkan nilai Ringgit yang jatuh. Pada waktu saya pergi, 1SGD = RM 2.985 . Mungkin sekarang lebih rendah. Jadi rancang perbelanjaan anda. Boleh bajet perbelanjaan anda dengan merujuk kepada itinerari kami di atas. Selamat berjalan!

tip-ke-ussr-singapura-1

tip-ke-ussr-singapura-2
View Marina Bay.
tip-ke-ussr-singapura-3
5 Foot Way Inn Hostel. Area Bugis — in Singapore.
tip-ke-ussr-singapura-4
Far Far Away USS — in Singapore.

tip-ke-ussr-singapura-5

tip-ke-ussr-singapura-6

tip-ke-ussr-singapura-7

tip-ke-ussr-singapura-8

tip-ke-ussr-singapura-9
Chinatown — in Singapore.

Baca lagi: 5 Tip Dan Itinerari Travel 2 Hari 1 Malam Ke Singapura