Nota Editor: Itinerari bajet ke Korea ini telah dikongsikan oleh Zul Messi yang telah travel ke sana baru-baru ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan buat anda yang ingin ke sana.

itinerari-bajet-travel-korea-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bakal memulakan langkah pertama dari Muar menuju ke Korea Selatan. Winter vacation start from Busan-Gyeongju-Mount Seoraksan-Nami Island-Seoul-Jeju Island.

Flight dijadualkan pada tengah malam ini. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Kesihatan agak terjejas sejak kebelakangan ini. Moga kawan-kawan dapat mendoakan kesejahteraan.

Sama-sama kita saling mendoakan dan Allah memudahkan urusan kita. InshaAllah – 10 Dec 2015

Saya ke Korea Selatan bertiga dari 11-18 Dis 2015. Itinerary saya ni agak berbeza dengan orang lain. Berdasarkan map, boleh dikatakan saya pusing satu korea.

Kos All-in RM1800 (penginapan, flight dari kl, flight ke Jeju, transport bas & train, sewa kereta di Jeju,makan, t-money, day pass, entrance tempat). Tak couchsurfing atau tumpang sesiapa.

Saya memulakan perjalanan dari KL-Gimhae Airport-Gyeongju-Pohang-Sokcho-Chuncheon-Nami Island-Seoul City-Jeju Island-Busan City-Gimhae Airport-KL. So, saya tak ada nak buat file. Saya just share ringkas kat sini.

Day 1

itinerari-bajet-travel-korea-2

Korea best!Kat sini ada kamera free. Lepas tangkap gambar boleh hantar antar kat emel. Jakun sikit.Hihihi – Gyeongju.

Tiba Gimhae Airport, Busan pukul 8.30 pagi. Dari airport, terus naik bas ke Gyeongju. Harga tiket bas iket KRW9000.

Tiba Gyeongju, cari bas 10 terus ke UNESCO site, Bulguksa Temple. Best!

Petang, patah balik ke Gyeongju City. Jalan-jalan kat Gyeongju Historical Area. Gyeongju is Korea history! Best macam Kyoto. Sekitar pukul 5.30 petang, gerak ke Pohang (KRW3400, 1 jam) sebab nak naik night bus ke Pohang ke Sokcho (KRW37100, 5 jam).

itinerari-bajet-travel-korea-11

Sampai Pohang ambik bas paling akhir 11.30pm ke sokcho 37000 krw 5 jam tak perlu tidur hotel. Overnight dalam bas je. Bacpack style macam tu la. Haha. Sokcho adalah bandar pesisir pantai dan ada Mount Soraksan National Park. Sempat hiking 3.5km. Sangat awesome tempat ni.

itinerari-bajet-travel-korea-13

Kalau perhatikan signboard di jalan-jalan di Sokcho ni ada tulisan Russia. Kenapa eh? Sebab dah dekat dengan Vladivostok, Russia. Ada feri dari Sokcho ni ke sana.

Sebenarnya ada bas direct Gyeongju ke Sokcho tapi waktu bas tengahari. Tiba malam kat Sokcho. Tapi dah decided nak jalan kat Gyeongju sampai petang.

So, kena pegi alternatif lain. So, bila kaji ada nightbus dari Pohang. Kira berserah naik bas ke Pohang dulu dengan harapan tiket bas ke Pohang-Sokcho tak habis.

Alhamdullillah ada. Tapi transit kat Pohang bus terminal 5 jam. Destinasi ni tak boleh beli online. Korang check kat bustago website untuk check destinasi bas satu Korea. Banyak destinasi boleh beli online.

Day 2

itinerari-bajet-travel-korea-3

itinerari-bajet-travel-korea-4

Hiking di Seoraksan National Park, Sokcho

Tiba Sokcho awal pagi. Dalam pukul 9 pagi tumpang beg kat hostel penginapan (Egg House – 5 minit je jalan dari Sokcho Intercity Terminal Bus). Hotel ni best. Lepas tu, naik bas 7 ke Soeraksan National Park. Bas KRW1000++ one way selama 45 minit.

Bayar KRW3500 untuk tiket masuk. Hiking kat sana. Malam-malam jalan kat fish market.

Sokcho bandar persisiran pantai yang sangat indah dan Mount Soerak adalah landmark utama di sini.

Day 3

itinerari-bajet-travel-korea-5

Finally. Nami Island Korea. tempat penggambaran Winter Sonata.

Naik bas dari Sokcho ke Chuncheon (KRW13400, perjalanan selama sejam setengah).  Tiba Chuncheon, cari bus ke Gapyeong Terminal Bus
(KRW2900, 30 minit).

Bila tiba Gapyeong Terminal Bus, naik teksi ke Entrance Nami Island (KRW4500, 8 minit). Lepak kat Nami Island (bayaran masuk dan naik ferry KRW8000).

Masa balik, kita orang jalan kaki je dari Jeti Nami ke Gapyeong Station (20 minit). Untuk lebih murah, kita orang tak naik train yang laju. Pilih train biasa yang berhenti kat Sangbong.

Kat sini kita orang tinggal kat Bong House area Hyehwa Station. Malam makan kat subway ambik yang tuna/ egg mayo.

Day 4

itinerari-bajet-travel-korea-7

Gyeongbokgung Palace.

Jalan sekitar Seoul. Antara tempat yang jadi pilihan Bukchon Village (free), National Folk Museum of Korea (free), Gyeongbokgung Palace (KRW3000), Itaewon (solat di masjid & makan kat Makan House-KRW8000 nasi goreng, nasi gan half chicken KRW10000) dan Myeongdong (shopping area).

Day 5

itinerari-bajet-travel-korea-6

Antara tempat terindah di Pulau Jeju, South Korea. Mendamaikan.Tenang. Terpegun. Ciptaan Allah memang indah.

Pukul 10 pagi gerak ke Jeju Island dari Gimpo Airport, Seoul. Naik Jeju Air. Tiba Jeju, sewa kereta (Jeju Auto House).

Lepas tu Yongduam Rock, Dongmun Traditional Market dan makan kat Baghdad Cafe. Duk kat Sori Guesthouse kat Jeju City.

Harga sewa kereta KRW47200 termasuk insuran selama 26 jam. Dapat kereta minyak penuh. Diingatkan drive kat Korea kedudukan driver bertentangan)

Day 6

itinerari-bajet-travel-korea-10

Pergi ke Seongsan Peak (KRW2000) – Jeongbang waterfall (KRW2000) – Jungmun Saekdal Beach – Jusangjeoli Cliff (KRW2000) – Mystery Road (free). 5.30 petang pulang kereta.

Kena isi minyak penuh balik (KRW27000).Pukul 8.00 malam naik flight dari Jeju ke Busan. Stay kat area Jagalchi Market (Woori Guesthouse). Nak murah, naik subway je dari Gimhae Airport.

Day 7

itinerari-bajet-travel-korea-8

Busan, South Korea: Seagull bird di sekitar Haeundae Beach sangat mengasyikkan ditambah dengan panorama bangunan di hadapan pantai.

itinerari-bajet-travel-korea-9

Begitu juga temple yang berada di tepi laut. Alunan ombak dan batuan yang indah. Suhu dicatatkan sekitar 2°celcius. Bila angin bertiup rasa macam pipi disapu ais. Huhuhu.

Guna one day metro pass KRW4500. Pegi Haedong Yongungsa Temple (free), Haeundae Beach, kawasan masjid di Dusil station, Gamcheon Culture Village (free), Gukje Market.

Day 8

itinerari-bajet-travel-korea-12

Bulguksa Temple Unesco site Gyeongju

Naik flight balik Malaysia.

Semoga itinerari ni boleh dijadikan panduan. Iti ini sesuai untuk cover satu korea dalam masa yang pendek terutama yang cuti pndek. Sangat sesuai untuk yang kuat berjalan dan persediaan mental yang baik.

Untuk rasa lebih best dan ikut kesesuaian, saya cadangkan korang lepak kat Sokcho 2 hari, Gyeongju 2 hari. Jeju pun best kalau lelama sebab super indah.

Memang best kat situ. Saya rasa 10 hari itu tempoh yang ok untuk route saya ni. So far saya ok dengan percutian ini walau ada beberapa masalah tak dapat dielakkan.

Ada tempat yang tak sempat nak pergi seperti Seoul Tower, Gamcheon Culture Village (tiba malam, tak dapat nak tengok bangunan berwarna-warni macam di  Santorini).

Kalau nak repeat, nak pergi Jeju lagi kot. Apa pun Alhamdulillah dah tiba Malaysia dan dah demam ni. Sila alert dengan angin yang kuat Busan dan Jeju tambahan suhu menghampiri takat 0 jika pegi musim sejuk.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram