Trip Bali yang lalu merupakan trip yang agak kelam kabut kerana tidak buat persediaan awal terutamanya dari segi itinerari dan juga pengangkutan di sana. Alhamdulillah 2 hari sebelum pergi semuanya dapat uruskan baik dengan untuk percutian 3 hari 2 malam di Bali.

Sebenarnya Bali bukanlah route pilihan saya buat masa ni. Hajatnya nak bawa isteri selepas berjaya mendirikan rumah tangga kelak. Tapi disebabkan dapat penginapan hotel percuma maka terpaksalah meleburkan duit untuk beli tiket penerbangan yang mahal kerana trip ini dilakukan pada hujung minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan itinerari untuk trip kali ini sebagai rujukan anda :

HARI 1
Travel dari  Kul – Jakarta – Bali
Airport pickup jam 2.30pm
Check in di Westin Nusa Dua, Bali
Malam buat aktiviti free & easy sekitar Kuta

NOTA :

1. Nak travel murah punya pasal maka terpaksa transit ke Jakarta dahulu lepas tu ambil local flight ke Bali.

2. Dah sampai hotel 5star ni, maka first day enjoy segala fasiliti yang ada di hotel dulu, but this hotel sesuai sangatlah jika nk honeymoon, jika tak lebih baik stay kuta malam meriah sikit.

3.Kalau boleh sebelum check in pergi ke WaterBlow yang berhampiran Pantai Nusa Dua, coz bila dah masuk hotel jadi malas pulak nak keluar.

HARI 2 :

Dari hotel ke Sanur Beach
Ambil bot jam 8 am dari Sanur Beach ke Nusa Penida
Tiba di Nusa Penida terus tour ke Pantai Kelingking – Broken Beach – Angel Billabong
Jam 3pm balik ke Sanur Beach
Sunset di Tanah Lot

NOTA :

1. Jika nak ambil bot jam 8 pagi tu haruslah keluar sekitar jam 6.30 pagi dari hotel. Tapi jika menginap di sekitar Kuta dah dekat sikit dengan Sanur Beach. Boleh sarapan di gerai-gerai tepi pantai sebelum naik bot.

2. Harga tiket bot lebih mahal untuk yang bukan warganegara Indonesia. Tapi sebab ada tour package yang murah saya ambil ni dia belikan tiket boleh kira macam harga Indonesia (diriku terasa macam muka Indonesia).

3. Kalau ada masa lama silalah menginap 1 malam di Nusa Lombongan dan Nusa Ceningan sebelah saja dengan Nusa Penida. Pasti boleh teroka banyak lagi tempat. Yang paling best pelancong asing tak ramai di sini. Senang kata anda wajib ke Nusa Penida jika ke Bali!

tip-travel-ke-bali-1
Nusa Penida punya tahap kejernihan.
tip-travel-ke-bali-2
Silap langkah terjun terus. Nusa Penida.
tip-travel-ke-bali-3
Pohon cinta katanya. — in Klungkung, Bali, Indonesia.
tip-travel-ke-bali-4
Mywish untuk ke Klungkung Beach akhirnya tercapai.
tip-travel-ke-bali-5
Broken Beach, Nusa Penida.
tip-travel-ke-bali-6
Ayam tulang rapuh telur masin. Boleh pepak sampai tulang semuanya lembt. Yang spoil adalah dia goreng dan serve dengan kepala ayam!
tip-travel-ke-bali-7
Honeymoon sangat. Depan hotel.
tip-travel-ke-bali-10
Westin Hotel
tip-travel-ke-bali-8
Angel Billabong! Wajib pergi.
tip-travel-ke-bali-9
Angel Billabong. Bila ombak mengganas.

HARI 3 :
Enjoy the luxury of Westin Hotel
Check out dan ke Tegalalang Paddy Terrace
Kopi Luwak Factory
Pendawa Beach
Green Bowl Beach
Terbang balik Bali-Kul

NOTA :

1. Banyak lagi pantai dan tarikan lain yang boleh pergi tapi masa agak singkat dan jalan pun sentiasa macet (jem) maka terpaksa skip banyak tempat menarik seperti Blue Point Beach, Ubud, Jimbaran, Waterblow, Rock Bar by Ayana Hotel).

2. Hari terakhir lebih kepada aktiviti santai di hotel saja dan yang Tegalalang Paddy tu check dulu sebelum pergi bila time paddy dia menghijau, kalau dah tuai pergi maka berhuhu sajalah. Green Bowl Beach should be nice tapi bertabahlah nak turun lebih 300 anak tangga, turun ok masa naik menyumpah!

BAJET KASAR – BALI HIDDEN NATURE TRIP

1. Tiket Flight Penang-Kul-Jakarta-Bali-Kul-Penang : RM650
2. Hotel Westin Resort 3H2M : RM2400 (but free from AirAsia Mag)
3. Pak Supir 3H2M : 290/3pax : RM96
4. Tour ke Nusa Penida + Tiket Bot : RM144 (Jika beli tiket bot saja tanpa tour RM112) – Berbaloikan?
5. Duit Poket Makan Minum dll : RM180

CONTACT NO :
Supir : Pak Isme (+62 813 3861 4174)
Tour Nusa Penida : Dek Muss (+62 853 3888 1234) Visit Page : MS Nusa Penida

Happy Travelling okey!

tip-travel-ke-bali-12
Tegalalang Paddy.
tip-travel-ke-bali-13
Tegalalang Paddy.
tip-travel-ke-bali-14
Pendawa Beach
tip-travel-ke-bali-15
Green Bowl Beach, jenuh sakit lutut!
tip-travel-ke-bali-16
Green Bowl Beach.
tip-travel-ke-bali-17
Green Bowl Beach.
tip-travel-ke-bali-18
Green Bowl Beach.
tip-travel-ke-bali-19
Bali Airport.

Baca lagi: 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali. Yang Nak Honeymoon Pasti Suka!