Ada cerita menarik hari ini daripada seorang usahawan. 10 tahun yang lalu beliau masih lagi makan gaji dan bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan selama 3 tahun. Beliau bekerja dengan penuh dedikasi sebagai pengurus projek.

Hidup beliau mula berubah apabila keputusan dibuat untuk berhenti kerja serta mendapat sokongan orang tua. Beliau telah ditawarkan oleh seorang kenalan untuk menjadi pembekal barang-barang kejuruteraan. Beliau pula memang berkelulusan kejuruteraan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah dikumpulkan modal, ianya masih belum cukup untuk beliau bermula. Beliau terus teringat kepada kata-kata tauke syarikat pembinaan pada hari terakhir bekerja. Kata tauke, “Lu seorang pekerja yang sangat baik dan amanah, kalau perlukan bantuan lu jangan lupa cari saya. Saya akan bantu”.

Dengan perasaan yang berdebar, beliau pun pergi melawat tauke, bos lama beliau. Setelah berbual-bual dan menyampaikan hasrat kepada tauke untuk mendapatkan modal, si tauke ketawa besar. Tauke kata,”mana cukup kalau lu nak minta modal dan mula bisnes ‘engineering’ dengan hanya RM15 ribu”.

Dalam tempoh seminggu tauke suruh beliau datang lagi ke rumah dan beritahu berapa jumlah yang beliau perlukan. Seminggu selepas itu, beliau pergi mengadap semula bos lamanya dengan jumlah yang tinggi sedikit iaitu RM25 ribu.

Tauke hanya senyum dan geleng kepala, di bawah surat khabar cina yang tauke sedang baca ada sekeping cek yang sudah ditulis angka untuk diberikan kepada bekas pekerjanya. Bukan RM25 ribu, tetapi RM100 ribu!

Beliau terkesima lantas terus memeluk tauke dengan perasaan yang sangat terharu. Tidak sangka tauke sangat baik sehingga sanggup memberikan jumlah yang besar untuk beliau mula berniaga.

Bila ditanya mana dokumen perjanjian untuk beliau tandatangani, si tauke hanya hulur tangan dan ajak bersalam sambil berkata.”kita buat akad saja la. Nanti bila untung lu boleh bayar”.

Setelah 2 tahun berniaga, beliau berjaya mendapatkan keuntungan berkali ganda dan membayar semula kepada tauke sebanyak RM145 ribu. Si tauke pula yang terharu hingga menangis tidak berlagu.

Tauke sebenarnya menganggap bantuan RM100 ribu tersebut sebagai hadiah kepada pekerja kesayangannya untuk belajar menjadi usahawan dan bukan sebagai pinjaman.

Rahsia kejayaan juga terletak pada kejujuran.

“Sincerity makes the very least person to be of more value than the most talented hypocrite.” – Charles Spurgeon

Baca lagi: 10 Ciri Majikan Yang Bertanggungjawab Terhadap Pekerja Mereka