Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Dr Rem Dambul. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia membantu mereka yang masih bujang untuk menjawab soalan cepu emas tentang kahwin dengan cara santai.

Cepu Emas, Cemas dan Lemas

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Siapa ada masalah dengan soalan cepu emas: ‘Bila kau mau kawin?’

Itu sebenarnya tanda prihatin. It shows that people do aware of your existence, and you do matter to them. Sebab itu ia dinamakan ‘cepu emas’. Cepu itu bererti orang yang pentingkan diri. Emas pula sesuatu yang berharga. Jadi ‘soalan cepu emas’ itu membawa konotasi agak ironik, iaitu: pertanyaan dari seorang yang selfish, tapi sangat caring dan peduli.

Cuma kadang-kadang, situasi emas itu boleh bertukar cemas. Bila si cepu itu bukan sekadar bertanya, tetapi juga memberi nasihat bertele-tele. Siap dengan segala hadis dan nas-nas Al-Quran. Ini pun bagi saya secara peribadi, masih boleh dikompromi. Agak annoying sikit, tapi niat si cepu tentu mulia. Itu mungkin bukti bagi sikap prihatin yang lebih tinggi.

Tapi yang betul-betul menduga kesabaran, bila cepu cemas meningkat jadi cepu lemas. Serius, ini memang bikin sesak nafas.

Nota: Selain dikaitkan dengan ‘orang yang selfish’, cepu juga boleh diertikan sebagai bekas, cembul, mangkuk besi.

Baca: Ini Punca Sebenar Ramai Orang Tangguh Niat Kahwin

bila nak kahwin 2

2. Insiden ini berlaku ketika sesi ziarah raya baru-baru ini di suatu tempat yang sengaja dirahsiakan.

“Kau masih belum kahwin? Tengok akak, anak sulung sudah mau habis universiti” , sapa dia dengan begitu ramah, yang cuma dua tahun senior saya.

“Jodoh belum sampai, kak.” Kata saya, sambil melirik nasi himpit dalam pinggan di tangan dia, yang belum dijamah sejak tadi.

“Eeeeh, jodoh tak boleh ditunggu datang, dik. Mesti usaha dan cari. Mana boleh harap cinta bergolek-golek menyembah depan kita. Bla, bla, bla.” Cepu emas sudah mula jadi cepu cemas.

Kawan sebelah saya pun sudah lama angkat kaki. Mungkin sentap, mungkin jengkel. Sebab ini majlis temumesra idul fitri, bukan sesi motivasi mencari isteri.

“InsyaAllah akan berikhtiar, kak.” Saya sambut ringkas ceramah dia yang berjela-jela. Makanan di pinggan dia belum juga luak-luak.

“Memanglah insyaAllah. Tapi kesungguhan mesti ada. Itulah, Mekah kau sudah sampai berkali-kali. Tapi nikah belum. Kita orang Islam ni dik… bla, bla, bla.”

Nah, sudah mula jadi cepu lemas. Bila tahap begini, memang saya ada isu. Bukan kerana sensitiviti pada subjek yang dibangkitkan. I don’t find it sensitive at all. But when others unnecessarily drag it too much, it denies you the opportunity for a more productive conversation. Banyak lagi hal lain yang boleh dibualkan. Sebab bukan selalu jumpa pun.

bila nak kahwin 3

3. “Sebenarnya saya ada masalah peribadi, Kak.” Akhirnya hati saya terbuka mahu berterus terang. Sebab makin lemas bila terus diasak bertubi-tubi.

“Ya, apa dia? Kongsilah.” Mata dia terbuntang penuh minat.

“Kalau ikut trend Malaysia, ramai perempuan sekarang macam suka yang keras dan tahan lama. Saya ini sudah 20 tahun ada masalah ketegangan dan premature ejaculation yang kronik. Kadang-kadang bergesel dengan peha sendiri pun boleh pancut. Saya sudah cuba semua ubat kuat yang ada di internet, tapi tiada yang mujarab. Suami akak pakai apa?” Saya akhiri pengakuan itu dengan pertanyaan penuh mengharap.

Dia diam. Kemudian mula mengunyah nasi himpit yang sejak tadi tidak dijamah. Mujur dia akhirnya diberi hidayah untuk redha pada qada dan qadar Tuhan. Dari situasi emas, kemudian bertukar cemas dan hampir-hampir jadi lemas; tapi cepat-cepat kembali kepada fitrah asal, iaitu emas.

Selepas beberapa minit bungkam, saya jeling lagi. Dia masih terus diam, dan makin laju melantak makanan dalam pinggan. Silence is golden. Fuh, syukur pada Tuhan.

Baca lagi: Soalan Penting Kepada Setiap Pasangan Yang Mahu Berkahwin, Adakah Anda Mampu Jawab “Ya”?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram