Alhamdulilah, baru sahaja selesai kembara ke Tianjin, China. Mungkin saya boleh share sikit kot pengalaman mengembara kat Tianjin.

1. Tianjian tak jauh dari Beijing

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi jika dah sampai Beijing, alang-alang tu datanglah ke sini. Saya sarankan naik “Gao Tie” (Bullet Train). Kelajuan keretapi laju ni dalam 300km sejam.

Hanya ambil masa dalam 35 minit untuk sampai ke Tianjian dari Beijing. Boleh naik Bullet Train ni kat stesen subway Beijing South Railway Station (line 4 dan line 14). Harga tiket pergi balik dalam 110 Yuen.

2. Bangunan tinggalan Kolonial

Kalau datang ke Tianjian, ada banyak bangunan tinggalan Colonial Barat sebab wilayah ini antara yang terawal kat China di duduki oleh kuasa barat seperti Itali, Belgium, British, Jepun, USA, Belanda dan Perancis. Tambahan lagi bangunan kat sini kebanyakannya tinggi-tinggi dan bangunan kaca. Nampak lebih moden berbanding Beijing.

3. Pemandangan waktu malam yang menarik

Di Tianjin, paling best adalah pemandangan malam sebab banyak lampu-lampu cantik dipasang di sungai dan bangunan. Cantik beb.

4. Eyes of Tianjin

lagi satu yang menarik tentang Tianjin ialah Eyes of Tianjin. Lebih kurang macam Eyes of London. Lampu dia pada waktu malam pun cantik jugak.

Baca: Cara Ke Tembok Besar China Tanpa ‘Tour Guide’ Dan Di Lokasi Kurang Pelawat

tip-travel-ke-tianjin-china-1

tip-travel-ke-tianjin-china-2

tip-travel-ke-tianjin-china-3

tip-travel-ke-tianjin-china-4

tip-travel-ke-tianjin-china-5

tip-travel-ke-tianjin-china-6

tip-travel-ke-tianjin-china-7

tip-travel-ke-tianjin-china-8

tip-travel-ke-tianjin-china-9

tip-travel-ke-tianjin-china-10

tip-travel-ke-tianjin-china-11

tip-travel-ke-tianjin-china-12

tip-travel-ke-tianjin-china-13

5. Restoran halal

Kat Tianjin ada banyak kedai makan halal yang dibuka oleh orang Muslim Lanzhou. Jadi jangan risau tentang makanan kepada mereka yang Muslim.

6. Masjid

Kat sini juga ada masjid iaitu Xining Road Mosque. Kalau ada masa, datanglah ke sini.

7. Italy Street

Tak sah kalau datang ke Tianjin kalau tak pergi ke Italy Street. Kat sini banyak bangunan senibina ala-ala Eropah dan ada jual banyak cenderamata dan makanan barat.

8. Tianjin Communication Tower

Tianjin Communication Tower pun cantik jugak. Fungsi menara ni sama macam KL Tower dan Namsan Tower Seoul. Salah satu Ikon penting jugaklah kat Tianjin ni.

9. Gu Wen Hua Jie Market

Kat sini banyak kedai-kedai jual snek, baju t-shirt, peralatan lama-lama dan barangan perempuan. Market ini memang terkenal kat Tianjin.

10. Tianjin University

Tianjin University pun bagus jugak kalau nak lawat sebab universiti ini adalah universiti yang paling famous kat Tianjin dan ada taman yang cantik dalam kawasan universiti ni.

11. Senibina jambatan yang unik

Setiap jambatan di Tianjin mempunyai design dan senibina yang berlainan. Sebab tu ramai yang tangkap gambar wedding kat setiap jambatan di Tianjin. Waktu datang kat sini, ramai betul yang ambil gambar wedding.

Saya sarankan kepada sesiapa yang datang ke Beijing untuk datang ke Tianjin jugak sebab dah tak jauh. Kat sini lebih tenang sikit berbanding Beijing dan pencemaran udara kat sini lebih terkawal berbanding Beijing.

Kalau boleh belajar sikit bahasa mandarin sebab orang kat sini tak tahu Inggeris. Susah nak cari orang yang tahu bahasa Inggeris kat sini.

Jika jalan-jalan sekitar Tianjin, saya sarankan naik Die Tie (Subway) atau pun bass sebab murah. Naik teksi memang menangis beb korang nak keluar duit.

Boleh juga kalau nak naik Uber tapi semua applikasi dan orang yang bawa Uber kat sini guna Mandarin dan tulisan Cina. Kalau korang tahu baca tulisan Cina, boleh je guna.

AirAsia pun ada penerbangan terus ke Tianjin dari KLIA2. Ada banyak cara macam mana nak sampai ke sini. Hihihihi, pandai2 nak pilih nanti ye.

Harap perkongsian saya kali ini ke Tianjin dapat memberi sedikit info kepada anda semua. Selamat Travel.

tip-travel-ke-tianjin-china-14

tip-travel-ke-tianjin-china-15

tip-travel-ke-tianjin-china-16

tip-travel-ke-tianjin-china-17

tip-travel-ke-tianjin-china-18

tip-travel-ke-tianjin-china-19

tip-travel-ke-tianjin-china-20

tip-travel-ke-tianjin-china-21

tip-travel-ke-tianjin-china-23

tip-travel-ke-tianjin-china-24

tip-travel-ke-tianjin-china-25

tip-travel-ke-tianjin-china-26

tip-travel-ke-tianjin-china-27

Baca lagi: 12 Tip Bercuti Separa Mewah Selama 4 Hari Ke Beijing, China Dengan Bajet RM450