Salam Baroqah semua.. Sihat tak hari ini?

Bella doakan kita semua masih terus dipinjamkan rezeki kesihatan yang baik insyaAllah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada yang bertanya Bella tentang isu MRTA/MRTT. Bella ada tulis sikit info ini dalam status yang lepas. Hari ini Bella nak tambah sikit lagi.. boleh?

Soalan: Apa kesan ‘joint loan’ jika salah seorang peminjam meninggal?

Ok, mari Bella kongsi sikit.

Contoh Joint Loan

Harga Rumah (Pinjaman 500k)

Bayaran bulanan: RM2500

MRTT cover 50%-50% (Suami 250k, Isteri 250k).

Suami meninggal, tinggallah isteri dan rumah impian bersama.

Isteri, boleh walk in ke bank (lebih mudah pergi ke home branch) bawa surat tawaran pinjaman (LO), sijil mati, salinan kad pengenalan.

Kalau dah tak jumpa LO, bawalah death cert arwah suami tu. Tuntut MRTT.

Bilamana salah seorang peminjam meninggal dunia dan ada perlindungan MRTT, bahagian si mati akan diselesaikan oleh MRTT.

Situasi di atas

50% daripada outstanding loan amount tu akan selesai. Jadi outstanding loan akan berbaki lagi separuh. Untuk bayaran bulanan pula, akan kekal RM2500 tetapi boleh minta untuk kurangkan sehingga 50%. Jika bayaran bulanan masih RM2500, bermakna tempoh pinjaman akan berkurang, sebaliknya, jika instalment berkurang tempoh pinjaman masih sama.

Dalam kes yang macam ni, bila bayaran bulanan berkurang, ia TIDAK dikategorikan sebagai ‘restructure’. Kita hanya buat ‘adjustment’ sahaja. Tetapi jika, peminjam yang masih hidup tak sanggup nak buat 50% bayaran bulanan dan mahu kurangkan lagi amaun, yang ini terus dikategorikan sebagai ‘restructure’.

Boleh faham tak ayat Bella?

Pendapat persendirian Bella, jika kita buat joint loan, untuk part insurans, lebih baik buat 50-50 atau pun lebihkan % untuk main contributor. Siapa yang bayar lebih untuk pinjaman tu, maka % nya pun dilebihkan.

Sebab apa? Dia yang main contributor. Memang kalau diikutkan sang suami (lelaki) lebih berisiko untuk mati cepat (maaf bahasa kasar) tapi cerita pasal mati ni, tak kira lelaki atau perempuan. Bila-bila masa boleh Innalillah.

Korang justify sendiri hal ini ok. Tetapi pastikan ambillah insurans. Kesian yang tinggal nanti.

Untuk penulisan lain boleh juga rujuk pada status Bella sebelum ini pasal MRTT:

1. MRTT vs MLTT

2. MRTT vs Loan

Harap-harap dapat membantu semua.

Love,
Bella Leana