Perkara pertama apabila melihat gambar-gambar ini adalah di mana semua orang? Jurugambar Perancis yang kini bekerja di Singapura, Raphael Olivier merakam bangunan yang terdapat di Korea Utara dalam siri gambar terbarunya, Vintage Socialist Architecture.

Gambar-gambar ini ditangkap Raphael ketika beliau berada di Pyonyang. Selepas mendapat visa untuk melawat negara berkenaan, Pyongyang memang sebuah negara yang unik bagi beliau. “Penggunaan rekaan simiteri dan bangunan yang hebat dan penggunaan warna pastel yang unik membuatkan tempat ini sangat lain dan mempunyai auranya yang tersendiri. Ianya sangat mengujakan saya,” kata Raphael. Tiada sebarang billboard atau poster jenama antarabangsa menghiasi bandar Pyongyang menurut Raphael.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Korea Utara kini melonggarkan syarat untuk memasuki negara berkenaan dan bilangan pelancong ke negara Korea Utara dijangka bertambah menjelang tahun 2020. Gabungan bangunan futuristik dan lama membuatkan landskap negara ini lain dari yang lain. Jika diberi peluang, mahu tak anda melawat negara Korea Utara ini?

p1

p2

p3

p4

p5

p6

p7

p8

p9

p10

p11

p12

p13

p14

Untuk melihat karya Raphael yang lain, anda boleh ke sini. Beliau juga adalah jurugambar sama yang turut merakam gambar bandar Ordos, bandar moden yang tidak berpenghuni di China.

Baca : Ordos, Bandar Moden Yang Tidak Berpenghuni Di China

Sumber