Ini mungkin boleh dijadikan peringatan untuk peminat aksi lasak di luar sana. Walau bagaimana anda merancang, sedikit sahaja fokus anda terganggu, bala akan menimpa.

8Booth memang seorang yang berani dan gila di mana akaun YouTube milik beliau semuanya video lompatan dari tempat tinggi. Dalam video sebelum ini, beliau hampir-hampir terjunam terus pada titi di tepi laut.

LIHAT : Lihat Lelaki Ini ‘Berani Mati’ Terjun Dari Tingkat Lapan Ke Dalam Laut

Nampaknya lompatan beliau dalam video terbaru ini tidak begitu baik. Mana tidaknya, jarak lompatan beliau juga tidak masuk akal!

Jarak dari lokasi lompatan 8Booth ke kolam

8Booth kali ini tersasar dan menyebabkan beliau berpijak terus ke tepi kolam. Auch! Lompatan ini mengakibatkan kedua-dua belah kaki beliau hancur teruk dan menyebabkan beliau kini terlantar di hospital.

Aksi beliau kali ini mendapat reaksi bercampur daripada 74 ribu pengikut beliau di YouTube. Kebanyakkannya mengucapkan supaya 8Booth cepat sembuh dan ada yang beranggapan sudah tiba masanya beliau berhenti sebelum terbunuh.

Anda boleh lihat lompatan 8Booth pada video di bawah. Amaran, kalau anda tidak kuat semangat, jangan buka video dibawah. Get well soon 8Booth!

https://www.youtube.com/watch?v=jWBoXdGu4QE