Anda rasa anda sudah cukup cool? Jangan perasan terlalu awal jika anda bukan berasal dari perkampungan Oymyakon, Rusia. Kampung Oymyakon di Rusia ini merupakan perkampungan paling sejuk di dunia, suhu di sini boleh mencecah sehingga –50 darjah Celcius dan pernah mencatat rekod serendah –71.2 darjah Celcius pada tahun 1924. Ini lah sebabnya kenapa kami berani katakan yang penduduk di sini semuanya cool belaka.

Perkampungan ini terletak di daerah Republik Sakha, Rusia. Oymyakon sebenarnya bermaksud ‘air yang tidak membeku’ ia diambil semperna kewujudan mata air panas yang ditemui dikawasan tersebut suatu ketika dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pernah tak anda cuba bayangkan bagaimana penduduk di kampung ini menjalani kehidupannya dalam suhu sejuk yang melampau? Baru 10 Celcius pun sudah cukup buat tubuh rasa ketar menggigil, inikan pula pada tahap sejuk teruk sebegini.

Bagi penduduk di Kampung Oymyakon, perkara ini biasa sahaja. Mungkin disebabkan sudah dibesarkan dalam kehidupan seperti ini, mereka bagaikan sudah kebal dari kesejukkan. Namun, ini tidaklah bermakna mereka memakai tshirt nipis seperti anda. Penduduk di sini masih lagi perlu memakai pakaian tebal dan berlapis-lapis untuk mengurangkan rasa sejuk.

Hidup dalam suhu rendah melampau bukan satu masalah buat penduduk di sini. Mereka tidak menghadapi sebarang masalah seperti kekurangan nutrien. Susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda merupakan sumber makanan utama mereka.

Oleh kerana bersuhu sejuk, tidak banyak kehidupan yang wujud di sini. Dikatakan, jumlah bilangan penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang sahaja. Selebihnya adalah haiwan seperti lembu dan rusa kutub. Bagi menyara hidup pula, penduduk di sini kebanyakkannya melakukan pekerjaan seperti memburu haiwan, menjadi nelayan dan penternak lembu.

Antara perkara menarik tentang Oymyakon yang perlu anda tahu:

1. Enjin kenderaan sentiasa dihidupkan setiap masa, ini disebabkan ia sangat sukar untuk dihidupkan. Malah jika terbiar terlalu lama boleh menyebabkan kenderaan mereka rosak atau membeku jika tahap sejuk yang melampau.

2. Pada musim sejuk, waktu siang di sini hanyalah 3 jam sahaja. Berbeza pada waktu musim panas, ia berlaku sehingga 21 jam.

3. Walaupun pada musim panas, suhu hanyalah berada sekitar 30 darjah Celcius sahaja. Ini bermakna, untuk penduduk di sini rasa berpeluh memang agak sukar.

4. Di sini juga terdapat kedai menjual barangan keperluan harian, jadi untuk mendapatkan keperluan harian masih lagi mudah didapati.

Jika enjin tidak dihidupkan, kenderaan akan membeku seperti ini

5. Apabila berlakunya kematian, penduduk Oymyakon menguruskan kematian dengan cara pengebumian dan ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk selesai. Ini kerana terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menanam mayat di dalam tanah beku seperti menghidupkan api bertujuan mencairkan tanah supaya mudah digali. Proses ini dilakukan sehingga lubang tersebut sesuai dengan ukuran mayat.

6. Suhu sejuk melampau juga menjejaskan objek tertentu. Contohnya pen tidak dapat digunakan disebabkan dakwat yang membeku. Pakaian yang dijemur di ampaian juga menjadi keras, ia seperti menyarungkan baju ais di badan.

7. Walaupun begini, Oymyakon sering menerima kunjungan dari pelancong asing. Ini kerana mereka ingin merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan dalam keadaan sejuk yang melampau. Tambahan pula selepas ia dikenali sebagai perkampungan paling sejuk di dunia.

Bercerita tentang suhu sejuk, suhu paling sejuk anda pernah rasa berapa darjah Celcius? Kongsikan pengalaman anda bersama kami melalui komen di bawah.