Saya ada menerima beberapa mesej, hebahan dan maklumbalas mengenai isu persamaan poster filem pendek saya dengan filem Hollywood, SPLIT arahan M. Night Shymalan yang bakal ditayangkan di seluruh dunia pada minggu depan.

Poster asal SPLIT: The Hidden Truth.

Untuk pengetahuan semua, filem pendek saya SPLIT-3D: THE HIDDEN TRUTH merupakan karya asli saya untuk tujuan projek akhir pengajian Master saya dalam bidang Perfileman di Manchester Metropolitan University pada tahun 2014.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Poster Hollywood SPLIT arahan M. Night Shyamalan.

Seperti kebiasaanlah, nama pun filem pendek pelajar, memang bajet buat filem ini bukanlah tinggi. Malah dengan kos sara hidup yang tinggi di UK, saya terpaksa mengikat perut makan sehari sekali dan utamakan makan minum anak bini.

Disinilah permulaannya, antara individu2 penting dalam menghasilkan skrip SPLIT: The Hidden Truth.

Ini kerana semata-mata nak beli kamera stereo-3D pertama saya kerana saya sebenarnya lebih cenderung untuk membuat eksperimen dalam menghasilkan filem stereoscopic-3D.

Hari Tayangan Perdana di Cornerhouse Manchester.

Selepas setahun proses penyelidikan dan belajar memahami konsep filem 3D ini, akhirnya filem pendek ini berjaya diterbitkan dan mula ditayangkan di pawagam Cornerhouse, Manchester pada Oktober 2014.

Barisan pelakon dan pengarah yang hadir di majlis tayangan perdana SPLIT: The Hidden Truth.

Dari situ, bermulalah pengembaraan saya dan juga para pelakon yang terlibat dalam jelajah promosi filem pendek ini menerusi festival-festival filem antarabangsa.

Berikut adalah kejayaan filem pendek ini:

1. Best Editing (Student) category – Indian Cine Film Festival-14, Mumbai, India.
2. Diamond Award (Editing) – International Film & Photography Film Festival, Jakarta, Indonesia.
3. Platinum Award (Rising Star (newcomer/student), Story & Script Writing, Acting (actor), Best Music & Song) – International Film & Photography Film Festival, Jakarta, Indonesia.
4. Silver Award (International Short Film, Newcomer), Filmmakers of The Year Film Festival, Jakarta, Indonesia.
5. Best Asian Film, NOFI Festival 2015, Los Angeles, USA
6. Special Screening pada 2015 di Youth Generation Film Festival, Taipei, Taiwan.

Bergambar bersama poster SPLIT: The HIdden Truth.

Tujuan saya menulis semua ini bukanlah untuk mencari publisiti atau bermegah dengan kejayaan yang diperolehi tapi adalah untuk menyatakan satu mesej “karya poster saya diciplak Hollywood” mungkin secara sengaja atau tidak itulah siasatan kes ini baru saja bermula. Saya akan mendapatkan pandangan individu yang lebih arif dan juga khidmat guaman sekiranya diperlukan.

Trofi atau plague dari Festival Filem India.

Saya juga bukanlah ingin menumpang populariti atas nama filem Split arahan M. Night Shyamalan kerana saya hanya ingin mengetahui adakah unsur ciplak ini timbul kerana inilah hasil kudrat saya dan juga saudara Jason d’Agostino selama ini keluar modal sendiri hasilkan filem ini. Jadi kami tidak mahu idea ini diciplak sewenang-wenangnya hanya kerana saya insan kerdil lagi kurang popular di Malaysia. Ini adalah periuk nasi kami dalam berkarya.

Barisan pemenang anugerah festival filem di Indonesia.

Mungkin agak pelik dan saya pasti ianya sukar dipercayai oleh mana-mana pihak dan mungkin jadi bahan ketawa sekiranya kita dengar Hollywood ciplak idea pengarah muda dan indie Malaysia. Tapi hakikatnya itulah realiti sekarang. Jadi sekiranya ada pihak mahu membantu atau memberikan pandangan atau khidmat nasihat mengenai isu ini amatlah dialu-alukan dan boleh PM saya.

Link filem pendek saya, versi 2D: