Nota Editor: Kisah inspirasi kejayaan ini diambil dari Facebook Page CollyBerry Candy. Dengan keizinan empunya cerita asal, Tuan Zaini Kosnin, kami terbitkan semula disini buat bacaan Tuan Puan. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada anda dalam menjalani kehidupan seharian.

Sesungguhnya hati menjadi sebak dan air mata membasahi pipi apabila membaca kisah Tuan Zaini Kosnin ini yang tetap berikhtiar untuk berjalan walaupun alami kecederaan teruk di kaki. Terus ku hantar mesej kepadanya untuk minta izin diterbitkan semula kisahnya di sini agar mereka yang sedang melalui cabaran hidup sepertinya seketika dulu boleh turut rasa bersemangat untuk tidak terus mengalah dan mencuba sedaya upaya untuk kembali pulih.

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Kisah ini adalah bukti bahawa dengan izin Allah dan rasa kebergantungan yang tinggi pada Allah SWT, yang sakit boleh kembali pulih, dan yang lumpuh boleh kembali berjalan. Kini, Tuan Zaini Kosnin bukan sahaja telah berjaya berjalan semula tetapi dia turut berjaya sebagai seorang produser, penulis skrip dan pemilik Z K Creative Production Sdn. Bhd.

Sesungguhnya kisah beliau adalah penting buat saya kembali bersemangat dan percaya bahawa peluang untuk berjalan semula itu masih ada. Inspirasi untuk pulih dan berjaya di dalam arena yang diceburi. “Jika beliau boleh, mengapa tidak saya” itulah yang terlintas di fikiran apabila membaca kisahnya. Insyaallah. Semua dengan izinNya dan Allah knows best!

Ikuti kisah kebangkitannya disini:

Dari Kerusi Roda Ke Produser Drama, Jangan Pernah Putus Asa Walaupun Cuma Ada 1% Peluang Kita

Nama aku Zaini Kosnin. 12.12.2005 satu tarikh yang tak mungkin aku lupa… Lebih kurang jam 1 pagi… Itulah waktu yang telah menukar keseluruhan cara hidup aku…

Aku yakin, ramai rakan-rakan aku juga tidak lupa akan peristiwa yang menimpa aku pada waktu itu… Hanya sekelip mata peristiwa itu berlaku… Aku bagaikan tidak dapat menerima keadaan… Bayangkan ketika itu aku baru menamatkan pelajaran di universiti. Baru menempuh alam pekerjaan dengan penuh harapan yang menggunung berusaha untuk mencapai cita-cita…

Ya… Cita-cita… Sesuatu yang aku impikan untuk capai sejak kecil lagi… Masih aku ingat, ketika kecil abah aku pernah membawa aku ke kedai… Tuan Punya kedai tanya aku, nama apa? Biasalah, bila orang tu jumpa budak-budak… (mesti comel aku waktu tu kan? Ehem… ehem…) mesti nak tanya itu dan ini… Saja…
Nak tahu apa jawapan aku? Dengan selamba sahaja aku jawab nama aku Yusof Haslam!
Apa lagi… Merah padamlah muka abah aku menahan malu!

Sepanjang perjalanan balik dari kedai sampai ke rumah dekat 2 bakul jugalah bebelan yang aku terima! Maklumlah, orang tua mana yang tak terasa hati… Nama sikit punya elok dah dia bagi, Zaini Bin Kosnin (kan sedap nama tu) pergi pandai-pandai tukar jadi Yusof Haslam.

Aku buat ‘bodoh’ je waktu tu… Aku tak ada niat pun nak menyinggung perasaan abah… Sikit pun tak ada… Sebenarnya bukannya aku nak tukar nama aku jadi Yusof Haslam… Tapi aku nak jadi seperti Yusof Haslam waktu tu… Bukan sebagai pelakon… Tapi PENGARAH! (banyak sangat tgk TV la ni…)

Bila aku sampai ke universiti, aku ambil komunikasi… Buat ijazah… Tapi waktu tu aku banyak keluar dan masuk ke industri yang sebenar walaupun belum tamat pengajian. Aku menimba ilmu dengan ramai orang industri…

Bila aku tamat pengajian, adalah job sikit-sikit sana sini… Macam-macam aku buat termasuklah menulis skrip… Tapi semua job-job kecil… Bolehlah nak survive! Bukan senang nak senang oiii… Aku ingat lagi aku pernah duk merempat di Kampung Baru Kuala Lumpur… Hidup aku cukup-cukup makan je… Memang aku diuji sungguh waktu tu aku rasa…

Sinar-sinar kejayaan dalam hidup aku mula aku nampak apabila aku dapat tawaran mengarah sebuah dokumentari Sejarah Sistem Kehakiman Negeri Kedah. Walaupun payment tak seberapa, tapi aku nampak inilah masanya aku menunjukkan bakat aku mengarah… Aku rasa peluang dan cita-cita aku untuk menjadi pengarah semakin cerah!
Tapi jangkaan aku meleset sama sekali…

GELAP! Itulah yang aku nampak apabila belum sempat siap dokumentari itu, aku terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah membuatkan aku hilang segala-galanya…

TUHAN KEJAM! Itulah yang sentiasa bermain dalam fikiran aku waktu itu… Harapan aku yang setinggi gunung aku rasakan hancur dan tiada bermakna… Masa depan aku punah! Kedua-dua belah kaki aku hancur! Tulang patah berapa pun aku tak boleh nak cakap sebab tulang hancur! Jangankan kata nak berdiri… Nak duduk pun aku tak mampu!

Aku terlantar di hospital dengan keadaan tidak dapat menerima hakikat… Aku berharap apa yang aku lalui hanyalah sebuah mimpi. Sebelum tidur aku berdoa dengan harapan bila aku terjaga nanti aku akan pulih seperti sediakala. Namun, bila aku terjaga, aku masih di katil yang sama… Aku kecewa! Perasaan marah aku kepada Tuhan semakin membuak-buak!

Perkara paling bodoh yang pernah aku buat adalah aku memberi kata dua kepada Tuhan! Sama ada aku sembuhkan aku atau cabut sahaja nyawa aku! (jahilnya aku…)

Selepas pembedahan yang pertama, keadaan aku semakin kritikal… Aku mula merasa kesukaran untuk aku bernafas… Aku dipindahkan ke wad ICU… Waktu itu aku mula rasakan doa aku akan dimakbulnya… Aku akan mati tak lama lagi…

Bila di dalam wad ICU aku mula melihat pesakit lain… Keadaan aku yang sedar walaupun cuma terlantar, aku boleh menoleh ke kiri dan ke kanan melihat semua pesakit di dalam wad ICU tu… Semua pesakit di dalam tu semuanya tak sedarkan diri… Cuma aku yang sedar… Melihat keadaan mereka, hati aku mula terdetik… Oh, masih bernasib baik lagi aku rupanya… Ramai orang yang lagi teruk… Tapi sebenarnya aku masih ego nak mengaku hakikat itu… Hati aku masih tetap menyalahkan Tuhan…

Hinggalah pada suatu hari aku rasa semakin aku sesak nafas dan aku dibawa ke wad pembedahan… aku tidak sedar dan tidak tahu apa yang berlaku…

Bila aku sedar, aku memang masih di wad ICU cuma keadaannya berbeza, kaki aku dah selamat dibedah dan doktor dah masukkan besi di kedua-dua belah kaki aku, dari pangkal peha hinggalah ke buku lali… Menurut kata nurse yang bertugas di situ, aku tak sedarkan diri hampir 4 hari…

Setelah hampir 20 hari dalam wad ICU dan keadaan aku semakin stabil aku dipindahkan ke wad biasa. Di situ aku semakin buntu dan gelisah tentang masa depan aku… Bagaimana keadaan aku selepas ni? Siapa nak tanggung hidup aku? Takkan aku nak biarkan abah yang dah tua tu menanggung hidup aku?

Aku buntu…

Aku keluar dari hospital dalam keadaan aku tak mampu duduk pun lagi. Semuanya keluarga aku kena bantu… Dari suap makan, lap badan hinggalah buang air besar dan segala-galanya… Kencing pun dalam botol!

Aku rasa sungguh tidak berguna pada waktu itu… Tak berguna dan tidak berupaya apa pun! Hanya terlantar di katil menangis dan mengenang nasib sambil memikirkan masa depan dan bukan lagi suram, tetapi gelap gelita!
Abah adalah orang yang tidak pernah putus asa untuk melihat aku dapat berjalan semula… Setiap hari dia sentiasa menyuntikkan semangat ke dalam jiwa aku untuk melihat aku mampu bangkit dan berdiri semula walaupun aku tidak pernah nak dengar pun apa yang dia katakan.

Hinggalah pada suatu hari abah memaksa aku duduk atas kerusi roda… Aku enggan pada mulanya, tetapi ada satu ayat yang keluar dari mulut abah yang buat aku tersentak. “Abah dah hilang seorang anak dan abah tak nak hilang seorang lagi… Tak ada apa yang lebih baik dalam dunia ini selain daripada dapat tengok kau berjalan semula!”

Allah… hati aku terdetik… Apa yang dah aku buat? Putus asa hanya kerana aku tidak mampu berjalan semula, sedangkan aku masih bernyawa?

Air mata aku menitis…

Hari itu aku berusaha untuk duduk di kerusi roda… Abah, kakak dan adik membawa aku pusing-pusing mengambil angin di luar rumah. Aku rasa nyaman melihat alam ciptaan Allah…

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Melihat keupayaan aku berada di atas kerusi roda, keyakinan aku kembali semula. Aku mula merasakan aku punya harapan untuk bangkit semula. Aku mula mengikuti terapi di hospital semula…

Segalanya tidak mudah bila doktor mengesahkan bukan mudah untuk aku pulih kerana aku harus menjalani pelbagai pembedahan untuk memastikan aku boleh berjalan semula. Bila tanya doktor berapa kali, tiada jawapan yang tepat. Katanya segalanya bergantung pada keadaan. Namun semua itu tidak akan mematahkan semangat aku sekali lagi kerana kali ini aku telah TEKAD! Biar siapa pun kata mustahil, aku akan tetap kata aku boleh! Aku harus ubah masa depan aku sendiri!

Aku bangkit semula. Semua rawatan di hospital sama ada pembedahan dan fisioterapi aku lakukan. Berbulan aku duduk di hospital. Pembedahan demi pembedahan aku lalui… Setiap hari juga aku tidak pernah putus berdoa meminta Allah ampunkan dosa-dosa aku dan memberi peluang untuk aku berjalan semula. Aku tak minta untuk berlari, cukuplah sekadar untuk aku berjalan melangkah kaki.

Kos perubatan bukannya murah. Puluhan ribu aku habiskan untuk menanggung kos rawatan. Hampir seratus ribu. Dari mana aku dapat semua tu sedangkan aku bukan dari keluarga yang senang. Sumber kewangan aku ketika itu adalah skrip. Setiap hari aku akan buat propsal dan hantar kepada producer untuk aku menjual skrip. Alhamdulillah… Rezeki aku tidak putus waktu itu. Dari 1 skrip ke 1 skrip aku hasilkan dan producer semakin ramai mencari aku untuk mendapatkan skrip.

Hinggalah tahun 2009, bulan Januari selepas pembedahan yang ke-9 kali aku mampu melangkah semula dengan bantuan walking frame. Aku tak dapat gambarkan kegembiraan itu dengan kata-kata walaupun hanya beberapa langkah. Abah adalah orang yang paling gembira. Rasa syukur yang tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Allah… Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan oleh Allah…

Kali ini aku yakin bahawa doa aku memang di dengari oleh Allah dan kini ia dimakbulkan. Keyakinan aku untuk berusaha dan berdoa bertambah! Aku semakin yakin aku mampu mengembalikan tahun-tahun yang hilang untuk aku mencapai cita-cita… Cita-cita yang aku rasakan dah lama terpadam…

Akhirnya setelah aku boleh berjalan menggunakan dua tongkat di ketiak tu dan aku rasa semakin stabil, aku membuat keputusan untuk kembali berhijrah ke Kuala Lumpur. Abah berat nak lepaskan aku sebab dia bimbang tiada siapa yang menjaga aku. Tapi aku yakinkan dia bahawa aku dah mampu menjaga diri sendiri dan berdikari. Bukankah itu impiannya, ingin melihat aku kembali hidup seperti biasa…

Berbekalkan duit skrip yang ada, aku kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru. Sebenarnya aku belum sihat sepenuhnya. Kaki aku masih lagi sakit bila berjalan. Aku tak mampu untuk berjalan jauh pun. 20 ke 30 tapak tu dah rasa berat bagi aku. Namun aku gagahi… Aku kena kuat semangat. Sakit aku tahankan. Setiap hari makan ubat. Pelbagai jenis ubat yang doktor bagi aku telan. Aku masih lagi meneruskan rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Aku semakin rancak menulis skrip dan kemudian aku mendapat pekerjaan sebagai Penerbit Eksekutif di sebuah production house. Aku bekerja dan sambilan aku buat skrip. Alhamdulillah semakin hari semakin banyak tawaran untuk membuat skrip sehingga aku tak menang tangan nak buat. Kesibukan kerja kadang-kala menjadikan aku lupa yang aku masih sakit.

Aku mendapat pengalaman menguruskan production house sewaktu aku bekerja sebagai Penerbit Eksekutif. Hanya beberapa bulan aku bekerja aku mengambil keputusan untuk berhenti kerana mendapat tawaran untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah di Uniutama Film Centre, Universiti Utara Malaysia. Aku berhijrah ke sana.

Beberapa bulan bergelar penjawat awam, walaupun aku bergelar Pengarah, aku tidak selesa dan aku rasa itu bukan jiwa aku! Aku ingin kembali ke Kuala Lumpur dan menulis semula. Perasaan untuk meninggalkan UUM semakin kuat apabila aku bertemu dengan ‘tulang rusuk kiri’ aku. Alhamdulillah… Aku rasa kehidupan aku semakin bahagia…

Aku berkahwin pada 5 November 2010! Yeah! Rasa kehidupan aku semakin lengkap. Cuma aku masih belum dapat memenuhi cita-cita aku. Aku masih lagi bertongkat ketika aku berkahwin. Alhamdulillah ada juga wanita yang nak menerima aku walaupun aku cacat dan bertongkat. Dia memang wanita terbaik.

Facebook ID: Fadhlie Kosnin
Facebook ID: Fadhlie Kosnin

Berkat sokongan dari isteri kesayangan aku berhenti dari UUM dan kembali ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mencapai cita-cita aku bergelar pengarah. Aku rasa sukar sebab walaupun aku dikenali sebagai seorang penulis skrip di dalam industri, peluang untuk aku mengarah amat sukar. Tiada seorang pun producer ingin memberikan aku peluang.

Akhirnya aku menubuhkan production house aku sendiri ZK Creative Production Sdn. Bhd. pada tahun 2011 walaupun aku kurang keyakinan sama ada boleh dapat job untuk menerbit atau pun tidak.

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Alhamdulillah, ZKCreative mendapat tawaran job penerbitan yang pertama selepas tidak sampai 3 bulan ia ditubuhkan dari TV3! Menakjubkan! Semenjak itu, kami tidak pernah berhenti menerbitkan pelbagai drama TV. Antaranya Bila Joyah, Masuk TV, Bila Joyah Jadi Jutawan, Bila Joyah Dah Goyah, Bedah VS Joyah, Abah Tak Balik Malam Raya, Cinta Pandang Ke-2, Fifi & Fafai, Terima Kasih Ya Rabb, Misteri Parit Sonto, Dari Singmah Estet Ke Downtown, Bintang Hati Umi dan banyak lagi.

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Aku masih meneruskan rawatan aku di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pembedahan yang terakhir aku buat adalah pembedahan ke-14 kali. Selepas tu aku minta doktor tangguhkan dulu sebab aku rasa macam dah penat untuk di bedah. Lagi pun aku perlu tumpukan perhatian kepada syarikat.

Aku mula melupakan cita-cita aku untuk menjadi pengarah kerana Allah telah tentukan untuk aku menjadi seorang producer. Aku yakin apa yang ditentukan oleh-Nya itu lebih baik dari apa yang kita nak. Dari production house, kami mula melebarkan sayap ke bidang perniagaan lain. Alhamdullillah… Segalanya berjalan lancar.

Kerisauan di hati timbul apabila isteri aku disahkan mengandung! Aku tak tahu adakah aku mampu menjadi seorang abah dengan tongkat yang ada di tangan? Macam nak dukung anak sedangkan nak angkat berat dan berjalan aku tak larat? Aku semakin bimbang… Nak ke hospital untuk operation, aku rasa tak sanggup dengan kerja yang semakin banyak dan syarikat yang baru nak berkembang… Aku tahankan dulu… Cuba cara lain…

Hinggalah apabila Zikri Kareem cahaya mata buah hati kami lahir, aku mula mengambil CollyBerry Candy Gula-gula Kolagen Terbaik Di Malaysia. Alhamdulillah… Kesakitan pada kaki terutama lutut semakin berkurangan. Masa kemalangan dulu, lutut aku pecah, jadi tulang rawan pada sendi memang rosak. Itu salah satu kesakitan yang aku alami apabila aku berjalan. Alhamdulillah kini aku rasa semakin sihat dan bertenaga. Kandungan kolagen di dalam gula-gula ini membantu mengurangkan kesakitan pada lutut. Tongkat telah berjaya aku lepaskan. Aku kini mampu berjalan sendiri.

Jika dulu, jangankan kata nak berjalan, nak berdiri pun sakit… Tetapi kini aku mampu berjogging setiap hari mengelilingi Tasik Permaisuri dua pusingan setiap hari. Terima kasih CollyBerry Candy… Alhamdulillah… Syukur…

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Ketakutan aku untuk menjadi seorang abah kini terpadam sama sekali. Aku mampu mendukung dan bermain kejar-kejar dengan Zikri Kareem yang semakin membesar.

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

Aku berbangga dan sangat bahagia. Aku semakin faham bahawa Allah tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya… Apatah lagi melupakan hamba-Nya… Dia menguji aku dengan seberat-berat ujian dan Dia juga yang memberikan aku kebahagiaan.

Syarikat kami semakin berkembang maju. ZKCreative berjaya menerbitkan 40 buah drama dalam masa 4 tahun untuk TV3, TV9, Astro dan RTM. Alhamdulillah… Bertambah manis lagi kejayaan kami apabila kami berjaya menang 5 anugerah dalam Anugerah Lawak Warna 2014. Sujud syukur!

Tuan Zaini Kosnin
Tuan Zaini Kosnin

 Tuan Zaini Kosnin

Tujuan aku bercerita ini adalah untuk menjadikan cerita ini sebagai inspirasi kepada rakan-rakan yang lain bahawa seberat mana pun ujian yang kita terima, kita pasti akan berjaya jika kita berusaha kerana Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita. Jika Dia tidak meletakkan kita di tempat yang kita ingin, dia akan meletakkan kita di tempat yang lebih baik dari apa yang kita inginkan.

Terima kasih kepada abah yang tidak pernah berputus asa untuk melihat anakmu ini bangkit semula. Kepada isteriku Erda Akir yang sentiasa menyokong apa yang aku lakukan… Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan membantu, terima kasih aku ucapkan…

Kehidupan kita tidak akan berhenti selagi nafas kita masih belum berhenti, selagi itulah sinar dan peluang kejayaan masih ada…

Alhamdulillah… Syukur…

Zaini Kosnin
Like Page Zaini Kosnin & Follow IG @zainikosnin

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram