Mengajar dan menjadi guru kelas khas yang menempatkan murid OKU bukanlah satu tugas mudah. Ia bukan hanya memerlukan kesabaran dan minat semata-mata, tetapi juga rasa empati dan kesanggupan berkorban di dalam diri seorang guru.

Inilah yang telah di dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Mahu dikenali dengan nama Cikgu Yus sahaja, guru ini mula mengambil inisiatif menghias kelas 4 Islah sejak setahun lepas (tahun 2016).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggunakan minat dan kemahiran yang ada, cikgu Yus membeli peralatan menghias dengan menggunakan duit beliau sendiri. Kemudian dengan dibantu oleh suami, cikgu Yus menghias kelas 4 Islah bila mempunyai masa terluang di hujung minggu.

Untuk pengetahuan, kelas OKU ini adalah salah satu daripada kelas di sebuah sekolah aliran biasa yang mempunyai 1000 orang murid.

Terdapat 9 kelas khas untuk OKU di sekolah ini dan Cikgu Yus mengajar di kelas 4 Islah. Bilangan murid OKU di kelas beliau adalah seramai 8 orang.

Menurut cikgu Yus, terasa hilang segala penat bila murid-murid di kelas beliau seronok ke sekolah. Malahan ada di antara ibubapa yang pelik bila anak istimewa mereka teruja mahu ke sekolah. Memang tak sia-sia segala usaha dan pengorbanan cikgu Yus.

Sekali pandang susah nak percaya bahawa ini sebenarnya adalah sebuah kelas di sekolah kebangsaan.

Mengakhiri perbualan, cikgu Yus turut melahirkan harapan andai ada pihak yang sudi menaja penghawa dingin untuk keselesaan murid-murid istimewa di kelas ini.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Facebook Page Darling Photomama milik cikgu Yus.