Keputusan UPSR keluar semalam. Ramai yang update tentang ini di media sosial. Selain ibu bapa berdebar, cikgu-cikgu pun berdebar juga. Calon-calon nya apatah lagi kan.

Meh nak cerita sikit, cerita saya seorang lepasan UPSR tahun 1995.

Keputusan UPSR saya teruk. Memang teruk betul. Siap ada C lagi. Saya kecewakan ramai orang. Dan yang paling kecewa tentulah mak ayah saya. Yang paling-paling paling kecewa, diri saya sendiri lah.

gagal-upsr-3

Masa umur 12 tahun, saya baca banyak buku Enid Blyton tentang keseronokan kehidupan di asrama. Midnight party, gaduh-gaduh manja dan bermacam lagi.
Tapi, dengan keputusan UPSR yang teruk tu, dah tentulah saya tak boleh masuk mana-mana asrama penuh. Jadi kecewa lagi lah saya.

Saya masuk ke tingkatan satu dengan hati yang kecewa. Banyak yang saya nak dalam hidup saya yang saya tak dapat. Sebenarnya, kalau nak tahu banyak sangat benda yang saya gagal dalam hidup saya. Sedari saya kecil sampai lah saya besar.

Cerita UPSR cuma permulaan. Saya juga tidak dapat keputusan yang baik untuk PMR juga SPM. Ya, jangan terkejut. Semua peperiksaan besar saya tak dapat keputusan yang bagus. Semuanya hancur dan mengecewakan.

Saya pelik kenapa Allah SWT tak anugerahkan saya kecerdikan atau kerajinan (dapat keputusan tak bagus sebab malas belajar agaknya) seperti adik-beradik yang lain.

Tapi saya tak pernah salahkan Allah SWT. Saya redha saja terima semua yang dah ditakdirkan untuk saya.

gagal-upsr-2

Saya tak tahu saya kuat setara mana, tapi saya tahu kalau Allah SWT beri kita kegagalan dan kekecewaan, itu kerana Allah SWT tahu kita mampu untuk tempuhinya.

Bila dalam adik-beradik keputusan peperiksaan kau yang paling teruk, tentulah kau malu. Lagi pulak anak sulung. Tapi Allah SWT tak zalim. Dia anugerahkan saya hati yang kental untuk terima dan hadap kegagalan-kegagalan itu. Alhamdulillah.

Walaupun saya tak tahu apa yang perlu saya buat, saya hadap saja. Lalui saja hidup ini seperti adanya.

Dipendekkan cerita, saya cuma mula bangkit semasa di British Malaysian Institute. Itu pun, masa semester pertama result saya lingkup juga. Haha. Bawah 3 CGPA saya.

Hanya semester kedua dan seterusnya saya berjaya dapatkan momentum dan seterusnya mampu dapat keputusan yang baik. Sehinggalah akhirnya saya berjaya habiskan ijazah di Staffordshire University, United Kingdom pada tahun 2005.

gagal-upsr-4

Apa yang saya belajar daripada kehidupan saya sendiri ialah:

1. Setiap kanak-kanak punya keupayaan yang berbeza. Seorang engineer tak mampu untuk cemerlang dalam literature. Begitu juga akauntan tak mampu untuk cemerlang dalam subjek-subjek engineering.

Jadi, sentiasa kita dorong anak-anak untuk terus bangkit dan berusaha untuk berjaya mengikut keupayaan mereka

2. Kehidupan ini singkat, kejayaan di dalam peperiksaan hanya untuk kegunaan sementara di dunia. Jadi jangan terlalu patah hati jika gagal periksa, tetapi patut patah hati jika gagal menjadi manusia (dan muslimin / muslimat yang baik).

3. Orang yang kerap melalui kegagalan dalam hidup mereka bukanlah orang yang gagal sebenarnya. Ada kejayaan yang terbentang untuk mereka di depan sana. Apa yang perlu dilakukan ialah lalui kegagalan dengan hati yang tenang dan tabah serta percaya pada diri sendiri

4. Kebanyakan orang yang berjaya dan popular di dunia bukan sebab mereka pelajar terbaik di sekolah atau dalam periksa. Tapi cuma sebab mereka ada hati yang kental untuk harung semua kegagalan dan cemuhan manusia.

Good luck adik-adik semua!

Baca lagi: UPSR Bukan Penentu Masa Depan Dan Ini 6 Sebab Kenapa Ia Tak Penting