Dalam trip ke Korea aku kali ini, selain daripada nak menikmati pemandangan cantik di musim luruh, aku jugak nak cover all about DOTS. Walaupun drama tu dah 6 bulan tamat, aku masih tak boleh move on. HAHA.

Aku tak mahu sentuh pasal DOTS Exhibition kat Doota Mall sebab tempat tu dah biasa sangat orang pergi. Google je, gerenti bersepah review pasal Doota Mall.

Facebook Page Korea Tourism Organisation (KTO) ada share link travel news ni. Lepas tu aku terus Google macam mana nak pergi situ. Tapi tak ada langsung review pasal Taebaek.

Macam tak ada orang pergi je. Haha. Disebabkan aku gila DOTS, aku gigih juga cuba pergi ke situ dengan berbekalkan ilmu risikan daripada Google.

Berikut merupakan diari perjalanan aku ke lokasi penggambaran filem DOTS di Taebaek:

24/10/2016

9.30 am – Bertolak dari guesthouse kat Myeongdong. Naik subway (train) dari Myeongdong Station ke Gangbyeon Station. Sampai kat Gangbyeon Station dalam pukul 10 am camtu.

Lepas tu keluar EXIT 4, ikut penunjuk arah menuju ke Dong Seoul Bus Terminal. Beli tiket bas express terus ke Taebaek Bus Terminal. Tambang bas 22,900 Won seorang.

10.25 am sehingga 1.45 pm – 3 jam perjalanan menaiki bas ke Taebaek Bus Terminal. Mereput gila kot. Menyesal tak sewa portable wifi untuk perjalanan jauh ni. Haha.

Nasib baik tengah musim luruh. Pemandangan di sepanjang perjalanan boleh dikatakan sedap mata memandang. 15 minit sebelum sampai kat Taebaek Bus Terminal, bas akan berhenti sekejap kat Gohan Bus Terminal. Jangan turun kat sini pula. Kejap lagi baru sampai Taebaek.

1.45 pm sehingga 2 pm – Apabila sampai je kat Taebaek Bus Terminal tu, terus naik teksi menuju ke DOTS filming site. Perjalanan menaiki teksi mengambil masa 15 minit. Tambang permulaan adalah 2,800 Won.

Kami kena caj 6,500 Won per taxi. Sepanjang perjalanan, aku borak-borak sikit dengan ahjussi pemanduk teksi tu, campur English dan Korea. Dia cakap tak ramai orang pergi DOTS filming site tu mungkin sebab jauh.

Kemudian dia cakap bahasa Korea aku bagus. Haha itulah jadinya bila asyik dok tengok Korean variety shows.

Baca: Mencari Makanan Halal Di Korea Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi Halal Korea

2 pm sehingga 4 pm – Yooohooo aku dah sampai kat DOTS filming site. Masuk percuma okay. Rasa nak menjerit kegembiraan kat situ. Hihi. Nasib baik tak ada orang sangat. Jadi boleh bergambar puas-puas kat setiap sudut.

4 pm sehingga 4.20 pm – Kami ambil keputusan nak balik. Cukup lah 2 jam kat situ. Bukannya besar sangat pun tempat nya. Tapi kami tak solat lagi.

Ingat nak tumpang solat kat pondok Tourists Information, tapi ahjumma yang jaga pondok tu tak bagi. Dah lah dia tak reti English sepatah haram pun. Kemudian dia bukak Google Translate.

Alhamdulillah, komunikasi aku dengan ahjumma tu berjaya hasil sumbangan Google Translate. Hihi. Dia bagi kami solat kat Medicube. Tiba-tiba rasa macam doktor oncall pula. Hahaha.

Nak balik ke Taebaek Bus Terminal, kena naik teksi semula. Tapi, teksi takkan berhenti kat situ kecuali jika korang telefon. Jadi aku minta tolong ahjumma tu panggilkan teksi. Kamsahamnida ahjumeoni.

4.20 pm sehingga 4.35 pm – Kami pun sampai kat Taebaek Bus Terminal. Tambang teksi tadi 6,000 Won per taxi. Terus beli tiket bas express untuk balik ke Dong Seoul Bus Terminal dengan tambang 22,900 Won seorang. Numbered seat jugak.

4.50 pm sehingga 8 pm – Fuhhh akhirnya sampai pun kat Dong Seoul Bus Terminal selepas 3 jam. Kami pun keluar dari terminal untuk menaiki subway kat Gangbyeon Station.

Lepas tu ikut suka korang lah nak pi mana pun dari Gangbyeon Station tu. Toksah pergi jauh-jauh sangat sebab dah malam. Waktu musim luruh, pukul 6 petang dah gelap macam pukul 8 malam.

Senang cerita, kalau korang ada cita-cita nak pi DOTS filming site kat Taebaek, kena luangkan sehari suntuk kat situ. Perjalanan pergi-balik saja dah 6 jam.

Baca lagi: Ini Yang Saya Pelajari Sepanjang 55 Hari Travel Ke Korea, China Dan Jepun