Jepun di antara negara yang memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik. Bagi anda yang sedang merancang untuk ke Jepun, kini anda boleh menikmati keindahan alam di negara tersebut dengan menaiki kereta api sahaja.

Ya, kereta api berdindingkan kaca! Cool gila. Dengan menaiki kereta api ini, anda boleh menikmati permandangan terus tanpa halangan. Kereta api futuristik ini direka bentuk oleh Ichibansen. Lebih menarik, bilik pemandu keretapi ini juga berdindingkan kaca yang mana penumpang boleh merasai sendiri lebih dekat pengalaman mengendalikannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kereta api yang dikenadalikan di barat wilayah Niigata, Jepun ini tersedia dengan dua gerabak. Gerabak pertama merupakan tempat duduk yang menawarkan permandangan menakjubkan, dan gerabak yang ke dua pula menempatkan restoran Perancis.

1

2

3

4

5

6

Terdapat 45 tempat duduk semuanya. Harga tiket termasuk makanan untuk seorang berharga £100 (RM575), manakala tanpa makanan ialah £40 (RM230). Kerata api ini sudah semestinya berikan anda pengalaman yang berbaloi dan cukup menyeronokkan.

BACA: Muzium Batu Berwajah Manusia Di Tokyo Ini Sungguh Pelik

Sumber