Biasa kita dengar orang kerja luar negara hebat-hebat. Macam doktor, engineer. Expatriate gitu. Orang pandai.

Tapi kalau kau bukan doktor engineer apa peluang kau ada?

“Bro. Saya ni sekolah tak tinggi sangat. Kerja biasa-biasa tak de ke?”
“Bang. Saya baru je habis degree. Hutang PTPTN pun belum mampu bayar. Bole ke saya kerja kat sana?”

Garu kepala aku mahu jawab. Sebab disini cara dia lain sikit.
Aku share sikit beberapa panduan untuk mohon kerja luar negara untuk kita orang biasa-biasa.

1. Kalau ada kelulusan akademik tinggi, boleh cuba mohon kerja.

Negara mana tidak mahu orang pandai ye tak? Sekarang baru kau nampak pentingnya pendidikan. Bukan hanya untuk dapat kerja hebat harap gaji lebat. Tapi laku di negara lain.

Ada kawan aku kat UK, sedang buat PhD di UK resign kerja di Malaysia. Mahu buat bisnes kucing katanya. Ada seorang lagi jadi coach badminton. PhD simpan dalam almari.

Pendidikan batu loncatan saja. Bukan penentu apa kerja yang kau mahu kerja apa. Yang penting enjoy dan happy. Bukan crappy.

2. Kalau pendidikan kau tidak tinggi, kena develop skill.

Di sini orang ada skill upahnya mahal. Repair paip, pendawai letrik. Orang Pakistan disini berebut belajar repair kereta. Sejam upah pun sudah £40.

Itu sebab produk DIY sangat laku. Macam IKEA. Sebab orang boleh jimat dari bayar upah kalau buat sendiri. Kau suruh orang pasang katil pun kena £25.

Barang dapur seminggu aku sekeluarga boleh beli bro.

3. Di Malaysia senang belajar kursus teknikal macam itu.

Tapi kesian, orang macam itu ada yang pandang rendah.

Itulah kesan pendidikan kita. Sedang skill sangat mahal harganya disini, tapi orang kita tidak hargai. Persepsi rendah. Yang masuk kelas vokasional dan teknik macam liga bawahan.

Sikit-sikit mahu tengok SPM. Apa pun subjek Bahasa Malaysia kena lulus. Itulah uniknya Malaysia. Padahal bahasa je. Geram aku.

4. Ikut kerja sukarela.

Terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Barulah mata kau terbuka sikit. Pergi negara yang miskin sikit. Aceh ke, Cambodia ke. Kalau dasyat sikit pergi Syria. Atau Gaza. Baru thrill.

Ini ramai orang tidak mahu buat kerja kalau tiada pelincir. Kalau makan minum pengangkutan, penginapan tiada. Kalau boleh mahu elaun lagi. Sudah terbiasa minum susu sekolah subsidi, sudah besar pun kau mahu mintak lagi? Dedak lover.

Konfius aku. Siapa mahu tolong siapa sebenarnya? Kita kan mahu jadi tangan yang memberi. Lebih mulia. Sudah-sudah lah asyik menerima.

5. On job training.

Cuba ikut program yang bagi kau experience dan pendedahan kerja. Jangan lama. 6 bulan pun sudah bagus.

Jangan kau tanya gaji berapa. Siapa yang mahu menggaji orang yang tidak pandai, tiada pengalaman ye tak?

6. Ambil sijil atau kursus jangka pendek.

Kau ambil kursus yang diiktiraf di negara berkenaan.

Aku kurang arif. Tapi ada kenalan aku pomen di Malaysia. Memang terer bab kereta. Datang UK ambil balik kursus repair kereta. Supaya layak dan laku di sini. Re-certify. Seorang lagi, mahu ambil kursus fisioterapi sukan. Supaya boleh buka bisnes disini.

7. Live like local.

Experience hidup luar negara. Kalau kau ada kawan, makcik, abang angkat tinggal luar negara, kau pergi la duduk dengan dia. Kau belajar macam mana hidup macam orang tempatan. Budaya.

Kalau kau biasa bangun lambat, tukar supaya bangun awal. Jangan layan wechat sampai tengah malam. Tinggalkan perangai buruk di Malaysia.

Tapi cuba jadi lilin. Menerangi alam. Kau rajinkan diri. Jadi tukang masak, tolong pergi pasar, ajar anak dia mengaji. Mudahkan hidup orang. Barulah orang sayang kau. Duduk lama pun mereka gerenti sudi. Beli jiwa bai..

Yang penting kau kena upkan diri dulu. Kena laku.

Memanglah semua kena bayar. Mesti ada modal. Habis kalau semua mahu kerajaan support, memang tidak ke mana.

Jangan kita selalu cakap tiada duit. Pakai handphone mahal. Hutang kereta 9 tahun, hisap rokok macam naga. Itu duit petik dari pokok kan?

Again. Kalau mahu maju, buat macam mahu maju. Ukur baju dibadan sendiri dulu.

Engineer doktor itu pakai baju lain, kita baru mahu memilih kain. Kayuh pelan-pelan.