Tidur merupakan perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Tidur merupakan waktu untuk badan anda berehat, jadi tidur memang sangat penting dalam sebahagian dari kehidupan.

Ketika waktu tidurlah tubuh akan memulihkan semula sel-sel yang telah rosak akibat penat melakukan aktiviti seharian. Namun begitu, ada sesetengah daripada kita sangat sukar untuk mendapatkan tidur berkualiti.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti antara faktor penting adalah dengan memastikan bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan bersuhu nyaman, selesa. Selain dari itu, elakkan juga dari melakukan 5 kesilapan ini di tempat tidur.

cahaya-tidur

1.Menonton TV

Kerap menonton TV sebelum tidur? Jika ya, lebih baik berhenti dari melakukan tabiat buruk ini. Sebabnya, kesan cahaya dari TV akan merangsang otak anda untuk berhenti dari mengeluarkan hormon melatonin.

Sedangkan hormon melatonin inilah yang berfungsi untuk menjadikan tidur anda lena. Mendapat tidur yang lena adalah disebabkan bantuan dari hormon melatonin ini.

2. Menyalakan Telefon Pintar

Selain dari TV, telefon pintar juga sama. Matikan telefon pintar ketika mahu tidur. Nyalaan telefon pintar boleh membuatkan anda tergoda untuk bermain dengannya, dalam hal ini minda akan mempengaruhi ritma harian (circadian rhythm) dan akibatnya anda jadi susah tidur.

3. Makan Di Tempat Tidur

Jangan pernah untuk makan apa pun di tempat tidur, ini untuk mengelakkan sisa-sisa makanan dari menarik kedatangan serangga seperti semut, lipas atau lain-lain serangga yang boleh mengganggu tidur anda.

4. Kerja

Zaman teknologi hari ini ramai orang melakukan kerja dengan komputer riba. Oleh kerana ia bersifat mudah alih, ramai orang suka melakukan kerja di tempat tidur. Tidak kiralah apa-apa kerja sekalipun.

Mengikut kajian yang telah dibuat oleh National Sleep Foundation, ketika membawa kerja di tempat tidur, ia boleh mengakibatkan anda berpontensi untuk menghidap penyakit isomania iaitu sejenis penyakit susah untuk tidur.

5. Bertengkar Dengan Pasangan

Sebab yang terakhir ini rasanya tidak perlu diulaskan dengan lanjut lagi. Apabila anda bertengkar, secara automatik akan membuatkan anda stress. Sebaliknya jika anda bermesra dengan pasangan, tubuh akan melepaskan endrofin iaitu bahan semulajadi dari badan yang membuatkan anda rasa tenang.

Tidur pun jadi lebih lena.