Masa aku mula-mula travel dulu, aku banyak self taught dan cara macam ni hampi-hampir buat aku tersadai di Vung Tau, Vietnam. Masa itu aku tak ada circle of friends yang kaki travel, dan aku dah cuba asked around di Facebook dulu. Tapi masih tidak ada jawapan yang tepat. Blog social media on travel pun tak ada lagi masa tu.

Jadi hari ini, aku nak kongsi dengan kawan-kawan kesilapan yang aku buat masa aku mula-mula travel dulu dan juga beberapa kesilapan yang aku dapat sumber dari kawan-kawan juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Overpacking

Bila baru nak mula travel, memang susah nak agak barang apa yang kena bawa. Cukup ke tak, tu antara yang menjadi persoalan. Persiapan barang kita mungkin tak sama dengan orang lain. Aku teringat lagi aku dok hangkut dua beg besar. Satu backpack, satu lagi beg tarik penuh dengan makanan. Nasib baik ade abang French handsome tolong angkat masa tu.

2. Tak Buat Travel Homework

Aku belajar tentang travel secara hard way, belajar dari kesilapan diri sendiri. Tapi sekarang, petik pakcik Google je, macam-macam boleh kita rujuk untuk cari informasi tentang destinasi yang kita nak tuju. Antaranya, barang apa yang tak boleh bawa masuk (contoh: Australia tak benar kan bawa masuk buah-buahan), tourist scam apa yang kita kena berjaga-jaga, estimated price untuk pengangkutan awam dan sebagainya.

3. Tak Aktifkan Debit Kad Untuk Pengeluaran Antarabangsa

Antara kesilapan yang aku buat dan hampir buat aku tersadai kat Vung Tau. Nasib baik ade kawan tolong. Sebab aku tak aktifkan kad debit aku dulu? Sebab aku agak cash in hand yang aku bawak cukup. Jadi aku tak perlu nak buat pengeluaran tambahan. Nasib baik tak ada jadi apa-apa yang serius. Kalau tak, nak korek duit kat mana pun aku tak tau.

4. Beli Souvenirs Untuk Semua Orang

Ramai sangat kirim souvenirs bila aku mula travel dulu. Tapi ramai jugak kirim dengan air liur saja. Aku yang fikirkan nak maintain hubungan yang baik sesama manusia pun beli la souvenirs untuk semua orang. Tu yang sampai tersadai dekat Vung Tau, sebab duit dah tak dak nak balik hotel. Dan yang bukak mata aku, bila ada kawan yang habis 2k untuk souvenirs sahaja, sebab ramai kirim specific souvenirs seperti Hard Rock collectibles atau limited edition Michael Kors tanpa kiriman duit.

5. Tak Ambil Travel Insurance

Aku bukan insurance agent tapi ade beberapa insiden yang kalau aku atau rakan travel yang lain tak ambil travel insurance, memang kami akan rugi banyak sebab tak dapat balik pampasan. Beg pecah, beg rosak, beg hilang adalah antara sisi gelap dunia travel yang aku berdoa sangat kau orang tak akan alami.

Sebab pengalaman menghadapi situasi ni, boleh buat orang tu jadi gila dan panik tak tentu arah. Terima kasih pada travel insurance, barang-barang asas yang aku terpaksa beli bila beg hilang di Santorini, dapat pampasan balik.

6. Terpedaya Dengan Provoke Acah-Acah Backpacker

Bila sudah mula travel ni, akan ada hamba-hamba Allah yang kaki provoke seperti:

Bila lagi nak jejak Europe? Bukan backpacker la kalau belum sampai Amsterdam lagi..

Pe barang pegi Phuket je, tour satu Thailand baru betul backpacker sebenar..

Tu belum cerita pasal brand backpack atau action camera lagi. Masuk bab ni, kena kuatkan semangat, ukur baju di badan sendiri. Dulu masa GoPro baru keluar, memang mahal dan aku hampir-hampir nak swipe debit kad, especially ada makhluk yang cuba racun. Biar papa asal bergaya katanya. Tapi melihat pada keadaan diri yang travel pun dekat-dekat saja, tak ade special mana, aku tahan.

7. Serah Semua Pada Travel Agent

Dulu2, aku rajin juga usya travel pakej Groupon dan hotel travel booklet sebab aku rasakan mereka lebih tahu asal-usul tempat yang aku nak pegi. Bayar saja, mereka uruskan semua. Mudah bukan? Sampai la aku buat bajet sendiri dan buat aku sedar yang bukan saja travel agent caj lebih mahal dari harga biasa, tapi mereka dapat komisen dari lokasi yang mereka bawa kita.

Jadi sebenarnya, kita sebagai pelancong dimanipulasi untuk keuntungan pihak lain, dan banyak lokasi yang lebih baik tak di promosi sebab agent tak dapat komisen.

8. Panik Bila Travel Plan Tak Sama Dengan Yang Dirancang

Sebolehnya, memang best dan tak sakitkan kepala kalau semua yang dirancang tu menjadi. Tapi kita lupa, manusia tak boleh lari dari buat kesilapan. Kadang-kadang, flight delayed, banjir, kereta api rosak, sistem tempahan hotel ada glitch atau tempahan hotel tidak dalam sistem. Macam-macam la isu yang boleh kacau flow travel kita. Aku sarankan jangan panik dan be flexible dengan pilihan alternatif.

9. Salah Pilih Travel Buddies

Dulu memang aku memang teruja kalau dapat group rakan-rakan yang boleh travel sekali. Dah lama-lama tu, macam-macam kerenah aku jumpa sampai aku selesa travel solo atau at most, berdua saja.

Ada yang buat travel buddies macam dia orang punya secretary, semua benda nak kena Ingatkan, termasuklah bawa ubat gigi (true story). Ada plak travel buddy yang kena jadi “receptionist”, jawab phone call parents untuk travel buddy yang lain sebab budak tu travel sampai tak ingat mak abah (true story juga).

10. Tak Aktifkan Roaming/Tak Beli Local Sim Kad

Dulu memang aku tak consider pon nak buat roaming, mahal kot. Dan untuk trip 4-5 hari, okay rasanya untuk kekalkan nombor sendiri, tak payah beli local sim card. Tapi bila aku da travel merata, tiada apa yang lebih bahagia bila dapat dengar suara mak abah dalam telefon, bila kita di perantauan. Hati mak abah pun senang bila dengar kita selamat di sana. Travel la jauh mana pun, mak abah jangan kita lupa.