Jenama kereta dari Korea, Kia nampaknya sudah bersedia untuk berlawan secara head to head dengan pengenalan model terbaru mereka, Stinger. Tengok sahaja bentuk kereta ini boleh tahu kereta ini bakal menyengat!

Model Stinger ini dikhabar akan hadir dengan dua jenis enjin; satu 2.0 liter 4 silinder dengan kuasa 255hp dan satu lagi 3.3-liter V-6 dengan kuasa 365hp. Jadi pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu membeli model entry-level atau model yang lebih power. Untuk model Stinger 3.3-liter V-6, model ini dikatakan mampu mencecah top speed 270KM/J !

Kereta ini mempunyai feel rekaan Continental kerana keseluruhan rekaan kereta ini dibuat di studio Kia di Frankfurt, Jerman. Kumpulan rekaan Kia Europe ini diketuai Albert Biermann yang dahulunya pernah mengetuai BMW Division M. Menurut Biermann, model ini nanti sangat-sangat mampu untuk memberi saingan kepada model kereta jenama Eropah yang lain.

Dikhabar kereta ini juga telah berulang kali dibawa di litar Nürburgring Nordschleife untuk menguji ketahanannya. Dari segi interiornya pula, ianya akan dilengkapi skrin sentuh 7 inci, cruise control, sistem emergency braking terbaru dan jika anda mahu, anda boleh add-on sistem audio 15 speakers Harman/Kardon termasuk subwoofers di bawah tempat duduk depan. Gila awesome!

Kereta ini dikhabarkan akan mula dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat bermula musim panas tahun ini. Apa pendapat anda tentang kereta ini? Nampaknya sudah ada Continental killer dari Asia. Harap-harap harganya pun mampu milik. Apa pun kita layan dahulu rupa kereta ini. Jahat juga. Rekaannya seperti sesuatu yang James Bond akan pandu.

2018 Stinger
2018 Stinger