Selepas baca sampai habis, mesti korang rasa nak kongsi penulisan ni. Siap ada info ekstra tau.

“Saya dah lama survey rumah kawasan sana. Ada 1 unit ni, harga RM300,000. Cantik. Pemilik nak jual cepat. Okay tak kalau saya nak beli?”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Harith Faisal dan rakan-rakan ketika sesi Borak Hartanah.
Harith Faisal dan rakan-rakan ketika sesi Borak Hartanah.

“Dah kira kelayakan untuk buat pembiayaan bank?”

“Belum. Tapi kawan ofis saya gaji macam saya, dia boleh je beli rumah harga macam tu. Takkan saya punya tak lepas pula, kan?”

“Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga sama. Tengok juga komitmen masing-masing berapa.”

Banyak saya dapat soalan macam itu. Nak beli rumah, dah tengok rumah, tapi tak tahu pun sebenarnya dia layak atau tak.

Janganlah buang masa berbulan survey rumah RM300,000 padahal sebenarnya, rumah RM200,000 pun belum tentu lepas.

Nak jimat masa, saya kongikan secara asas kiraan harga rumah yang layak kita beli. Contoh kiraan adalah seperti di bawah.

Income – Deduction = Net Income

RM2,500 – RM200 = RM2,300

Net Income x Max Debt Service Ratio (DSR) % = Max Monthly Repayment

RM2,300 x 60% = RM1,380

Kenapa darab 60%? Saya ambil contoh CIMB, untuk pendapatan bersih (net income) RM2,300 DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%.

Katakan anda ada komitmen bulanan bayar kereta RM400. Jadi baki bayaran bulanan yang anda layak adalah RM1,380 – RM400 = RM980.

Cara Ringkas Darab 200

Baki bayaran bulanan x 200 = Jumlah pinjaman/ pembiayaan perumahan

RM980 x 200 = RM196,000

Dah tahu anda layak dapat pembiayaan sampai RM196,000 sahaja, jangan pula cari rumah harga RM400,000. Memang takkan lepas.

Snapshot app oleh iMoney.
Snapshot app oleh iMoney.

% DSR Yang Ditawarkan Oleh Bank

Bank – Gaji – DSR%

1. BIMB – RM7000< 70%, RM7000> 75%

2. Ambank – RM5000< 60%, RM5000> 70%

3. MBB – RM3500< 40%, RM3500> 70%

4. CIMB – RM3500< 60%, RM3500> 75%

5. MBSB – 80%

6. RHB – RM2600< 55%, RM2600> 75%

7. Affin – RM5000< 60%, RM5000> 80%

Maklumat di atas tidak 100% tepat dan mungkin bukan terkini. % maksimum DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Walk-in ke bank dan minta konsultasi dari pegawai bank untuk kiraan yang lebih tepat.

Dah boleh fikir macam mana kawan dia yang gaji sama macam dia, tapi boleh beli rumah harga RM300,000? Pandai-pandailah cari jawapannya. Haha.

Nota: Saya pakai app Home Loan Calculator by iMoney.