Di saat heboh pasal warga asing kena tumbuk dan belasah sebab beraksi tak senonoh ni, rasa macam tak sabar-sabar saya kongsikan cerita ini. (Lama saya peram isu ini kan? Haha)

Pedih jugalah saya baca komen-komen yang berbau kemanusiaan ni, yalah, mereka tak pernah alami situasi begitu di depan mata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Facebook
Facebook

Situasi macam ni pernah berlaku pada saya dan isteri. Dan kalau dikirakan, memang lain benar perasaan saya PADA WAKTU ITU, berbanding mereka yang ‘rilek’ komen-komen murni ni.

Masa tu, usia perkahwinan kami belum pun cecah setahun. Lagilah darah Suami Muda ni, uiii kalau dicuit, boleh jadi hero Malaya tuuu.

Sebelum ini, seperti biasa dengan Wira Kesayangan, saya sering hantar isteri ke tempat kerja. Di sebuah kawasan elit di sebuah bukit di Selangor. Kami pasti akan melalui kawalan keselamatan di pintu utama ke tempat kerja.

Tiada apa yang pelik berlaku di saat rutin begitu.

Sampailah tiba waktunya, di mana saya diberi tugasan ‘sales-tour’ seluruh Malaysia untuk aktiviti promosi, maka suri terpaksa memandu sendirian ke tempat kerja.

Saya dengan kenderaan syarikat, berulang-alik musafir, sekejap di Kuantan, sekejap di KB, balik ke Putrajaya, naik semula ke utara, nanti nak ke selatan. Siapa tak rindu bini oi.

Isteri pula nasib baik pernah memandu kereta manual sebelum ini. Cuma kali ini kena bersendirian pula ke tempat kerja, lebih 10 hari agaknya kalau dikira-kira.

Memang tak cukup lama untuk saya tinggalkan tugasan saya separuh jalan; setelah menerima panggilan isteri saya buat KALI KELAPAN di setiap pagi….

“Bang… dia kacau lagi…”

Suri mengadu, seorang warga Bangladesh yang bertugas sebagai pegawai keselamatan di situ, sering mengenyitkan matanya sewaktu melintasi kawalan.

Kenapa hati saya begitu geram dan marah-marah?

Cuba anda bayangkan, ya.

Sepanjang masa saya memandu hantarkan isteri, TIDAK PERNAH SEKALI-KALI kereta saya diminta berhenti untuk disiasat. Lagipula, dah ada sticker kebenaran masuk, kereta itu berdaftar pula dengan pihak keselamatan.

TIDAK PERNAH. Kereta kami tak pernah ditahan, tak pernah disuruh buka bonet ke, disuruh isi borang ke, disuruh keluar kereta ke. TIDAK PERNAH!!

Ia tak pernah berlaku pada waktu saya yang hantarkan isteri.

Dan perkara semua di atas, tiba-tiba berlaku ketika isteri terpaksa memandu sendirian ke tempat kerja.

Menambah api yang mendidih di dada, bila setelah kerja-kerja leceh ini dikenakan, disinggahi pula dengan kenyit mata Si Mamat Bangla yang melayang dari kejauhan.

Saya bergegas kembali ke KL. Dengan hati yang membara. Bermacam-macam persediaan yang saya lakukan.

Kalau ikut bayangan asal, mungkin apa yang akan berlaku adalah lebih parah daripada kisah Penyanyi Jalanan yang viral itu.

Mungkin saya akan ‘flying-kick’ dari jauh. Atau saya patahkan jari-jarinya di depan superior mereka. Atau, matanya saya kira bagus ditumbuk, atau dihayun dengan kasut but saya ni.

DI PAGI HARI PEMBALASAN

Semuanya telah tersedia. Kali ini, saya yang hantarkan isteri. Dan mungkin ia jadi hari yang bersejarah saya pertama kali ke lokap Balai di Malaysia.

Di pagar keselamatan, kelibat Pak Guard Bangla ini saya nampak jelas, dia sedang berdiri di sebelah pintu pondok kawalan.

“Yang itu ke?” Saya tanya isteri.
“Ya, itulah dia. Eee… geramnya, dia berlakon alim…” suri menambah perisa.

Saya cuba mengawal diri yang menggigil saat ini. Saya sengaja tidak turunkan cermin kereta, seperti mana yang selalu disuruh kepada isteri selama ini oleh mereka.

TETTTT…

Pintu pagar dibuka seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Haa, tengok, kali ini dia terus buka. Tak suruh turunkan cermin pun,” marah benar isteri saya. Hati saya apatah lagi. Genggam tangan saya ini bergetar, menunggu penuh ‘lapar’.

Saya berhentikan kereta di tepi. Pintu dibuka. Tangan mencapai fail yang telah saya persiapkan sedari semalam.

Kelibat Pak Guard Bangla yang hilang dari pandangan.

“Bang!! Dia menyorok bang!! Dia pindah ke sebelah sana,” jerit isteri saya dari celahan tingkap kereta.

Saya berlari dapatkan dia.

Wah, kemain ‘alim’ lagi kerja dengan taat. Yang peliknya, tadi jaga di bahagian kereta masuk, sekarang terhegeh nak jaga kereta keluar pula.

Bappp!!!! Tumbukan ini hinggap ke pipinya.
Eh, tidakkk… Saya tak tumbuk pun. Hehe.

Saya bisik padanya, “Nak lari eh?” Saya tunjukkan genggaman penumbuk di depannya. “Jangan lari, kalau tak nak kena bantai…”

“WHAT? WHAT? NO UNDERSTAND. MALAY NO. ENGLISH YES.”

Uiiii pedihnya rasa. Ya Allah, saya tak tahulah ada berapa ekor syaitan yang ada di sekeliling saya ni. Memang tengok mukanya, rasa macam layak dapat tapak kaki je kejap lagi ni.

Nampak bos dia berlari dari kejauhan. Seorang lelaki India yang segak, bermisai tebal, dan mungkin sudah pencen, dan pernah bertugas sebagai pegawai uniform sebelum ini.

What. What. Apa problem, incik?” Superior dia bertanya pada saya.

Saya masih merenung tajam ke arah Pak Guard Bangla ini.

“Kau tanya pada dia, apa dia dah buat sampai aku nak mengamuk pagi ini. If ‘Wrong Answer’, I swear to punch his face right now.

Mereka berbual-bual dan berbisik-bisik di depan saya. Nampak Pak Guard Bangla ini sering menggeleng-geleng kepala.

“OK-OK, dia cakap dia tak kacau your wife. He was doing his duty,” pujuk superior ini kepada saya.

Uiii…. apa perasaan anda bila dapat jawapan macam ni. Dah la tak dapat perkataan maaf, dapat lagi back-up dari orang Malaysia.

Bagi mengelak tubuh Pak Guard Bangla ini tumbang menyembah bumi, saya keluarkan beberapa helai kertas dari fail yang dibawa.

Saya campakkan kepada nya.

YOU BACA BAIK-BAIK!!! INI REPORT POLIS! ESOK AKU TAK MAHU TENGOK MUKA DIA KAT SINI. KALAU TAK, DIA SEMUA KENA BALIK NEGARA DIA. DENGAN YOU SEKALI TAK ADA KERJA!” dengan separa jerit, saya lontarkan padanya.

Masa itu, banyak kereta yang berhenti dan menyaksikan kejadian ini. Saya masih berdiri menunggu respon dari superior dan si Pak Guard Bangla.

“Jangan ini macam bos, mana boleh senang-senang halang kami kerja…” pujuk lagi si superior.

Saya terangkan satu persatu kepada ketua pengawal di situ,

“Baca situ. Jangan ingat kami ni bodoh. KDN cuma luluskan warga Nepal bekas tentera saja yang layak jadi Jaga. Itupun cuma tiga tahun saja. You ada berapa orang sini yang bukan Malaysian dan bukan Nepal?”

Lelaki India ini menyelak sehelai demi sehelai kertas yang telah saya kumpulkan. Semua perincian akta dan laporan polis dah tersedia.

“I can make one phone call right now, then all of you will go home!” Saya gertak lagi.

“OK, OK. Please sir. Please. I will handle this. Saya akan cuba pindahkan lelaki Bangla ini.” terus merayu si superior Jaga ini.

No, bukan dia saja. Tu, Pakistan, Myanmar, China, semua yang jadi jaga, kalau esok mereka ada lagi, we will let you be punished by law!

Berkali-kali Pak Guard Bangla ini membongkok dan minta maaf. Tengok lama-lama, sikit pun tak rasa kesian, tapi rasa nak baling kasut juga. Jadi, saya segera beredar dari situ secepatnya.

Alhamdulillah, sehari demi sehari, JAGA HARAM, seorang demi seorang hilang dari pandangan mata, dan digantikan dengan penjaga tempatan dan Nepal.

Ramai orang kita yang tidak tahu, bahawa Malaysia ini telah DIJAGA oleh JAGA yang TIDAK SAH di sisi undang-undang.

  1. Berapa kali ujian air kencing dilakukan ke atas pengawal keselamatan?
  2. Berapa ramai yang bekerja lebih dari usia yang disyaratkan? Iaitu harus lingkungan 18-65 tahun mengikut Akta Ejensi Persendirian 1971.
  3. Sekiranya anda terlihat warganegara selain Nepal dan tempatan, ketahuilah, tidak disangkal lagi, dia adalah Jaga yang haram di sisi undang-undang.
  4. Buat laporan polis, dan kirimkan salinan kepada pihak pengurusan, superior pengawal, termasuk si Pak Guard Asing itu (kalau berani).
  5. Jika pengawal itu masih lagi bertugas di situ, sila edarkan risalah kesedaran kepada semua penghuni di situ.
  6. Lakukan aktiviti kejiranan yang mesra, kawalan berkala, dan ukhwah berpanjangan, kerana itulah satu-satunya kunci keselamatan yang ‘hilang’ dari masyarakat kita.
  7. Jangan sebok salahkan pemimpin. Kita kawal apa yang boleh kita kawal. Jika tak puas hati dengan pemerintah, laksanakan tanggungjawab di atas kertas undi.
  8. Tak payah bertelagah siapa yang betul atau siapa yang salah. Seseorang perlu lakukan sesuatu, di saat dia RASAKAN PERLU BUAT SESUATU.
  9. Pertimbangan sering datang pada saat yang lewat. Maka, tingkatkan keimanan dan kesabaran, amalkan butang PAUSE, untuk berfikir dan bertindak.
  10. Pejuang kebenaran, pelajari undang-undang dan hukum sebagai perisau (perisai + pisau) hehe.

Silakan SHARE untuk kesedaran, keamanan terletak di tangan kita.

KISAH BAGAIMANA SAYA TERAJANG SEORANG BANGLADESHDi saat heboh pasal Warga Asing kena tumbuk dan belasah sebab beraksi…

Posted by Al Irfan Jani onĀ Tuesday, February 23, 2016