Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Afyz Yzels, pelajar Malaysia yang kini sedang belajar di Jordan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Ia kisah benar dari pengalaman Afyz sendiri. Harapan kami kisah ini turut memberi inspirasi kepada anda agar tidak mudah berputus asa, juga buat para guru dalam mendidik anak bangsa.

Pernah sekali balik ke Malaysia beberapa tahun lepas, ziarah cikgu-cikgu SPM. Antara paling memberi inspirasi, seorang cikgu ni, lain daripada yang lain ucapan dia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kalau saya lah jadi pengetua, saya takkan jemput pelajar-pelajar cemerlang yang smemangnya cemerlang dari tingkatan 1 lagi Fidz. yang sentiasa straight A, smpailah SPM.

Buat apa nak panggil dia orang Fidz, namanya kem kecemerlangan tapi jemput orang yang tak pernah gagal. dia orang tak tahu macam mana nak bangun dari kegagalan, sebab dia orang memang Allah dah bagi kebijaksanaan.

Kalau saya, saya panggil awak. Bermula dari bawah, kelas no 6, no 7, bah kan kelas paling last pun semua awak dah rasa. Dan awak tahu mcm mana nak bangun. Sepatutnya itu namanya kem kecemerlangan, kem motivasi. Macam mana nak bangun dari kegagalan. Sebab saya tahu, orang yang tak pernah gagal tak kan rasa macam mana rasa erti kegagalan. Hanya orang yang pernah gagal sahaja tahu macam mana nak bangun untuk menuju kejayaan”.

Sejujurnya ucapan ini the only one yang pernah aku dengar dan terima. Ucapan ini juga yang paling memberi semangat. Yes, daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 3, kelas aku kelas no 6,7,8. Selepas PMR, pindah sekejap ke asrama penuh, namun tingkatan 5 balik semula ke sekolah lama. Diberi lagi kelas no 7, but you know what? Hati ni tak pernah kisah pun, sebabnya bukan kelas penentu kejayaan, tetapi semangat dan keinginan yang menentukan. Alhamdulillah ,dapat juga result yang baik, dapat datang Jordan.

Dunia pembelajaran cukup memberi motivasi. Melalui dunia pembelajaran juga mengajar aku.

“Aku tak kan kenal nilai hidup selagi mana aku tak rasa apa mereka yang serba kekurangan rasa, apa yang mereka rasa adalah dugaan untuk mereka, dan kita tak kan mensyukuri nikmat hidup ini selagi tidak ditimpa dugaan”.

Sometimes I changed my life to feel how others felt. Aku pernah pakai baju lusuh, seluar tak basuh, sampai pelajar-pelajar Arab pandang lain macam dan ketawakan “orang miskin”. Tapi hati tak pernah terasa hati, kerana hidup yang mengajar kita bukan hanya melalui kehidupan yang senang tetapi juga kehidupan yang susah.

Aku juga pernah merasa hidup tanpa satu sen wang selama berminggu-minggu, merasa berhutang keliling pinggang beratus-ratus JD. Tapi aku tak pernah sesal, kerana kedhaifan itu mengajar kita mengenal erti syukur dan rezeki.

But hell yeah, hidup-hidup yang aku lalui inilah yang membentuk diri aku yang sekarang.

Bukan hanya orang yang cerdik sahaja layak untuk berjaya, dan bukan hanya orang kaya sahaja yang layak memberi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram