Bismillah. Mungkin perkongsian terakhir antara aku dan jodoh.
Aku dan lelaki biasanya tidak ada masalah, tetapi memang gaya aku kasar betul.

Pengaruh adik beradik lelaki mungkin, so memang aku tak pentingkan penampilan diri dan kelembutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ingat tak 2012, aku balik dengan pengharapan aku akan berkahwin tapi tiada jodoh. Lama hubungan tu, bertahun, tapi tiada ending, sedih bukan kepalang.

Balik, mak aku bertanya, ada orang ke. Sadly, aku cakap takde. Dia pun berusaha cari orang tu, cari orang ni, pernah ada keluarga datang tengok aku.

Esoknya mak telefon balik, katanya keluarga berkenaan tak terima sebab aku bersaiz besar. Tak sepadan katanya. Mak aku sedih, remuk hatinya.

Minggu depan, mak cuba lagi. Kau nak kenal dengan anak ustaz? Tak belajar tinggi tapi bolehlah teman kau.

Tak nak lah mak. Dedi kata kan kena sekufu.

Betul, ayah memang mementingkan part ini. Biar lelaki itu ada pelajaran katanya. Biar takde harta, pelajaran kena ada.

Usaha lain? Pergi berubat, mandi bunga sampai aku naik jelak. Ada sampai kata aku terkena buatan orang. Mak punya risau, tiap malam dia berdoa, tiap solat ayah berdoa. Katanya moga dia dapat lihat aku berkahwin sebelum dia tutup mata.

Pernah aku menangis dalam kereta, menangis di Gunung Nuang, bukan apa, sebab mak dan ayah ni betul risau melihat aku tak berkahwin. Ayah selalu murung. Mak selalu tak cukup tidur.

2014 aku kembara ke Nepal, bawak diri. Sedih betul masa tu. Jauh aku berjalan.

Baca kisah aku: Putus Cinta Bawa Aku Mendaki Annapurna Base Camp (ABC) Meski Tanpa Persediaan

Tahun 2015, aku ajak mak dan ayah buat umrah. Usaha murni aku untuk elak dari jumpa ustaz sana, ustaz sini.

Bukan apa, aku agak skeptikal dengan semua benda ni. Nak sesuatu? Minta direct dengan Tuhan, dan tempat terbaik? Mekah dan Madinah.

Di Jabal Rahmah, ayah menyuruh aku naik bukit tu, doa bersungguh katanya. Aku berdoa juga, hatiku terusik. Kat sana aku berdoa, temukanlah aku dengan orang yang boleh menerima aku dan keluarga aku seadanya.

Aku tak tahu apa yang ayah dan ibu doa, basah mata mereka. Kemuncak, depan Kaabah, mak berdoa di sebelah aku, terkumat kamit mulutnya.

Aku bertanya, apa yang mak doa, mak doa aku bertemu jodoh. Dan dia bernazar sesuatu juga. Itu mak.

Memang kalau aku balik lambat dan sampai dengan selamat, dia akan baca 10 kali surah Al Ikhlas sebab tanda terima kasih pada Tuhan. Hatinya lembut dan ikhlas. Sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Sedikit garang, tapi itu mak.

Tahun 2016. Secara tiba-tiba, mak bertanya di meja makan, mu ada orang ke?

Aku menjawab, tiada. Oklah mak, Inah ada program kat Kelantan ni. Masa tu aku mahu pergi trans Jelawang (5 hari). So 5 hari tiada di rumah.

Balik dari Jelawang, biasalah keesokan harinya memang penat. Aku mengemas bag, basuh apa yang patut. Mak tiba-tiba berkata, malam ni ustaz nak mai rumah, nak lawat ayah. Ketika tu, ayah memang tidak sihat betul, sampai tidak ke masjid.

Aku pun kata ok, nanti Inah goreng mee. No hal.

So datanglah, keluarga comel ni yang terdiri dari ustaz, makcik yang selalu aku jumpa kat masjid masa tarawih dan solat raya, dan sia.

Terkejut juga dia sebab ada mee goreng. Si dia pun ingatkan nak ziarah Cikgu Sharif, tapi lain yang jadi.

Perbincangan tu jadi macam ni, nak kenalkan aku dan si dia. Terus mak aku tanya dia, N**** ok ke? Aku yang duduk kat tangga masa tu terkulat.

Mak aku memang direct orangnya. Apa dalam hati, memang dia terus je cakap, takde nak selindung. Dia yang tengah layan mee goreng, tersengih-sengih.

Dedi yang biasanya tak mendengar perbualan tiba-tiba bersuara, ok kita bagi sebulan lah bebudak ni kenal.

bercinta-lepas-nikah-3

bercinta-lepas-nikah-4

bercinta-lepas-nikah-5

First date?

Ha tak yah la cerita panjang, mahu jadi novel karang. Tapi end of first date tu dia tanya, are u ok with me? Aku cakap ok je. Sebab ingatkan kawan dulu, ala macam geng hiking lain gitu. Dia kata ok baguslah begitu.

Sehari sebelum Route 68, dia ajak aku pergi kursus kahwin.

And the rest is history.

Nampak tak timeline kat situ? Selama ni aku skeptikal bila ada orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.

Hubungan aku 7 tahun tah ke mana. Bukan takde orang propose aku. Nukan mak aku tak cari sebelum ni, ada je halangan. Tapi tulah orang kata bukan jodoh.

Hubungan aku start April membawa aku ke penamat, hingga ke jannah harapnya. Kalau nak kira dalam 3 bulan je sebenarnya, dan alhamdulillah aku telah selamat bernikah.

Hikmah yang aku nampak? Satu doa ibu bapa, sebab kami ni ditemukan hasil perbualan mak kepada mak si dia masa beli ikan.

Dua, ayah aku kembali sihat dan gembira bila tahu anak perempuan kesayangan dah nak menikah, eceh.

Ketiga, kalau rasa kau tak jumpa jodoh tu, doa, jangan give up. Kau memang doa tiap waktu dan ketika. Minta mak ayah doakan kau sekali.

Kadang doa ni kita tak tahu bila yang diangkat ke langit. Jodoh tu ada, dah tertulis. Dan betullah, kalau dah jodoh tu, semua benda mudah je, Tuhan mudahkan.

Kadang, orang yang kita impikan tu memang lain, jodoh kita memang lain, bagai langit dan bumi.

Satu benda, kau keep humble. Kahwin ni bukan kau kahwin dengan orang tu je, kau kahwin dengan keluarga dia juga, itu yang dia sebut bila aku asyik tanya soalan, kenapalah awak terima saya.

Kami memang lain, tapi kita cuba cari titik keserasian. Moga dimudahkan.

Banyak benda nak cerita, tapi cukuplah ini yang boleh dikongsi. So alkisah, mak aku yang nak kenalkan dengan anak ustaz tahun 2012, itulah orangnya.

Oh ya, dan dia ada Masters rupanya, baru tahu masa sesi dia datang rumah tempoh hari, lagi ayah suka.

Tapi sebab utama ayah setuju? Sebab keluarganya molek.

bercinta-lepas-nikah-1

bercinta-lepas-nikah-2

So, doakan aku ya? Dan aku doakan kalian bertemu jodoh yang sesuai dan diberikan kebahagiaan dalam kehidupan. InsyaAllah.

Masa depan? Kita tak tahu, yang penting ayah aku kata semalam, kita usaha dan doa, lapangkan dada. Jangan takbur dan lupa diri, di mana kita kalau tak usaha dan tawakal pada Tuhan? Itu pesan ayah.

First few days of the wedding, dia tengah menyesuaikan diri dengan keluarga aku. Ye lah, memang dia pentingkan keluarga orangnya.

Dia pun nampak benda yang sama bila aku boleh treat mak ayah dia macam mak ayah aku sendiri.

Momen paling sweet bagi aku? Bila dia ajak aku solat jemaah sekali. Aku ni bukan jenis alim. Dia pun begitu walaupun ayah dia ustaz, tapi sesama baiki diri.

Korang doakan lah untuk kehidupan aku selepas ni. Banyak lagi perkara, jauh lagi perjalanan. Aku kongsi benda ni bukan nak riak. Andaikata aku ada masalah di masa depan, aku boleh reflek balik perjalanan aku bertemu dia dan ia akan jadi kenangan manis aku.

Untuk wanita lain yang broken hearted di luar sana, teruskan usaha dan doa, insyaAllah kau akan jumpa jodoh pada waktu yang tepat dengan orang yang betul, mengikut perancangan Tuhan.

Baca kisah sewaktu aku siapkan PhD: Onak Dan Duri Demi Menggenggam PhD. Tanpa Linangan Air Mata Bukan PhD Namanya