Pada Mei lepas netizen Malaysia digemparkan dengan video aksi berani tetapi bahaya 2 pemuda meniti di atas tiang jambatan Putrajaya.

Berbagai reaksi diterima dari orang ramai. Ada yang mengagumi keberanian pemuda ini, tak kurang juga yang memberikan komen negatif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

abudi-23

Sejujurnya kami di Vocket turut kagum dengan keberanian dan keyakinan diri yang tinggi dimiliki oleh 2 pemuda ini. Ditambah pula dengan salah seorang darinya dengan penuh gaya melompat sambil berserban.

Kali ini Vocket berjaya menghubungi pemuda berserban ini.

Kenalkan Abudi Alsagoff, berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor tapi kini bekerja sebagai trainer di Dubai dalam bidang parkour/freerunning.

‘Parkour’ iaitu sejenis seni pergerakan badan yang bertujuan bergerak dari satu tempat ke tempat lain sepantas mungkin. Ia juga adalah aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kekuatan fizikal dan mental.

abudi-24

Semasa memanjat Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya baru-baru ini, saya berada dalam keadaan yang sangat fokus dan tenang kerana sudah mengadakan latihan berbulan-bulan sebelum melakukannya. Saya juga banyak mengingati Allah dan berdoa.

abudi-11

Rakaman memanjat jambatan di Putrajaya ini sebenarnya telah dilakukan pada bulan Mac 2015. Menurut Abudi sebelum mereka memanjat jambatan ini latihan telah dilakukan sejak sekian lama di atas titi yang lebih kecil.

abudi-8

The view is really amazing because we get to see the whole city scape that cannot be seen from anywhere else. Everything is so tiny and you realise how small you are comparing to this world.

abudi-25

If you don’t stand for something, you will fall for anything they said.

abudi-3

A lot of people have been asking how we went down the bridge (at Putrajaya). Like spiderman.

Menurut graduan lulusan dalam bidang CIE Engineering dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini, beliau telah terlibat dalam sukan ekstrim parkour sejak 8 tahun yang lalu manakala penglibatan secara professional pula adalah sejak 6 tahun lepas. Semuanya bermula setelah beliau menonton tentang sukan ini di youtube.

abudi-9a

Mulanya, saya hanya menonton aksi parkour di YouTube sekadar suka-suka. Apa yang saya lihat sukan ini menampilkan kelainan dari sukan ekstrim lain.

abudi-26

Makin kerap melihat, mula timbul minat untuk mencuba sendiri. Dari situ, saya berlatih berasaskan teknik yang diajar di YouTube.

abudi-12

Boleh dikatakan saya berlatih setiap hari. Pada mulanya memang berisiko kerana masih belum mahir penguasaan teknik yang betul, tapi lama-kelamaan sudah biasa dan mampu sesuaikan diri.

Bagaimana pula penerimaan ibu bapa Abudi sewaktu mula-mula beliau terlibat dalam sukan ekstrim ini?

abudi-17

Sewaktu awal biasalah ibubapa memang sentiasa risau, tapi mereka tidak pernah menghalang. Kini mereka banyak memberikan sokongan.

abudi-37

Our parents are a blessing. Don’t delay showing them love. We don’t know how long we have this blessing for.

Sepanjang menyertai sukan parkour ini antara kenangan manis yang pernah dilalui oleh Abudi adalah sewaktu dapat bertemu dengan Jackie Chan di Kuala Lumpur pada tahun 2012.

abudi-27

Pengalaman manis, saya bertuah dapat berjumpa dan beraksi untuk Jackie Chan semasa movie launching CZ12 beliau di Berjaya Times Square.

Selain dari itu menurut pengasas Alpha Movements ini, kemahiran yang dimiliki membolehkan beliau dan pasukannya dijemput untuk terlibat dalam berbagai iklan komersial.

abudi-33

At the F1 2014. Rooting for Redbull Racing.

abudi-34

Done with media performance for Jump Street KL launch.

abudi-35

Here is the TV commercial for Hotlink me and Abir worked on. We had so much fun working on this one!

abudi-10

I am a parkour personal trainer now in Dubai. I will still be doing commercial works and events like I did in Malaysia (please refer to our website at AlphaParkour.com) and I have a few upcoming projects that I’m excited about but I can’t disclose them.

Dari segi pencapaian di peringkat antarabangsa pula, Abudi telah memenangi tempat pertama sewaktu pertandingan di Indonesia, tempat ke 3 di Singapura dan layak ke pertandingan akhir dalam Qualifier Round di Greece.

abudi-22

abudi-18

Looking over Santorini. Can’t wait for the main event of Art Of Motion

abudi-13

With Jason from team Farang

Sekali imbas macam penuh dengan glamer saja kan? Tapi hakikatnya Abudi bukan sekadar hebat melompat dan melakukan aksi bahaya. Beliau telah dididik oleh orang tuanya untuk menjadi seorang yang kuat pegangan agama.

abudi-19

Gambar ini saya ambil semasa kami di Burhanpur, Mahadya Pradesh. Gambar adik saya sedang berjalan. Ketika itu kami sedang keluar belajar tentang iman, yakin dan bagaimana agama yang sempurna boleh ada dalam diri sendiri, rakan dan keluarga.

abudi-28

Kami keluar selama 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

abudi-29

Here’s a photo at the Humayun’s Tomb back in India

abudi-30

Badshahi Masjid (1673). Only impressive if it were full of people 5 times a day.

abudi-16

Always look up but be down to earth

Jadi tidak hairanlah mengapa Abudi dengan penuh yakin bergerak dan bersahabat dengan sesiapa saja tanpa rasa gusar.

abudi-31

abudi-32

Menurut Abudi, antara impian beliau kini adalah untuk melihat sukan parkour berkembang di Malaysia serta menerima sokongan dan sambutan seperti sukan-sukan lain.

abudi-1

Don’t think the movement. Be the movement.

Sewaktu menyusuri akaun Facebook beliau, tergambar jelas perjuangan dan harapan tinggi Abudi agar sukan ini berkembang maju dan seterusnya menerima kemudahan yang sewajarnya terutama dari pihak yang berkenaan.

abudi-39

Photo: My ‪Squad Goals‬ is better than yours. So bertuah juga aku dapat beraksi untuk menteri dan Kementerian Sukan Dubai hari tu. Depa buat muka meme Obama ‘not bad‘ lepas aku perform hahah.

abudi-40

Dekat Malaysia nak dapat izin untuk guna kemudahan yang sedia ada seperti dewan gimnastik kat bukit jalil tu pun susah gile. Naik menyampah aku dengan mentaliti konon suruh kita minta izin buat surat properly, buat kelab. Patu dah buat everything tak bagi jugak guna. Best kan?

Kat sini rilek je siap bina dulu kemudahan walaupun parkour masih baru. Mentaliti kat Malaysia kena tunggu sukan tu naik dulu, baru buat fasiliti. Memang lambat la nak naik takda tempat selamat/betul.

abudi-38

AT LEAST bagi la izin nak guna dewan gimnastik tu, we have so many talented athletes in Malaysia yang kalau provide a good safe place for them to train they would be able to go so far.

We are not savages sampai takut sangat fasiliti dorang rosak.

Ke Malaysia tak minat nak naikkan nama negara dalam sukan extreme? Hmmm. Jom tanya KJ! Let’s see if we can get his attention on this issue.

“Don’t stay where you are tolerated, go where you are celebrated”

abudi-2

If your dreams do not scare you, they are not big enough.

abudi-15

When obstacles arise, you change your direction to reach your goal, you do not change your decision to get there.

Berikut adalah pesanan Abudi bagi yang berminat untuk sertai suka ekstrim parkour ini.

abudi-5

Berlatih dengan mengikuti langkah-langkah yang betul dan hanya lakukan pergerakan yang kita yakin boleh buat. Jika masih belum bersedia, maka kita harus tambah usaha dan latihan.

abudi-7

Utamakan keselamatan. Ramai orang biasa akan lihat parkour sebagai satu sukan yang bahaya dan ‘extreme‘, tetapi sukan ini tidaklah bahaya apabila kita berlatih dengan betul.

abudi-14

Kalau kita tengok orang lompat tinggi-tinggi kita nampak bahaya, tapi kita tak nampak latihan yang dia buat selama 10 tahun contohnya untuk boleh buat lompatan tersebut.

abudi-4

Pernah cedera. Tapi alhamdulillah tak pernah patah tulang. Cedera seperti terseliuh , lebam/ bengkak tu biasa sangat.

Kepada Abudi dan team Alpha Parkour, Vocket mengucapkan selamat maju jaya. Semoga niat murni Abudi untuk menjadikan sukan ektrim ini diminati ramai dan berkembang maju di negara ini tercapai satu hari nanti.

Jika dilihat kepada gejala mat rempit dengan aksi berani mereka sewaktu berlumba, itulah hakikatnya. Negara kita tidak kurang dari segi bakat. Yang kurang adalah galakan, sokongan dan pendedahan.

Bukti sudah ada di depan mata. Abudi adalah antara contoh terbaik yang diperlukan oleh remaja di negara ini. Semoga pendedahan ini membuka mata pihak yang berwajib untuk melakukan sesuatu yang lebih positif.

Sikap remaja hari ini adalah penentu masa depan negara.  Jika hebat pekerti dan pemikirannya, maka kehebatan jugalah yang negara ini akan perolehi pada suatu hari nanti. Begitu juga sebaliknya. Fikir-fikirkanlah.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sukan ini, boleh hubungi Abudi di akaun Facebook Abudi Alsagoff, atau di Instagram Abudi Alsagoff. Anda juga boleh juga ke website AlphaParkour.com untuk info lanjut.

TONTON: Aksi berani Abudi dan Abir memanjat jambatan Putrajaya

TONTON juga: Video biodata Abudi Alsagoff

Rujukan tambahan: Harian Metro dan Express.co.uk

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram