Jika dilihat kepada gambar-gambar yang beliau kongsikan di akaun Instagram miliknya, mungkin ramai yang tidak tahu pemuda ini masih bersekolah.

Hasil fotografi yang dihasilkan kelihatan professional dan mantap setaraf dengan mereka yang telah berusia jauh lebih dewasa daripada beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menjadikan saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang remaja ini di Vocket kerana cita-cita besar serta matlamat hidup yang jelas yang beliau miliki pada usia yang masih muda.

ramadhan-sinclaire-1

Ketika saya bermula ramai yang menolak pilihan saya untuk fokus pada fotografi, namun itu tidak mematahkan semangat saya.

Saya teruskan dengan keputusan saya dan setelah 5 tahun alhamdulillah kini saya berada di satu tahap yang boleh dibanggakan dan akan terus ke hadapan mengejar cita-cita saya.

Baru berusia 17 tahun, mari saya kenalkan anda dengan Ramadhan Sukrikhan atau lebih dikenali dengan trademark  Ramadhan Sinclair  dikalangan pengikut di akaun Instagram beliau.

Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, remaja yang menetap di Bangi ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.

Minat fotografi muncul sejak beliau berusia 13 tahun kerana pengaruh daripada majalah dan rancangan National Geographic.

Lanjutan daripada itu, Ramadhan telah mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi minatnya dalam bidang fotografi dengan menyertai kursus-kursus berkaitan.

Antara kursus yang telah beliau sertai adalah kursus Seni Melihat daripada Saiful Nang Academy, Potret Studio Lighting bersama Norman Yousuf, Asas fotografi dari Ahmad Syukri dan fotografi perkahwinan dari Adhadi.

ramadhan-sinclaire-2

ramadhan-sinclaire-16

Tak dapat jadi alim dapat jadi yang terbaik untuk masyarakat pun okey la. Insha Allah.

Dorongan dan sokongan keluarga

Ditanya apakah respon keluarga beliau berkenaan minat dan kecenderungan ini, menurut Ramadhan beliau mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama daripada ibu, Puan Rohaida Md Daud.

“Alhamdulillah keluarga saya terutama ibu sangat memahami minat dan bidang karier yang telah saya pilih ini. Ibu saya yang banyak memberi sokongan dan membantu saya untuk meneruskan karier di dalam bidang fotografi” – Ramadhan.

Bagi meneruskan minat ini, Ramadhan juga turut menyertai trip-trip travel fotografi ke luar negara. Trip terbaru yang telah beliau sertai adalah travel ke India selama 10 hari 9 malam bersama team Rarecation.

Saya travel bersama Rarecation kerana destinasi yang di pilih sangat unik (rare) dan sepanjang travel saya juga diberikan tunjuk ajar di dalam fotografi oleh jurufoto antarabangsa dari Rarecation.

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

ramadhan-sinclaire-5
My life is shaped by the urgent need to wander and observe, and my camera is my passport.

ramadhan-sinclaire-6

ramadhan-sinclaire-7

ramadhan-sinclaire-8

Zaman muda time yang paling best untuk kau travel dan mencari pengalaman tau. 17 tahun usia aku bukan penghalang untuk aku ke luar negara bersama rakan-rakan baru tanpa family.

Kau cari apa yang kurang dalam diri kau untuk baiki demi masa depan kau, dan teruskan apa yang kau minat. Jangan sesekali putus asa okey. Angan-angan boleh menjadi kenyataan bila kau usaha tanpa putus asa.

Pertandingan Fotografi

Minat ini juga telah mendorong beliau untuk menyertai pertanding fotografi. Pertandingan pertama yang telah beliau sertai adalah Pertandingan Fotografi Wetland Putrajaya.

Dari situ beliau telah bertemu dengan Syibli Fakih dari Saiful Nang Academy, seterusnya  beliau diberi tunjuk ajar dan galakan untutk menyertai pertandingan Sony World Photography Awards.

Yang menariknya, gambar Ramadhan merupakan antara 10 peserta yang terpilih ke pusingan akhir bagi kategori jurufoto termuda dunia untuk anugerah Sony World Photography Awards.

Gambar tersebut merupakan hasil fotografi beliau sewaktu trip ke Guilin, China pada tahun lepas bersama team Rarecation.

“Sejurus pulang dari kembara saya di China bersama Rarecation, saya mendapat mendapat galakan dan panduan dari Rarecation untuk menyertai pertandingan Sony World Photography Awards kategori Jurufoto Muda” – Ramadhan.

ramadhan-sinclaire-10

Alhamdulillah gambar saya terpilih untuk menjadi antara 10 jurufoto muda terbaik dunia untuk anugerah Sony World Photography Awards. Daripada 200,000 penyertaan dari seluruh dunia, 8 peserta dari Malaysia layak ke pusingan akhir, termasuk saya.

Bagi kategori fotografer muda (youth award) pula, saya satu-satunya peserta dari Malaysia yang layak ke pusingan akhir.  Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam bulan ini. Jika menang, saya akan ke London untuk ambil award ini. Doakan saya ye.

ramadhan-sinclaire-12

ramadhan-sinclaire-13

Dulu first aku belajar untuk menjadi seorang photografer memang banyak dugaan. Maki dan hina itu banyak membuatkan aku down hingga tak sanggup lagi belajar, tapi aku tak putus asa untuk capai impian aku.

Jangan putus asa walaupun kau down seketika, try yang paling terbaik dalam hidup kau untuk capai matlamat kau. Aku pun manusia banyak buat kesilapan tetapi aku cuba untuk ke depan.  Cuba walaupun kau gagal beribu kali, sebab one day kau akan jumpa apa yang kau mahu.

Inspirasi, guru, cita-cita dan impian

Menurut Ramadhan beliau amat meminati fotografi yang dihasilkan oleh Steve Mccury dan Yaman Ibrahim.

Dari segi ilmu dan pendedahan pula, sepanjang 5 tahun ini Syibli Fakih merupakan individu yang paling banyak memberi pendedahan tentang fotografi serta peluang untuk beliau mengambil gambar hingga ke China dan India.

Ditanya bagaimana Ramadhan bahagikan masa antara belajar dan minat fotografi beliau, menurut Ramadhan beliau akui kelemahan beliau yang tidak bagus dalam bidang akademik.

“Kerana itu saya sangat fokus di dalam bidang fotografi. Pada zaman ini, kejayaan tidak terletak pada bidang akademik sahaja, jika kita hebat di dalam bidang kemahiran seperti fotografi sebenarnya kita boleh mempunyai karier yang baik”.

Namun begitu menurut Ramadhan, beliau akan terus berusaha untuk memperbaiki keputusan akademik dan berharap memperolehi keputusan yang baik untuk SPM pada tahun ini.

Ditanya apakah perancangan beliau selepas selesainya peperiksaan SPM nanti? Jawab Ramadhan beliau ingin menjadi jurufoto antarabangsa dan matlamat beliau adalah untuk menjadi seorang jurofoto National Geographic dalam masa 2 tahun lagi.

ramadhan-sinclaire-11

Bila saya ada matlamat saya tahu apa yang perlu saya lakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi buat rakan-rakan, di manakah matlamat anda? Dan jangan pernah berhenti walaupun anda pernah terjatuh.

Yakin dengan keputusan yang anda buat dan pastikan anda mempunyai guru untuk membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Sebelum mengakhiri perkongsian ini, saya sempat meminta Ramadhan  menitipkan pesanan berikut buat remaja dan rakan sebaya beliau.

“Buat rakan sebaya yang mungkin belum ada hala tuju dalam hidup, fokus pada yang anda mahu, pastikan kita mempunyai matlamat dalam hidup.

ramadhan-sinclaire-14

“Doakan semoga saya cemerlang dalam SPM, dalam pertandingan dan pameran fotografi yang ingin saya buat pada tahun 2016. Umur 17 tahun bukanlah menjadikan kita tidak boleh berjaya, tetapi kita perlu ada usaha serta ada keyakinan untuk mencapai matlamat hidup”.

Ada kala suka dan duka itu sudah pasti bagi kehidupan setiap insan, cuma cara untuk keluar dari kesedihan itu terletak pada diri sendiri. Ribuan terima kasih kepada yang banyak menyokong serta banyak membantu saya dari kosong hingga kini. Thank you” – Ramadhan.

Terima kasih Ramadhan sudi berkongsi kisah di Vocket. Saya dan seluruh warga Vocket mendoakan Ramadhan berjaya mencapai cita-cita dan menjadi insan yang cemerlang dalam hidup.

Juga, semoga menang dan dapat harumkan nama Malaysia di Sony World Photography Awards. Gambatte!

Anda boleh ikuti dan lihat lebih banyak hasil kerja Ramadhan di Instagram Ramadhan Sinclair.

Baca lagi: 10 Cara Bina Kredibiliti Sebelum Pelajar Jana Wang Dengan Fotografi