Seorang lelaki bernama Klemen Struc dari Slovenia ini mempunyai impian untuk bekerja di Mindvalley. Lalu dia melakukan cara yang paling kreatif bersama resume yang paling epik bersesuaian dengan kehendak Mindvalley yang mahukan seseorang menjadi luar biasa dan menyerlahkan potensi diri.

Mindvalley adalah satu jenama global dan syarikat yang melabur, mencipta dan membina dalam perniagaan yang selaras dengan matlamat untuk membawa manusia bergerak ke hadapan melalui medium penerbitan digital, teknologi pendidikan, pembelajaran atas talian, aplikasi mobil, konten, acara dan pelbagai lagi.

Ini adalah tempat kerja di Mindvalley. Menarik!

mindvalley 1

mindvalley 2

mindvalley 4

Pastinya bukan ini sahaja yang mendorong Klemen Struc mengejar kerja impiannya untuk menjadi sebahagian dari tim Mindvalley yang terdiri dari 35 kerakyatan negara yang berbeza.

Vishen Lakhiani, founder dan CEO Mindvalley telah menceritakan bagaimana Klemen Struc menarik perhatian pihaknya di laman Facebook-nya. Beliau mengakui inilah cara yang paling kreatif yang pernah beliau lihat selama ini bagi memohon menyertai Mindvalley.

resume 2

Klemen Struc telah menggunakan Facebook Ads selama beberapa bulan dengan mensasarkan Mindvalley sebagai target audience agar iklannya dilihat oleh pihak Mindvalley dan seterusnya akan membawa pihak Mindvalley ke laman web satu muka di www.mindvalley19.com sebagai cover letter buat Mindvalley.

resume 1

Di laman web tersebut, Klemen Struc telah membentangkan perihal dirinya yang sekaligus membezakan beliau dengan pemohon-pemohon lain. Beliau menampilkan diri di dalam sebuah video dan menerangkan tentang diri beliau. Antaranya:

  • 3 kemahiran hebat yang beliau ada yang akan membawa dan mencipta kelainan dan menakjubkan pada setiap projek.
  • 3 sebab utama kenapa mahu bekerja untuk Mindvalley
  • mencipta lagu untuk Mindvalley
  • 15 testimoni
  • pencapaian dan kejayaan beliau

Dengan usaha kreatif dan dedikasi, Klemen Struc telah diterima menyertai tim Mindvalley. Tahniah!

LIKE Facebook The Vocket disini