Negeri Sabah sememangnya sebuah negeri yang mengagumkan! Masakan tidak, begitu banyak khazanah alam yang berharga berada di sana. Tambahan lagi, panorama alam semulajadi di negeri Sabah juga cantik-cantik belaka. Ibarat cinta pandang pertama, sekali anda menjejakkan kaki ke bumi Sabah, pasti hati anda terus terpaut dalam-dalam dengan keindahannya.

Hari ini, kami ingin kongsikan kepada anda satu lagi tempat menarik yang ada di Sabah. Perkenalkan, Kokol Haven Resort yang terletak di Jalan Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu! Selain namanya yang unik, pemandangan yang ditawarkan di resort ini juga meruntun jiwa-jiwa yang cintakan alam semulajadi. Nah, di bawah ini buktinya!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Kokol Haven Resort (8)
Bangunan utama Kokol Haven Resort.
Kokol Haven Resort (10)
Cantik!

Untuk makluman anda, pemandangan dari Kokol Haven Resort ini boleh melihat panorama sejauh Taman Negara Tunku Abdul Rahman di Utara sehinggalah menikmati keindahan Gunung Kinabalu di bahagian Selatan. Jadi, anda boleh melihat hampir seluruh kawasan Kota Kinabalu dari Kokol Haven Resort ini.

Apa yang menariknya, resort ini juga sangat terkenal dengan keenakan masakan restorannya iaitu Restoran Horizon. Antara juadah masakan yang terkenal di sini ialah kari ekor lembu, mee Tuaran dan juga aiskrim goreng. Oh, yum!

Kokol Haven Resort (9)

Kombinasi pemandangan yang menakjubkan serta juadah yang menyelerakan dari Restoran Horizon membuatkan Kokol Haven Resort sebuah tempat yang hebat untuk dinikmati bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Tambahan lagi, Kokol Haven Resort menawarkan hanya 11 buah bilik penginapan untuk para pengunjung dan setiap bilik mempunyai pencahayaan yang baik kerana susun atur tingkap yang menghadap pemandangan luar.

Kokol Haven Resort (1)
Ruang hiasan dalam di bilik penginapan.

Selain itu, ruang hiasan dalaman yang menggunakan perincian kayu jati dan oak telah memberikan perasaan hangat dan intim di dalam ruang bilik penginapan. Balkoni peribadi juga turut disediakan untuk setiap bilik. Maka, anda bolehlah bersantai petang menghirup kopi atau teh bersama insan tersayang.

Kokol Haven Resort (7)
Salah satu sudut di dalam ruang bilik penginapan.
Kokol Haven Resort (3)
Balkoni peribadi di bilik penginapan.

Jujur kami katakan, Kokol Haven Resort memang cantik! Pasti tak puas merakam gambar ketika di sana.

Kokol Haven Resort (5)
Bayangkan anda sedang menikmati juadah di sini. Sungguh romantik.
Kokol Haven Resort (6)
Luar biasa menawan!

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 1700 818 733.

BACA: Kini Saya Hanya Perlu Ke Sabah Untuk Rasai Pengalaman Tidur Dalam Khemah Mongolia