Koleksi terbaru antara A Bathing Ape dan Adidas ini bukan lagi rumours dan ianya akan berada di pasaran seluruh dunia bermula 27 November ini dan semestinya dalam kuantiti yang sangat terhad.

Bersempena bermulanya musim sejuk, koleksi ini akan hadir dengan beberapa rekaan jaket dengan motif camo trademark milik The Bathing Ape. Dua pilihan warna untuk jaket ‘Firebird’ dan satu rekaan untuk ‘ID96’, jaket hoodie yang boleh di zip penuh.

Tidak terlepas juga kasut NMD dengan dua pilihan warna. Ini mungkin NMD paling hype yang dikeluarkan oleh Adidas setakat ini. Jadi berharaplah agar koleksi ini singgah ke Malaysia pada 26 November ini. Satu lagi option adalah membelinya secara atas talian. 26 November nanti, kena terus standby depan laptop anda untuk buat pembelian. Selamat berjaya.

bape-6

bape-8

bape-9

bape-1

bape-2

bape-3

bape-4

bape-5

Sumber