Pertama kali melihat kayu pallet diubahsuai menjadi sesuatu yang berguna adalah ketika mengikuti akaun Instagram milik Udey Ismail. Dia mencari kayu pallet, bertukang dan mencantikkan kayu pallet hingga menjadi perabot yang menarik. Sejak itu tertarik dengan penghasilan produk dari kayu pallet.

Kayu pallet ini biasanya boleh ditemui di kawasan perindustrian atau pasar raya besar. Ia digunakan sebagai tapak barangan yang akan memudahkan diangkat oleh forklift, pallet jack atau front loader dari kapal, kontena atau lori. Jadi, strukturnya memang kuat kerana dibina untuk tampung benda berat. Biasanya ia dibuang selepas digunakan.

Ini jenis dan rekabentuk kayu pallet yang biasa digunakan di industri:

pallet-types

Kebiasaannya kayu-kayu pallet ini dibuang begitu sahaja tetapi ada orang-orang yang kreatif telah menjadikan sesuatu yang kreatif, menarik dan paling penting berguna untuk dipakai semula. Anda mungkin akan mahukannya juga selepas melihat idea-idea kreatif dari kayu pallet ini.

Ruang Menonton TV/Hiburan

recycled-pallet office-brazil-
Pallet TV holder oleh Simone Tasca, www.simonetasca.com.br

recycled-office-brazil
Platform sofa untuk menonton TV oleh Simone Tasca, www.simonetasca.com.br

Ruang Tamu

pallettable
Meja kopi beroda dan mungkin juga boleh digunakan sebagai cart semasa pindah rumah kelak. Ini dipanggil The Legion Pallet Table, berharga Euro 249 di Made.

pallet sofa
Sofa pallet yang direka dari kayu-kayu pallet yang disusun bertindih dan dilapik kusyen empuk berwarna putih.

sidetable
Meja tepi ini dibina oleh ButlerBuilt dan dijual dengan harga RM330 di Etsy. Tinggi 26″ dan ukuran permukaan 21″x19″.

Ruang Makan

mejamakan
Meja makan ini dibuat dari kayu pallet terbuang. Untuk menghasilkan meja makan seperti ini memerlukan kayu pallet yang besar dan kaki meja dari besi.

kerusi makan
Kerusi makan dari kayu pallet ini dijual di Etsy. Agak-agak berapakah harganya?

Dapur

Pallet-Kitchen-5
Pelbagai pilihan rak barangan yang boleh direka untuk kegunaan anda di dapur. Semuanya dari kayu pallet. Kayu pallet tak semestinya guna satu saiz yang besar. Kayu-kayu pallet boleh ditanggalkan dan dicantumkan semula bagi menghasilkan rak seperti ini.

attachment
Kitchen islands yang biasanya diletakkan di tengah-tengah ruang dapur yang besar. Boleh dijadikan meja makan atau meja kerja semasa di dapur.

Bilik Tidur

build-pallet-sofa-cushion-pads-themselves
Style ala-ala Jepun

DIY-Old-Plates-12
Katil tergantung di awangan

pallet-bed
Katil bercahaya di bawahnya

Menarikkan jika ada kemahiran bertukang kayu pallet hingga boleh jadi perabot dan jika ada permintaan di kalangan mereka yang berkunjung ke rumah kita untuk membuat perabot kayu pallet, dah tercipta peluang bisnes disitu. Tengok sahaja contoh-contoh di luar negara. Harga setiap perabot dari kayu pallet itu mencecah ratusan USD dan Euro. Peluang bisnes terbuka luas di situ.

Maka, beruntunglah para wanita yang memiliki suami, adik, abang dan ayah yang pandai bertukang. Jimat wang! Tambah wang!

LIKE The Vocket di Facebook untuk pelbagai lagi idea dekorasi dan kisah-kisah menarik.