Lamborghini terkenal dengan model mewah dan hebat seperti Aventador, Murcielago dan Gallardo. Tetapi pembuat kereta dari Itali itu kini mahu memasuki pasaran kereta SUV pula. Mereka telah mempamerkan lukisan konsep untuk model SUV pertama mereka, Urus.

Model ini nanti tidak seperti kereta SUV yang biasa kerana kereta ini nanti akan menggunakan 6 tayar; sama seperti Mercedes-Benz G63 AMG 6×6. Dan jika sesebuah kereta menggunakan lebih daripada 4 tayar, kereta itu pastinya akan nampak lebih awesome dan seksi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana pula dengan sistem enjin untuk model ini? Semestinya enjin V12 untuk kuasa dan kelajuan. Seperti biasa, ini cumalah konsep dari Lamborghini buat masa ini. Tetapi jika ianya menjadi realiti, Lamborghini berjaya melangkah masuk ke segmen SUV dengan penuh bergaya.

BACA : Lakaran Kereta Konsep Proton Oleh Ahli Autostylista Ini Memang Awesome

Sumber