Pada hari ini Google Creative Lab mengumumkan inisiatif terbaru mereka yang dipanggil Google Project Bloks. Secara asasnya, Projek ini merupakan sebuah platform hardware untuk menarik minat kanak-kanak dalam pengaturcaraan.

Sekali imbas, Project Bloks ini tidak jauh bezanya berbanding Lego. Apa yang membuatkan keduanya berbeza adalah blok-blok daripada Project Bloks dapat diintergrasikan kepada permainan yang berbeza membolehkan kanak-kanak memahami logik dan asas berkaitan pengaturcaraan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault (1)

Memandangkan semakin banyak negara yang kini lebih peka dengan kepentingan pengaturcaraan, mungkin inisiatif daripada Google ini dilihat sebagai altenatif terbaik untuk diajar di peringkat awal persekolahan.

Apa yang menariknya, projek ini dibangunkan secara terbuka dimana memberi ruang buat pengeluar permainan untuk membangunkan permainan mereka. Dengan cara ini, Google berharap lebih banyak developer untuk turut serta dengan projek ini.

Setakat ini Project Bloks masih di dalam fasa awal dan bakal dibuka kepada golongan pendidik dan ibu bapa untuk turut serta dalam projek ini.