Penyakit malas ini memang cukup bahaya sebenarnya, buat masa sekarang saya masih belum jumpa lagi mana-mana kedai atau farmasi yang menjual ubat atau pil yang boleh melawan penyakit malas ini.

Yang bahaya penyakit malas, ia mungkin boleh jadi penyebab anda gemuk!. Lebih bahaya, penyakit malas inilah yang merosakan kejayaan hidup anda. Jadi bagaimana cara mengatasi masalah ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satunya adalah dengan menghapuskan semua fikiran berbentuk negatif, dalam erti kata lain, sentiasalah bersikap positif. Di sini kami kongsikan 5 cara lain yang mungkin boleh memotivasikan anda bila berhadapan dengan penyakit malas.

malass

1. Selesaikan Tugas Yang Paling Besar

Ya, selesaikan tugas yang paling besar yang perlu anda buat terlebih dahulu. Biasanya perasaan malas ini datang apabila anda rasa terbeban dengan banyak tugas, contohnya perlu menyiapakan banyak kerja dalam masa yang singkat.

Untuk mengatasi masalah ini, cuba tetapkan untuk selesaikan tugas satu per satu. Mulakan dengan menyelesaikan tugas atau kerja yang paling besar dahulu, kemudian barulah dengan kerja yang lebih ringan. Ini cara terbaik untuk mengelakkan rasa malas dari terus bersemadi di dalam diri anda.

2. Bersenam

Bersenam di antara cara yang mudah dan praktikal untuk menghilangkan rasa malas. Tidak banyak bergerak boleh mengundang perasaan malas, jadi lakukan senaman ringan seperti jogging, berjalan di sekitar kawasan terdekat, atau boleh juga cuba senaman ‘lompat bintang’.

Secara langsung ia boleh melancarkan semula perederan darah di dalam tubuh dan memberi tenaga kepada anda.

3. Fokus

Berikan fokus yang sebaiknya pada tugas atau kerja yang perlu disiapkan, elakkan dari sikap suka menangguh kerja. Menangguh kerja akan mencuri masa anda dan akan membebankan anda dengan kerja yang lebih banyak.

4. Rehat Seketika

Bawa bertenang dan rehat seketika, ini juga cara berkesan untuk menghilangkan perasaan malas. Cuba segarkan kembali fizikal dan mental anda dan tumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang perlu di siapkan.

5. Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Menurut kajian, seseorang lebih seronok menyelesaikan sesuatu tugas jika diberi ganjaran. Jadi apa kata anda beri ganjaran kepada diri sendiri, letakkan satu matlamat apa hadiah yang bakal anda berikan kepada diri anda jika berjaya menyelesaikan sesuatu tugas dalam jangka masa yang ditetapkan.

Ini cara paling seronok untuk memotivasikan diri, siapa tak suka jika diberi hadiah bukan?. Hadiah pula bergantung kepada apa yang anda suka, tidak semestinya dalam bentuk barangan yang mahal-mahal sahaja.

Ketika rasa malas menghantui diri anda, apa pula cara yang anda lakukan untuk memotivasikan diri sendiri? Kongsikan dengan kami melalui ruang komen di bawah.