Instant Camera atau kamera segera ini kali pertamanya diperkenalkan oleh seorang saintis dari Amerika bernama Edwin Land pada tahun 1948. Revolusi kamera segera ini nampaknya semakin hari mendapat sambutan yang sangat menggalakan, mungkin kerana kebolehan mencetak foto secara langsung ini menarik perhatian.

leica-sofort-3

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas mencapai kejayaan dalam kolaborasinya bersama jenama telefon pintar Huawei baru-baru ini, terkini Leica bakal memperkenalkan kamera segera mereka sendiri pula.

Sebagai nama besar dalam arena kamera, perkara sebegini tidak asing lagi terutama buat mereka yang minat dengan dunia fotografi. Kamera segera berbentuk persegi dari Leica ini digelar sebagai Leica Sofort. Ini merupakan kamera segera pertama yang dikeluarkan oleh Leica.

Leica sofort hadir berserta lensa 60 mm F12.7 atau 34 mm full frame. Kamera ini juga dilengkapi dengan lampu flash dan pelbagai fungsi ‘mode’ seperti sport, auto, macro dan people iaitu tetapan asas untuk potret fotografi digital.

Sesuai dengan permintaan semasa, anda juga boleh mengambil foto sendiri (selfie) dengan bantuan cermin persegi yang terdapat di bahagian depan kamera ini. Untuk material kertas pula, ia menggunakan meterial kertas yang sama digunakan pada Fujifilm Instax Mini.

Terdiri dari 3 warna pilihan yang menarik, kamera ini akan dijual pada harga 299 usd kira-kira dalam RM1236 untuk pasaran Amerika Syarikat pada November 2016 ini.

leica-sofort-2

leica-sofort-2

leica-sofort-8

leica-sofort-9

Sumber