December 16, 2016 12:06 PM

Pengumuman perkhidmatan MRT secara percuma selama sebulan yang bermula hari ini disambut baik oleh orang ramai.

Seorang rakan, Abdul Jabbar, mencuba perkhidmatan MRT baru ini dari hujung ke hujung, iaitu dari Semantan ke Sungai Buloh dan kembali semula ke Semantan.

Penuh bersemangat, beliau berkongsi pengalaman beliau menaiki MRT baru.

Melihat gambar-gambar yang dikongsi, saya pun berasa teruja melihat kemudahan yang jauh lebih baik daripada apa yang pernah ada di LRT, Monorel mahupun KTM.

Teruja

Bukan saya sahaja teruja. Lihat lelaki ini, berlari untuk mencuba MRT pertama kali.

Staf MRT pun menyambut dan mengalu-alukan kedatangan pelanggan-pelanggan baru mereka.

MRT

MRT baru ini memang benar bling-bling.

Penghadang penuh. Bab keselamatan sangat tinggi. Tiada sesiapa boleh lompat sesuka hati.

Menarik digital board ini.

Ia pamer dua tren yang ke hadapan. Kiranya boleh bajet tren seterusnya dan kedua seterusnya berapa minit lagi sampai.

Kelihatan ramai mencuba di stesen Sungai Buloh.

Memang luas.

Paparan skrin digital menunjukkan stesen-stesen MRT.

Hiccup

Perkhidmatan tergendala sebentar semasa Abdul Jabbar menaiki tren.

“Sesi masalah teknikal, tak dapat keluar di Mutiara Damansara,” katanya.

“Jabbar takut tak?” tanya saya.

“Tak takut. Tapi adalah pakcik makcik yang restless.”

“Yang kelakar, tren sebelah jalan. Lepaslah 2, 3 buah. Tren kami yang tak bergerak-gerak,” jawabnya.

Mujurlah masalah cepat-cepat diselesaikan oleh staf MRT yang cekap.

Stesen

Bercakap pasal stesen, memang pergh, menarik tertarik.

Ia dimulakan dengan mesin tiket yang dilekat kertas bertulis ‘Free ride until 16/1/2017’. Sampai ‘tahun depan’ tuuu.

Jangan lupa pilih destinasi.

Apa lagi, belum ada tiket. Lalu jelah.

Garisan kuning itu adalah laluan dan gate untuk OKU.

Sementara menunggu, duduklah di kerusi baru.

Ini pula mesin tambah nilai.

Kemudahan

Stesen baru buka, kedai pun dah ada.

Hampir semua stesen mempunyai ruang solat. Saiz ok dan berhawa dingin.

“Rasa macam international sangat ruang solat berhawa dingin,” kata Jabbar.

Sinki mesra kanak-kanak pun ada.

Tandas OKU dan tempat tukar lampin untuk para bayi.

Bas pengantara

Ini pemandangan bas pengantara dari dalam stesen.

Kerusi merah jambu untuk si ibu.

“Dari stesen MRT nak turun ke bus. Tinggi tu….,” kata Jabbar lagi.

“Maksudnya?” tanya saya pendek.

“Jika ada yang rajin nak jalan kaki guna tangga dari stesen MRT turun ke feeder bus. Memang tinggi sangat. Nak lebih mudah dan senang pakai eskalator dan lif,” katanya panjang lebar.

Inilah gambar lif yang Jabbar maksudkan.

Dari Pusat Bandar Damansara ada yang ke KL Sentral.

Yang di Stesen Semantan pergi Publika.

Perkarangan Stesen

Perkarangan yang tidak kurang cantiknya.

Pemandangan

DC Mall.

Kemaskini

Maklumat MRT ini adalah kemaskini selepas artikel asal diterbitkan.

Jabbar terlalu teruja sehingga membuat beliau terus merakam momen-momen beliau di sana.

Seronok betul menonton perjalanan MRT baru ini.

Chatime di Stesen Kg. Selamat

Rotiboy dan 7-Eleven di stesen Semantan.

myNEWS.com pula ada di beberapa buah stesen MRT.

Feeder bus stesen Semantan.

Harga tiket

Ini pula harga tiket MRT.

Utusan Malaysia: Tambang Jajaran fasa 1#JOMNAIKMRT

MRTMalaysia 发布于 2016年12月14日

Happy riding warga kota!

Artikel Berkaitan