Siapa sangka sesuatu yang dianggap ‘batu’ mempunyai nilai setinggi ini. Bagi seorang nelayan di kepulauan Palawan, Filipina, beliau tidak menyangka mutiara yang beliau kutip 10 tahun lalu sangat bernilai.

Nelayan yang tidak mahu dikenali itu sudah menyimpan mutiara berkenaan selama 10 tahun sebagai good luck charm beliau. Beliau tidak tahu langsung yang mutiara seberat 34kg itu boleh mencecah nilai USD100 juta. Patah jari kalau mutiara ini dijadikan batu cincin.

Pada awalnya, beliau tidak menunjukkan pada sesiapa pun mutiara itu tetapi selepas berlakunya satu kebakaran di rumahnya, beliau terpaksa berpindah. Dan cuma selepas itu, mutiara itu ditunjuk kepada pegawai pelancongan di Palawan Island. Pegawai di sana sangat terkejut dengan penemuan mutiara sebesar itu.

palawan

“Kami sangat terkejut dengan mutiara itu. Kami sudah menghantar mutiara ini untuk mengesahkan kesahihannya dan berapa nilainya,” kata Aileen Cynthia Amurao, salah seorang pegawai pelancongan di Palawan Island.

Tuah manusia siapa yang tahu. Tidak diberitahu jika nelayan ini dapat menyimpan kesemua hasil jualan mutiara ini jika betul mutiara ini bernilai USD100 juta. Tak sia-sia simpan mutiara ini selama 10 tahun. Kalau anda pergi menyelam di laut, kalau ada jumpa kerang cuba bawa pulang. Untung-untung ada mutiara di dalamnya.

Sumber