Lebih kurang 5 bulan yang lepas sahaja, LG melancarkan telefon pintar flagship mereka iaitu LG G5 yang hadir dengan rekaan modular yang berbeza. Meskipun sekadar eksperimen, nampaknya LG sudah menjadi ‘trendsetter’ di dalam arena telefon pintar dengan penggunaan modular.

Terbaru, Lenovo juga bakal mengikut jejak langkah LG dengan melancarkan sebuah telefon pintar flagship dengan rekaan modular. Apa yang lebih menarik, Lenovo mengambil pendekatan berbeza dengan menyediakan ‘MotoMods’. Sebuah modular khas buat Lenovo Moto  Z dibahagian belakang case Moto Z.

Terima kasih kepada @evleaks, bahagian belakang modular Moto Z kini dapat dilihat dengan lebih awal. Dari pemerhatian saya, modular daripada Lenovo ini seolah-olah seperti ‘semi-modular’ atau dalam erti kata lain lebih kepada aksesori. Dari sudut positif, mungkin juga pengguna modular seperti ini, tidak lagi memerlukan pengguna mematikan serta menghidupkan Moto Z mereka.

Berdasarkan gambar yang tertiris, dilihat salah satu daripadanya adalah modular camera grip dimana ia hadir dengan sensor, lens dan flash tersendiri. Motomods juga dijangka bakal hadir dengan beberapa modular sesuai dengan mood pengguna. ‘Adventure’, ‘theater’, ‘stereo’ , ‘power’, ‘style’, dan ‘pro camera’ antara yang bakal tersedia.

moto-Z-launch-graphic

Sama-sama kita nantikan pelancaran Lenovo Moto Z yang bakal berlangsung di San Francisco pada 9 Jun ini untuk keterangan lanjut. Sebelum itu, sudahkah anda membaca tentang Moto Razr yang bakal buat  ‘comeback’ di dalam arena telefon pintar?