Siapa yang tonton filem Need For Speed pasti kenal dengan supercar Koenigsegg. Koenigsegg dalam bahasa Sweden bermaksud “gila”. Dalam dua dekad ini syarikat kereta ini telah mereka bentuk kereta kereta mewah yang agak luar biasa rekaannya.

Terbaru, Koenigsegg telah memperkenalkan ciptaan baru mereka di Geneva Motor Show yang dinamakan Koenigsegg Regera. Supercar baru mereka ini mempunyai 1,500bhp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Regera ialah kereta hybrid yang mana kuasanya dijana oleh tiga motor elektrik (700bhp) dan sebuah enjin gasolin twin-turbo V8 (1,000bhp) untuk menghasilkan pecutan yang tinggi. Regera mengambil masa di bawah 20 saat untuk mencapai kelajuan 0-400kmh.

Kereta ini bukan hanya menonjolkan kuasanya tapi juga teknologi yang ada padanya. Koenigsegg menggambarkan Regera sebagai “the first fully robotized car,” yang mana apa saja yang boleh dibuka tutup di kawal secara elektronik. Anda boleh membuka pintu, adjust wings depan belakang menggunakan alat kawalan atau aplikasi telefon pintar.

Koenigsegg hanya akan membuat 80 buah Regera sahaja dan dijual pada harga $1.89 juta (tambah cukai).

Dan tweet terbaru daripada Koenigsegg menunjukkan prototaip Regera demo fungsi “Autoskin”. Apabila hood, bonet, spoiler, pintu dan tingkap bergerak serentak, ianya sangat cool.

Mohon tengok video di bawah. Memang cool.

Koenigsegg-Regera-1

Koenigsegg-Regera-10

Koenigsegg-Regera-5

Koenigsegg-Regera-12

Koenigsegg-Regera-4

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram