Bali sememangnya popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik di Indonesia, bukan sahaja menjadi buah mulut orang Malaysia malah turut terkenal di seluruh dunia.

Destinasi percutian jenis santai seperti ini sangatlah sesuai untuk anda rehatkan minda sambil cuci mata melihat keindahan panorama semulajadinya yang cantik!. Sinonim sebagai lokasi idaman, disini kami senarai 10 lokasi menarik yang anda boleh pergi di Bali, Indonesia.

1. Pantai Kuta

Gambar

Pantai Kuta merupakan tempat tarikan pelancongan yang sangat popular di Bali. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke sini. Keindahan Pantai Kuta menjadi buruan setiap pelancong yang datang, dan segi kos perbelanjaan pula sangat murah.

2. Pura Tanah Lot

Gambar

Pura Tanah Lot juga merupakan tempat terkenal di Bali, terutama untuk melihat matahari terbenam. Yang uniknya, mengikut kisah lagenda tempat ini merupakan tempat untuk menyerunya dewa laut.

Selain dari itu anda juga mungkin berpeluang bermesra bersama ular ‘suci’ yang jinak dan tidak merbahaya. Pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang cukup menarik.

3. Pantai Padang Padang

Gambar

Mungkin tidak terkenal seperti pantai yang lain di Bali, tetapi ternyata Pantai Padang Padang ini mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Pantai Padang merupakan pantai kecil yang tersembunyi di sebalik sebuah tebing di kawasan Pecatu, Uluwatu.

Untuk sampai ke sini anda harus melepasi sebuah tangga di laluan kawasan tebing. Pantai Padang Padang sangat popular dikalangan pelancong asing tetapi tidak bagi pelancong tempatan.

4. Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul ini terletak di kawasan pergunungan. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang cantik dan asli, banyak aktiviti dan permainan air yang boleh anda lakukan di sini.

5. Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Garuda Wisnu Kencana atau singkatannya ‘GWK’ merupakan taman pelancongan kebudayaan yang terletak di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta yang tidak siap dibina sepenuhnya, walaupun begitu ia mempunyai sejarah tersendiri yang menarik untuk diketahui.

6. Pantai Lovina

Gambar

Pantai Lovina mungkin agak asing didengari. Pantai ini terletak di bahagian utara Bali, yang seronoknya di sini anda boleh lihat secara live ikan lumba lumba melompat keluar dari habitatnya.

Kalau ke sini jangan terlupa bawa kamera pula.

7. Pantai Jimbaran

Gambar

Kali pertama anda sampai ke sini, apa yang anda bakal lihat adalah deretan kerusi dan meja makan di kawasan pasir pantai. Pantai Jimbaran sememangnya sangat terkenal dengan hidangan makanan yang sedap-sedap terutama makanan laut.

8. Monkey Forest

Gambar

Mahu cuba pengalaman bermain dengan monyet, anda boleh cuba datang ke Monkey Forest yang terletak di Ubud, Bali. Monkey Forest merupakan sebuah hutan yang dihuni ribuan monyet liar. Monyet-monyet di sini agak istimewa kerana dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat.

Apa yang anda perlu tahu, monyet-monyet di sini sangat sukakan makanan. Mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk mengambil apa sahaja makanan yang anda bawa.

9. Danau Batur Kintamani

Danau Batur Kintamani merupakan permata berharga yang dimiliki Bali, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan permandangan di Danau Batur Kintamani ini.

Terletak di gunung ke 2 tertinggi di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dengan menyajikan permandangan yang paling cantik di Bali.

10. Arung Jeram Sungai Ayung

Gambar
Gambar

Puas bermain air masin, anda juga boleh menikmati hidangan air tawar dengan mandi-manda di Air Terjun di Arung Jeram Sungai Ayung di Bali. Kerjenihan air dan udara di sini sangatlah nyaman.

Jika anda berminat dengan aktiviti lasak, anda juga boleh cuba mendaki atau cuba permainan air yang telah disediakan di sini.