China merupakan sebuah Negara maju, tapi jangan disangka keindahan alam di Negara tersebut sangat mempesonakan. Dari melihat daripada gambar di internet, kini saya sendiri sudah merasai pesona di Negeri China. Kembara Yunnan, China membawa aku ke bandar KUNMING-LIJIANG-YANGSHUO-GUILIN bersama 18 orang rakan rakan memberi seribu satu kenangan, manis atau jerih tetap bermakna dalam hati saya.

Ditegaskan saya bukanlah ejen percutiaan mahupun wakil syarikat pelancongan. Sekadar membawa mereka turut merasai keindahan wilayah Yunnan. Sebagai ketua dalam percutiaan ini, segala persiapan dan keselesaan mereka adalah dibawah tanggungjawab saya termasuklah dari segi pengangkutan, tempahan hotel, kereta api dan segala macam lagi. Fuhhhhhh

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengembaraan kami akan bermula daripada Kunming dengan menaiki keretapi malam menuju ke Lijiang selama 9 jam. Negara China adalah antara negara yg mempunyai kepadatan penduduk tertinggi didunia, Antara pengangkutan utama penduduk mereka adalah keretapi.

Sememangnya jadual perjalanan dan waktu sampai dan berlepas mengikut masa seperti yang telah dijadualkan semasa kami mengunakan perkhidmatan ini. Jadi jangan terkejut sekiranya anda akan bersama warga tempatan untuk bersesak-sesak dan berhimpit sewaktu menaiki keretapi walaupun mereka sudah memiliki tiket masing masing.

Kami juga berpeluang untuk merasai pengalaman 19 jam berada di dalam keretapi bersama-sama mereka. Dinasihatkan untuk membuat tempahan tiket secara online terlebih dahulu, sebelum anda menebus tiket dikaunter yang disediakan untuk para pelancong luar. Ini sangat penting bagi memastikan perjalanan yang dirancang berjalan dengan baik.

Pastikan, anda sampai 2 jam awal sebelum berlepas di stesen kereta api sekiranya anda ingin menebus tiket terlebih dahulu. Pengalaman saya untuk menebus tiket yang sudah dibeli secara online ini adalah amatlah mengecewakan.

Petugas yang tidak boleh berbahasa inggeris dan ditambah pula dgn orang awam yang tidak beratur. Setelah berkomunikasi lebih kurang 40 minit mengunakan bahasa “ayam itik” dengan para petugas di situ saya berjaya juga menebus tiket yang telah dibeli secara online walaupun 2 tiket perlu dibeli semula.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya di satu kaunter khas disediakan petugas yang berkemahiran berbahasa Inggeris dan mesra pelanggan. Semua kabin didalam keretapi ada menyediakan tandas dan air panas untuk keselesaan setiap penumpang.

Dan ini lokasi menarik yang kami pergi semasa di sana:

FIRST BEND YANTZE RIVER
FIRST BEND YANTZE RIVER

1. FIRST BEND YANTZE RIVER

Terletak berdekatan bandar Shiwu Lijiang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam dari bandar Lijiang. Panjang keseluruhan sungai Yangtze ini bermula dari Pergunungan Tibet sehinggala ke bandar Shanghai. Sesuai dilawati pada bulan April sehingga Julai, kerana cuaca dan panorama yang disajikan bakal membuatkan anda kagum.

TIGER LEAPING GORGE
TIGER LEAPING GORGE
TIGER LEAPING GORGE

2.TIGER LEAPING GORGE

Lijiang dikatakan antara gaung yang paling dalam didunia!! Sememangnya aktiviti hiking kegemaran kami ini adalah aktiviti wajib dimasukkan ke dalam aktivit wajib kami sewaktu lawatan disini. Terletak 1 ½ jam perjalanan daripada stesen keretapi Lijiang. Anda boleh bermalam di rumah tumpangan yang banyak terdapat disekitar Leaping Gorge.

Tetapi haruslah ditempah awal terlebih dahulu. Perjalanan kami dari Middle ke Upper Gorge mengambil masa sekitar 4jam untuk ditamatkan. Terdapat beberapa laluan merbahaya harus ditempuhi sebelum sampai ke puncak. Sesungguhnya keindahan pemandangan yang Allah cipta ini sukar untuk kami gambarkan.

JADE SNOW MOUNTAIN
JADE SNOW MOUNTAIN

3. JADE SNOW MOUNTAIN

Merupakan gunung tertinggi di Lijiang ataupun Yunnan dgn ketinggian 5600meter dan terletak 40minit daripada bandar Lijiang. Sebelum anda sampai disini, wajib untuk mendapatkan mini oksigen tank yang banyak dijual sekirar bandar Lijiang bagi mengelakkan serangan AMS ( Altitude Mountain Sickness).

Di sini juga akan disajikan pemandangan glacier dan anda dibawa kebeberapa lokasi lawatan yang amat memukau mata. Yak adalah sejenis binatang berbulu lebat dan bertanduk panjang hanya terdapat di kawasan pgunungan Himalaya.

Semasa lawatan kami di Blue Moon Valley kami bertuah dpt melihat beberapa
ekor Yak jinak dan liar terdapat disekitar kawasan tersebut. Tetapi malangnya kami tidak bernasib baik untuk merasai masakan daging Yak direstoran Lijiang. Hanya beberapa restoran halal sahaja yang anda boleh temui di Lijiang.

SHUHE OLDTOWN LIJIANG
SHUHE OLDTOWN LIJIANG

4. SHUHE OLDTOWN

Bandar kedua tertua diLijiang yang wajib diterokai dihiasi bangunan bangunan lama disini. Di sini terdapat banyak tali air yg disalur terus dari kolam berhampiran. Airnya yang sangat jernih dan bersih seolah-olah mengajak kami untuk turut serta terjun kedalamnya! Anda harus berhati-hati dan selalu peka dengan kawasan persekitaran kawasan kota lama ini, lingkaran berselirat dan mengelirukan juga mampu membuat anda sesat.

Restoran Halal, LIJIANG

5. LIJIANG

Sememangnya bandar yang menarik untuk diterokai, walaupun makanan halal sukar diperolehi itu bukan penghalang kami untuk menjelajah bandar lama dibawah UNESCO ini.

Perjalanan kami diteruskan ke bandar KUNMING sebelum menuju ke Guilin, bandar moden yang sedang pesat membangun, dan disini tidak mempunyai kesukaran langsung untuk mendapatkan makanan halal atau mencari restoran halal disini. Menu yang tertera kesemuanya dalam bahasa cina. Aduh!

YANGSHUO , XING PING TOWN
YANGSHUO , XING PING TOWN

6. YANGSHUO
Perkara yang harus dilakukan ketika berada di Yangshuo adalah berbasikal mahupun menaiki skuter elektrik disekitar kawasan pendalaman. Di sepanjang laluan Yangshuo, pemandangan yang sangat menakjubkan mampu membuat anda teruja, seperti berada dikayangan.

Kadar sewa untuk basikal bermula dari Yuan20 sehingga Y60. Saya memilih untuk mengunakan skuter elektrik kadar sewa Yuan60, skuter ini boleh digunakan dengan kelajuan maksimum 40km/jam, dengan had pengunaannya sekitar radius 70km/jam.

Aktiviti melungsuri sungai LI River juga merupakan antara aktiviti yang harus anda lakukan. Jika anda ingin mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang, anda boleh ke West Street, terdapat banyak kedai cenderamata dengan pelbagai pilihan menarik dan yang utama harganya juga jauh lebih rendah.

7.GUILIN

Bandar moden yang sangat menarik pada waktu malam. Terdapat beberapa tasik buatan yang menarik untuk dikunjungi.

INFO:
Kebanyakan kedai makanan halal di Yunnan diusahakan oleh kaum Uyghur. Semasa kami di Lijiang, Kunming, Yangshuo dan Guilin kami berkesempatan untuk merasai sendiri kelazatan masakan mereka. Tanda HALAL adalah sangat mudah untuk dijumpai di restoran milik orang muslim.