Sejak Apple Macbook Pro membuat kemaskini dengan rekabentuk terbaru, Syarikat ini turut menerima feedback yang berbeza daripada orang ramai. Antara yang popular adalah isu harganya yang dikatakan ‘overpriced’ meskipun teknologi yang ditawarkan juga agak futuristik.

Perkara ini diburukkan lagi dengan masalah Apple Macbook Pro terbaru yang mengalami masalah berkaitan bateri dimana model ini gagal untuk bertahan dalam tempoh yang lama untuk satu pengecasahan penuh seperti model sebelumnya.

Dalam pada itu, Apple dijangka akan menyelesaikan isu yang berlaku dalam kadar yang segera selain daripada mengeluarkan kemaskini sempena model keluaran pada tahun ini.

Berdasarkan sumber daripada KGI Securities, Apple dijangka akan menggunakan processor terbaru iaitu Intel Kaby Lake pada Apple Macbook sekitar Mac manakala model Apple Macbook Pro 13-inci dan 15-inci turut menerima update yang sama seawal Julai 2017.

Khas buat peminat Macbook Pro dengan spesifikasi tinggi, Apple juga dijangka akan mengeluarkan Apple Macbook Pro 15-inci dengan RAM 32 GB bermula tahun ini. Harga buat model ini masih menjadi tanda tanya dan yang pastinya bakal dijual dengan harga 5 angka.